Alhamdulillah kandungan dah menginjak ke 26 minggu (usia
sebenar 24 minggu).
Baru2 ni balik ke Shah Alam lawat abah n mak.
Al kisahnye
last month abah kena tahan wad seminggu sbb doctor detect abah lemah jantung.
Risau keadaan abah masa tu n aku xberkesempatan nk balik tengok abah.
Abah ckp
jgn risau sbb abah kat hospital rilex je xde sakit pape.
Duduk wad enjoy je
siap bole lawat pesakit2 katil lain.
Tapi aku tau abah saja ckp cmtu sbb xnk
aku risau.
Aku pulak siap nangis2 kat sini risaukan abah.
Nasib ade mak
n adik beradik lain yg urus n teman abah kat hospital.
Hari2 aku mesej diorang
nk tau keadaan abah. Selang sebulan lepas tu baru la kami dapat setting nk
balik. Bukan apa, sebelum tu memang aku nak balik jumpa mak abah at least
sekali sebelum deliver.
Tapi hubby kena setting betul2 masa cutinya. Lagipun
masa tu ada program ceramah perdana ustaz Kazim Elias.
Hubby pulak terpilih
sebagai Ajk yg mengiring Ust. Last2 minit kalau nk tukar org memang sukar.
Alhamdulillah selama seminggu abah happy je kat wad makan ubat on time.
Keadaan abah pun stabil n xde komplikasi lain, so Doktor bagi discharge. Cuma Doktor bagi surat susulan utk buat appointment rawatan lanjut di IJN.
Di rumah, mak abah rajin tanya keadaan aku n baby kat sini. Setiap
kali aku call n mesej, diorg akan tanya keadaan aku n baby.
Atuk n Nenek tak
sabar kot nk menimang cucu kedua. Hehe maksud tersirat di situ adalah diorang
teringin nk tengok baby bump aku live depan mata hehe.
So aku n hubby decide
nak balik n family di sini pun encourage suruh balik. Dah lama tak balik. Last time balik Nov 2013 sbb adik aku, Dila kawen.
Furthermore, kepulangan aku n hubby ni adalah untuk ambil peluang minta maaf pada mak abah n minta diorang doakan yg baik2
sepanjang aku pregnant n masa deliver nanti.
So balik lah aku n hubby ke Shah Alam secara senyap konon nk
buat surprise.
Aku minta adik aku Dila n Ain komplot minta mak buatkan nasi
impit kuah kacang n ayam masak betawi. Tekak ni tringin sangat sampai dah terasa-rasa kelazatan masakan mak tu semenjak dua ni.
Aku minta adik2
aku berlakon kononnya ada kawan dari jauh nak datang melawat abah.
Haha petang
khamis aku n hubby smpai KLIA. As always hubby minta bestie dia jemput.
Xnak susahkan Dila or Ain. Lagipun diorang kan sibuk menjayakan lakonan di rumah.
Sampai depan pintu rumah kami
bagi salam. Nak tau ape reaksi mak yg tak ready pakai tudung?
Kelam kabut mak
bangun cari tudung sarung.
Instead of jawab salam, mak cakap "Kurang
asammmmm........." sejurus nampak kami berdiri depan pintu.
Hubby ketawa
ja tengok mak tekejut smpai cmtu haha.. Aku happy sbb mak n abah seronok tengok
kami dtg x dijangka.
Syabas Dila n Ain kerana berjaya sebagai pelakon merangkap
pengarah lakonan hehe.
Malam tu aku n hubby berhabis makan makanan mak masak.
Yess!
Merasa jugak makanan tradisi hari raya. Aku saja request sbb aku n hubby akan
beraya di Sandakan lagi tahun ni mcm thn lepas.
Tahun lepas x dapat beraya d Shah
Alam sbb teringin nk beraya 1st as wife d kampung halaman hubby.
Nampaknye
tahun ni pun beraya lagi di sini sbb sarat dah masa tu 35 minggu.
Sepanjang di Shah Alam aku n hubby betul2 menghargai masa2
yg ada untuk bersantai borak2 ngn mak abah.
Kalau kat Sandakan xde masa nak lepak
santai. Pukul 8 kerja pukul 5 balik, malam penat n tido.
Kadang nak lipat baju
sendiri pun makan masa 2 3 hari berkepuk baru terlipat baju tu. Hujung minggu
pun sibuk dengan program2 n aktiviti kerja. Di Sandakan ni pukul 9.00 mlm dah
mengantuk.
Automatik landing atas katil n terlelap. So kat sini xde masa nk berjimba
sgt mcm kat semenanjung. Semenanjung pukul 1 pagi pun fresh lagi. So kat Shah
Alam la masa nak leisure.
Antara tujuan lain kami balik Shah Alam pun sbb nak lawat
adik ipar baru operate di bahagian perut sbb masalah usus terlipat sampai bernanah. Alhamdulillah operation selamat n adik ipar kuat n skrg dlm proses penyembuhan luka.
Kebetulan adik ipar berehat di kampung yg mana satu
kampung jugak dengan nenek belah mak, so kami ambil peluang jugak balik kampung
lawat embah (nenek) n wak (pakcik n makcik) di sana.
Best sangat dapat tengok sawah bendang
menghijau. Syukur dapat berjalan bawak hubby n jalan2 area kampung.
Sebenarnya, ada cerita lain disebalik kandungan aku yg kedua
ni.
Doctor tak bagi berjalan sangat sebab kandungan aku berisiko.
Nanti aku
akan update entri pasal kandungan aku. Haha aku n hubby siap berjalan lagi
pergi Setia City Mall. Excited sbb first time ke sana.
Apa2 pun, aku banyakkan
berdoa semoga Allah melindungi kami dan baby dalam belly ni.
Mama tau baby kuat
macam mama n ayah. Mama n ayah sayang baby tau.
Baby sentiasalah berkomunikasi
dengan mama ayah ya.
Kalau nk tendang freekick n guling2 100 meter pun mama
sanggup, at least mama n ayah tau baby sihat n happy.
2 comments:
wiwit.... post wedding ni... hehe :)
ISMA ILYA: post wedding la sangat haha..
Post a Comment