Assalamualaikum..
Alhamdulillah kandungan sihat2 jer. And baby kuat menendang dan respon lagi-lagi
kalau dengar suara ayahnya bercerita. Syukur.
Semenjak dua ni selalu sangat rasa rahim mengeras/kejang.
First time kena seawal bulan keempat. Masa tu pelik jugak kenapa tiba2 keras
macam contraction, tapi tak sakit. Dalam 1-2 minit lepas tu hilang sendiri.
Seminggu tu kadang 2 3 kali jer.
Tapi kali ni usia kandungan dah menginjak ke 27 minggu
(kandungan sebenar 25 minggu), rasa kerap jugak, lagi-lagi kalau baring
mengiring perut tak dialas dengan bantal nipis, ataupun duduk sandar tapi
terlampau bongkok (badan tak tegak). Memang akan mengeras rahim tu.
Ada satu ketika tu aku sengaja baring/duduk dalam kedudukan
yang sama, konon nak eksperimen betul ke tak posisi ni membuatkan rahim aku
mengeras. Ternyata memang betul posisi aku tak betul yang menyebabkan rahim
mengeras.
Bila aku surf internet cari info apa sebab mengeras/kejang,
seriau pulak baca sebab kebetulan info2 yang aku baca tu adalah tanda2 nak
bersalin. Tapi rupanya tidak. Tak semestinya tanda bersalin.
Rahim yang
mengeras/kejang adalah simptom2 nak bersalin KALAU disertai dengan rasa sakit.
Lepas tu sakit tu continuous.
Apa yang aku alami ni rupanya adalah Braxton Hicks. Braxton Hicks ni kerap berlaku apabila kandungan
meningkat terutama di trimester ketiga. Antara lain punca Braxton Hicks adalah:
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senam atau bawa barang
4. Perut penuh
5. Mengurut
6. Semasa atau selepas hubungan suami isteri
7. Dehidrasi
Setiap orang akan alami pengalaman Braxton Hicks
berbeza-beza. Ada certain pregnant mommy rasa di bahagian tengah perut hingga
ke ari-ari dan ada juga sakit sampa kejang kaki dan sakit bahagian
pinggang.
Syukur setakat ni pengalaman aku kena Brixtion Hicks taklah
sakit mana, cuma perut tu rasa tegang sesangat dan tak selesa. So cara aku
kurangkan rasa tegang tu, aku tukar posisi badan. Kalau masa mengeras tu aku
tengah baring, aku angkat kaki (lipat bahagian lutut) dan usap2 perut.
Alhamdulillah kurang sikit tegang tu.
Masa rahim mengeras ni tak boleh gerak terlalu pantas, risau
kalau tersalah movement terkoyak otot ke menyesal pulak nanti. Haha..
Di bawah ni ada tips sikit macam mana nak kurangkan rasa
ketidakselesaan peurt kalau terjadi Braxton Hicks. Aku refer dalam blog dan
web2 pregnant mommies lain. Harap info ni membantu:
2. Rehat lebih lama
3. Minum air kosong dengan banyak, air yang banyak dapat kurangkan pengecutan otot yang mengundang kepada Braxton Hicks
4. Baring mengiring
5. Buang air kecil dengan kerap
6. Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Tempoh tarik nafas mestilah lebih pendek daripada menghembus.
Setakat ni entri kali ni. Hope dapat membantu mommy2 to be yg alami keadaan yang sama.
InsyaAllah aku akan update entri berkenaan posisi tidur pulak.
Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment