Assalamualaikum..
Masalah keputihan ni memang tak dapat elak sejak start
baligh sampai ke fasa nak jadi mak-mak ni.
Masa mengandung pun ade jugak keputihan. Lain orang lain
peringkat keseriusan keputihan tu.
Masalah keputihan aku pada kandungan kedua ni sama je macam
masa mengandung first dulu. Kadang2 fobia sebab takut tu salah satu punca aku
gugur dulu.
Biasalah kalau pernah gugur, macam2 andaian dalam kepala otak ni
asyik terfikir je apa punca terjadinya gugur. Takut sangat berulang lagi.
Aku pun banyak kali tanya nurse di KK nak leraikan
kerunsingan aku berkenaan keputihan yang aku alami ni sebab setiap kali aku
penat kerja memang banyak keputihan lagi-lagi kalau naik turun tangga.
Kadang2 tu awal pagi belum pergi kerja pun ada. So nurse
tanya kaler n bau. Setakat ni tak de lah berbau n kaler putih biasa.
Nurse bagitau jangan risau sebab tu normal masa mengandung. Lainlah
kalau kaler coklat, kuning atau hijau, likat dan berbau busuk sampai kemerahan
n gatal, barulah refer pakar. Kalau dah sampai tahap tu means kena jangkitan
yeast and sebenarnya jangkitan keputihan yang teruk boleh menyebabkan
terjadinya kelahiran pra-matang, kecacatan dan keguguran. Nauzubillah.
Alhamdulillah so far tak de lagi simptom2 tu. And nurse nasihat
pastikan diri kita sentiasa bersih n make sure area sulit bersih n kering. Kalau
cebok tu, korek sikit dengan jari.
Keputihan tak boleh dihilangkan tapi boleh dirawat dan dikurangkan.
Kalau ikut petua MIL aku, die suruh makan bawang putih je bebanyak. Aku amalkan
jugak, Alhamdulillah membantu la jugak. Kurang sikit keputihan tapi mengundang
bau badan le pule. Ade mom to be yg amalkan makan yogurt, ade jugak pakai pembersih
wanita.
Aku pernah dengar pembersih wanita tak elok pakai masa mengandung,
sebab kandungan pH dalam tu pun boleh mengubah pH normal kita. Some more, takut
ketat pula miss V, karang susah nak bersalin camno? Hahaha sampai ke situ pulak
pikir.
Selain tu, tips lain nak kurangkan keputihan yang aku dapat
di tenet adalah:
1. Jangan guna tampon sebab bakteria baru akan datang berkampung
2. Jangan basuh kemaluan dengan air sabun sebab boleh
mengganggu keseimbangan pH normal n bakteria baik yang sedia ada dalam faraj
Kepada readers yang ada pengalaman keputihan masa mengandung,
sila lah share sikit apa pencegahan dan cara korang deal dengan keputihan ni dalam
komen yer..
Terima kasih.
2 comments:
k.naz dulu miscarriage sbb keputihan ke??ishh,yna igtkan keputihan nih normal...huhu
based yna punya experience mmg ada keputihan nih.smpai yellowish.try mkn yoghurt tp sekejap je.orang kata jgn mkn kobis bunga.dia mnyumbang lg byk keputihan..yna nye jd makin teruk bila dh diakhir kehamilan.masa tuh dah nk masuk 8bln..pastu nurse kkia bg ubat msuk through miss V..terus elok..hehe
pastu if pakai pantyliner kena kerap tuka.at least 2jam sekali ke.if byk kne lg kerap.huhu pantyliner berherba yana xberani pakai.sebab takut effect kt baby..
Yana.. doc x ckp sbb ape.. n mse gugur dlu xdelah teruk mana pun keputihan tu.. normal je.. in fact skrg nih lg byk flow tp alhamdulillah xde pape.. mgkin punca gugur dlu bukan sbb keputihan tp sbb lain yg k.naz pn xtau.. belum rzki lg kot dlu hehe..
K.naz skrg kerap tukar underwear je..xpakai pantyliner pun..xberani ambik risiko..
Post a Comment