Assalamualaikum..
Masa Aryan newborn dulu memang diaper yang aku selalu fikir.
Nak pakaikan diaper brand apa, sesuai ke tak dengan kulit Aryan, kalau Aryan
tak ngam dengan diaper tu rugi pulak kalau dah beli banyak. Haha excited sangat
dulu, ikutkan hati nak beli semua brand kat supermarket tu. Lagi2 diaper yang
comel2 n bercorak2. Geram tau.
Tapi fikiran waras mengatasi nafsu, syukur for that. Aku pun
google dulu brand apa yg bagus dan sesuai untuk anak kita. Sebab tak semestinya
brand yang kita beli tu ngam dengan kulit baby, kena try and error dulu, sebab
kandungan bahan material dalam diaper tu boleh menyebabkan kulit baby jadi
merah dan ruam. Kalau baby jenis kulit sensitif memang tak tahan sehari pakai
diaper. Rugi la kalau dah beli sekali banyak kan. Kita pun bukan tau sangat
jenis kulit baby kita macam mana. Even mak bapak jenis kulit kebal, tak
semestinya baby pun ikut kebal. Lagi2 newborn baby, memang kena jaga betul
kulitnya.
Alhamdulillah baby Aryan kulit tak sensitif pakai apa pun
brand diaper, tapi rupanya Aryan ni sensitif dengan seafood. Pernah aku makan
sotong (jemputan di rumah makcik) and udang (restoran seafood). Balik rumah, bf
Aryan, terus naik ruam satu kepala. Penuh kepala botak dia dengan ruam merah.
Tergaru2 anak aku. Kesian sangat. Dahla tangan pendek comel, nak capai atas
kepala pun tak sampai. Haha. Aku tolong la garukan pakai napkin. Sapu lembut2
kulit kepala dia sampai dia tertidur. Nasib baik ruam tu tak membawak ke
bahagian lain badan. Kalau sampai ke tempat sulit, tak ke naya. Fuh..
Berbalik pada cerita diaper, aku dah try pakaikan Aryan
brand Pureen, Hey Baby!, Diapers Wee Wee Dry, Diapex, Petpet, Drypers Drypantz dan
Huggies Dry. Haa ni la nak share sikit ape pro and cons diapers ni. Haha
kelasss kau, buat review pasal diaper. Anak baru 5 bulan. Tak kisahla berapa
bulan, berapa tahun. Yang penting, niat aku ikhlas nak bantu mommies out there
yang masih kebingungan nak pilih yang diaper mana untuk baby.
Semangat beli macam2 jenis diaper sebab nak try mana elok untuk Aryan
Pureen
Masa Aryan baru lahir, aku try Pureen Newborn. Sebab masa tu
nak cepat check in hotel (read: ward) tak sempat nak pilih2 yang mana bagus,
rembat terus and masukkan dlm beg. Kulit Aryan ok, tak de ruam. Tapi pakaikan
dua tiga kali je sebab takut tersangkut tali pusat dia. Aku pakaikan lampin
kain yang putih tu. Kencing n berak dia kan banyak. Boleh kata 10 kali tukar
lampin untuk first 1 week. Sampai la tali pusat jatuh, baru la sambung pakai
diaper Pureen. Alhamdulillah kulit Aryan tak de rashes even pakai lampin jenis
kain tu.
Aku suka corak diaper Pureen ni, comel. Permukaan dalam
sederhana lembut. Penyerapan pun ok. Biasanya aku pakaikan Aryan untuk tempoh 3-4
jam. Bila kencing banyak, diaper jadi berat n sedikit berkuwap. Pureen ni pakai
tape jenis lekat, kadang2 bila tarik tape tu, terkoyak sikit diaper tu. Tapi tape
Pureen ni tak sekuat Hey Baby!. Harga sangat affordable. Since aku dok sabah,
harga pun ikut harga sabah la. Saiz M35, Rm17.90. So harga 1 diaper adalah
Rm0.51.
Hey Baby!
Hey Baby! best jugak sebab selama Aryan pakai tak de masalah
ruam. Dua bulan Aryan pakai saiz S Hey Baby!. Penyerapan standard macam Pureen
jugak. Permukaan dalam sederhana lembut. Tape dia maha melekat oi. Kalau dah
terkoyak tu memang tak boleh pakai dah. Harga Hey Baby! Saiz S58, Rm 18.90. 1
diaper, Rm0.32. Murah giler noks.
Recently aku belikan Aryan saiz M, annddd guess what? Aryan xde rash pun. Aku tengok diaper ni breathable, bila dah bulky dgn air kencing, ade ruang sikit kat bahagian tepi celah kangkang tu. Allow air flow la kiranya. And tak bau hancing pun bila penuh. So far puas hati. That means aku akan stick dgn Hey Baby!. Cuma isu pelekat je masalah. Kalau diorg upgrade velcro kan best.
Drypers Wee Wee Dry
Suka design Drypers sebenonye, sebab tu try. Excited sangat
sampai terbeli banyak saiz S. Aryan patutnye dah kena pakai saiz M tapi
terpaksa habiskan jugak saiz S. Cara nak habiskan, pakai 2-3 jam je pastu
tukar. Hehe. Pelekat Drypers ni design Velcro. Bukan tape yang melekat tu tapi
perekat. Banyak diaper sekarang pakai perekat sebab senang, kalau terbukak
banyak kali pun bole lekat balik. Permukaan dalam agak kasar, dan diaper ni
agak tebal berbanding diaper lain.
Aryan kalau pakai lama memang berkuwap and merengek mintak
tukar cepat. Yang bagusnya, bahagian dalam sisi diaper yang bergetah tu
mencengkam kemas pada peha baby. So kurang masalah bocor. Tapi disebabkan
cengkaman tu padu, kurang pulak air flownye. Aryan jadi rimas. Sebab tu baby
Aryan tak tahan pakai lama, lepas kencing and berak mesti mintak tukar. Tak
kisahla baru pakai setengah jam atau sejam, kalau dah berak memang kena tukar. Dah
tukar baru Aryan diam. Ada sekali tu bebird Aryan kena ruam sikit. Mungkin dah
tiba masanya untuk Aryan try brand lain. Ececeh..ayat tu sebenarnye mama Aryan
yang excited nak try lain.
Corak Drypers yang fascinating membuatkan aku malas nak
pakaikan Aryan seluar sebab corak Drypers tu sendiri cantik dah boleh jadi
cover seluar. Hahaha boleh pulak gitu J
and some more, Drypers boleh kumpul points, sampai cukup point boleh redeem
gift best2 dan cute2. Macam sample diapers, sample baby bath, baby talcum, toys
dan macam2 lagi. Kena setia dan istiqomah dengan Drypers la kalau nak gift2 tu.
Setakat ni aku tak sampai lagi point untuk redeem gift. Hihi. Harga Drypers
saiz M28, Rm18.89. Satu Rm0.61.
Diapex
Yang ni aku sangat berkenan sebab comel corak diapernya. Ada
gambar haiwan cute2. Diapex ni pun pakai perekat Velcro. Permukaan dalam sederhana
lembut, tapi nipis. Kadar penyerapan ok2 jugak. Agak berkuwap sebab bila Aryan
pakai masa tido malam, and diaper penuh, Aryan akan resah. Tidur tak lena. So
kena tukar. Malam2 adela 2 atau 3 kali tukar. Agak berbau hancing jugakla kalau
dah penuh. Tapi saiz M Diapex ni agak kecik berbanding brand lain. Hmmm. Aku
dah terbeli 78 keping, so cecepat habiskan. Getah sisinya bagus jugak macam
Drypers. Kurang bocor. Harga M78 Rm 31.99. Satu Rm 0.41. Di Sabah, harga Diapex
adalah yang paling murah. Tapi di semenanjung mahal kot.
Sorry tak sempat ambik gambo :p
Petpet
Aku try Petpet ni sebab ramai mommies cakap bagus n puas
hati, selepas Mamypoko dan Huggies. Permukaan diaper Petpet adalah paling
lembut antara brand lain. Saiz diaper agak besar untuk saiz M. Perekat Velcro, which
is good, tapi corak kartun tak semeriah Drypers dan Diapex. Hahaha boleh pulak
aku bandingkan corak kan. Tengok, mamanya sangat mudah terpengaruh dengan
kartun. Kartun pada diaper sangat memberi impak kepada kelarisan produk tau. Haha.
Petpet bila dah penuh, bau hancing agak kuat. Harga Petpet di sabah boleh kata
murah, M80, Rm38.99. Satu Rm0.49.
Drypers Drypantz
Diaper ni sangat senang n mudah masa nak pakaikan. Sarung je.
Tapi leceh masa nak cebokkan baby sebab bila dah bukak bahagian tepi diaper ni
(koyakkan je), tak boleh nak bungkus diaper tu balik. Kalau diaper perekat kan
boleh balut n bungkus elok2 supaya tak berbau. So seperti yang aku cakap, ada
pro and cons. Aku pakaikan Aryan diaper ni time siang je. Malam aku tak
pakaikan langsung, sebabnya, bila Aryan rimas bangun tengah malam, aku akan
tukar diaper dia dalam keadaan lampu bilik yang suram. Suram2 tu mane nak nampak
sangat kat mana najis, kat mana wet tissue. Dengan tak boleh lekat balik,
silap2 tangan tercalit najis tak perasan bawak ke tidur sampai esok pulak. Huhu.
So that’s why aku prefer drypantz ni siang, pengendaliannya
memerlukan fokus yang tinggi dan kerja yang cermat! Haha. Getah yang memegang
pinggang baby tu lembut. Tak ketat pun. Tapi bergantung jugak saiz baby la. Kalau
baby bambam nampak ketat sikit. Tapi still boleh kata comfort sebab getahnya
jenis getah lembut yang melekap just nice dengan pinggang baby. Corak diaper ni
pun cute, ade gambar kucing depan belakang. Harga untuk saiz M28, Rm 20.90. So
satu diaper Rm0.75.
Huggies Dry
Ramai mommies review Huggies pun bagus, so aku try untuk Aryan.
Permukaan dalam agak lembut. Tapi agak nipis sikit. Perekat Velcro. Bila Aryan pakai,
aku setuju bahawa Huggies Dry ni memang bagus sebab even Aryan kencing banyak,
sampai penuh and bulky diaper tu, Aryan tak rimas. Bebird dia pun takde masalah
ruam. Tengok Aryan pun selesa. Malam2 masa tido pun aku akan pakaikan Huggies
Dry. Sebab boleh tahan 4-5 jam sampai siang. Bila penuh, tak berbau hancing
sangat.
One thing about Huggies ni, getah bahagian sisi yang
memegang peha tu tak berapa ketat macam Drypers. Thus, memberikan air flow yang
baik. Aryan tahan pakai lama sebab tak berkuwap. Tapi dari sudut lain pulak, najis
Aryan mudah leak lagi2 bila Aryan poopoo dalam posisi mengiring. Berapa kali
dah leak sampai tembus kena baju T_T. Namun aku tak kisah, tengok Aryan selesa,
takde masalah, dan disebabkan aku suka dengan prestasi Huggies, maka buat masa
ni aku akan stick dengan Huggies Dry jugak.
Dah nama pun dry, mesti teknologinya lebih kepada dryness
kan. Bila Aryan poopoo and lambat tukar, memang Aryan merengek sebab najisnya
kering kat dalam tu. Penyerapan sangat pantaas dan bagus sampai jadi kerepeng
najis tu. Haha. Ops sorry ye aku direct je storytelling. Sapa yang tengah makan
sambil baca blog aku, mintak maaf awai2 no :)
Kesimpulan daripada try and error diaper Aryan semua, aku
dapat concludekan bahawa, setiap brand pun ada kelebihan dan kekurangan.
Contohnya, kalau nak elak leaking, tak boleh kata brand
sekian2 bagus dan anti-leak, sebab bergantung kepada cara kita pakaikan pada
baby. Kalau kita pakaikan longgar, baby bergerak aktif, posisi tak ngam, brand
bagus macam mana pun still boleh leak. Kalau nak elak bau hancing, apa2 brand
pun akan bau hancing jugak bergantung kepada banyak atau sikitnya kencing anak
tu.
Bagi aku, yang penting baby tak de masalah rashes cukuplah. Mahal
ke murah ke belakang cerita. Every mommy nak yang terbaik untuk anak2 kan. Sama
juga dengan aku. Ikut nafsu curiosity aku ni, nak jugak try Mamypoko yang orang
dok kata sangat best tu. tapi untuk apa belanja mahal2 kalau kita boleh dapat yang
murah dan sesuai untuk baby kita kan. Kalau anak tu sesuai pakai brand paling
murah pun apa da hal, selagi kulitnya sesuai dengan brand tu, teruskan.
Peringatan
untuk diri sendiri, ibu hebat adalah ibu yang pandai berjimat! Hehehehe. Kalau nak
cerita jimat, baik pakai Cloth Diaper je kan? Haaa tapi aku jenis express mommy.
Acane? Alahai. ^^,
Hehe. Terima kasih sudi baca. Meh la share info pasal
diaper. :)
1 comment:
Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.
Post a Comment