Dah lama tak jengah blog kesayangan. Entri kali ni sangat panjang. Aku harap kisah aku dapat dijadikan panduan. Terutama bagi preggy moms.
Pengalaman kali ni tak pernah terlintas di fikiran untuk aku hadapi dan alami selama menjadi seorang ibu, iaitu keguguran.
Actually, aku mengandung tanpa disangka. Of course aku happy sangat. Mana taknye, Allah hadiahkan seorang insan yg hidup, dan membesar dalam tubuh sendiri.
Memang aku plan nk preggy lepas habis study n konvo. Sebab komitmen belajar dah selesai. Takde apa nk dirisaukan n aku pun tak de lah fikir nk delay2 lagi. And I think its time to be a mom.
Alhamdulillah, soon after convo, Allah kabulkan doa. Aku sayang sangat kandungan aku. Lebih2 lagi ni first time aku pregnant. Macam dapat cabutan bertuah.
Perasaan pregnant saat indah dan tenang. Knowing that aku sekarang 'berdua'. Secara tak langsung, perasaan berdua tu membuatkan aku rasa kuat. Dalam apa jua keadaan, susah n senang yang dihadapi sepanjang hari dapat aku cerita pada someone yang aku tahu akan sentiasa mendengar dan merasai apa yg aku rasa, anytime, anywhere.
Tapi keceriaan dan kegembiraan ni rupanya sekejap. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Janin only survived for approximately 9 weeks je.
Ceritanya bermula begini...
The day aku realize aku dah lambat period, terus aku test urine. The result was positive for all 4 urine tests i have tested. Gembira bukan alang-alang. The same day, hubby teman pergi Klinik Syifa, Batu 6, Sandakan and yes, Doc kata aku pregnant. Doc share tips n nasihat berkenaan ibu mengandung. Aku n hubby happy n mengucap syukur. Good news been shared with families and relatives. Me myself got so much advices and attentions among aunties n cousins. Perasaan sangat princess yaw. Sweet. Lagi2 ini adalah first baby sebelah ayah mertua. Sebab di kalangan cousins, hubby cousin paling tua. So you know lah.
Oh ya, masa first time jumpa Doc untuk urine test tu, Doc scan n detect rupanya aku ada cyst air. Selama ni aku tak rasa sakit atau apa2 symptom dahsyat pun. Apapun, thank Allah at least aku tau apa yg ada dalam body sendiri. And thank Allah, Doc kata cyst air tak ganggu perkembangan baby. Based on apa yg Doc kata, Cyst adalah normal bagi semua wanita. Cyst pandai tumbuh n pandai kecut balik secara semulajadi. Thats why aku tak risau. Cuma tinggal lagi jaga makan n berdoa supaya cyst aku kecut dengan sendirinya.
On 8th weeks, aku n hubby datang lagi nk tengok progress cyst n baby. Doc kata saiz cyst masih sama. Jantung janin dah mula nampak n berdegup laju. Seronok tak terkata. Balik rumah meleret je senyum. Dah tergambar wajah baby, dah tersebut2 nama yg bakal diberi. Betulla kata orang, baby dalam kandungan pengikat kasih sayang suami isteri. Hubungan makin rapat n bahagia.
On 11th weeks, kami datang lagi. Doc scan cyst, saiz masih sama. Bila Doc scan area rahim, nampak dah figure janin, kepala, abdomen, kaki n tangan yg baru nak tumbuh. Tapi Doc kata jantung tak berdegup. Aku n hubby senyap. Biar je Doc scan n lurutkan scanner tu atas perut. Doc kata lagi, janin takde degupan jantung n based on saiznya, baby stop developing at 9 weeks of age.
Aku n hubby tak cakap apa2. Guruh dah berdentum2 dalam diri aku menahan perasaan nak nangis. Kami dengar je Doc cakap. Doc perasan riak muka kami. Doc suruh check lagi minggu depan, "Mana lah tahu jantungnya berdegup balik. Baby main2 je kot." katanya. Tapi aku tahu Doc nak sedapkan hati kami.
Aku rasa tak sedap hati. Hubby masih kuat merasakan janin masih ada. "Mungkin scanner rosak", katanya. "B yakin baby kita masih hidup". The next week kami pergi Klinik Dr Heong, Bandar Indah, Sandakan. Dr ni memang specialist. Ramai pregnant mommies percaya n Dr Heong pun banyak handle operation yg melibatkan ibu2 mengandung n kes2 bersalin. So there we went to.
Bila scan, Doc sahkan janin dah meninggal. Memang sah. Naluri aku memang menyatakan benda yg sama sejak minggu lepas lagi. Sebab aku dah takde rasa loya2 n pening2. Rasa macam single je. Macam tak carry apa2 dalam belly.
On the way home, dalam kereta aku masih dapat kawal perasaan. Sampai rumah, air mata mencurah2. Aku menangis macam budak2 terhenjut2 bahu tersedu2. Sedih sangat. Luluh n hancur hati. Hubby pun menangis jugak. Aku bersyukur sebab hubby sangat kuat. Hubby bagi kata2 semangat n muhasabah hikmah di sebalik kejadian. Alhamdulillah perasaan tenang n kami redha atas apa yg berlaku. Thank u hubby for always be there.
Aku dikategorikan sebagai 'missed miscarriage'. Keguguran tanpa amaran. Sebab takde symptom2 rasa sakit perut, takde rasa pening, takde rasa nak muntah dan sebagainya. Dr cakap kantung janin elok, air ketuban pun elok. Dr Heong beri dua pilihan sama ada nk cuci (D&C) atau biar janin gugur sendiri. Aku request nk biar janin jatuh sendiri. Doc setuju.
By the time aku menunggu janin jatuh sendiri, mama mertua gesa untuk ke hospital. Takut apa2 jadi dalam masa menunggu.
Mama kata, "Barang dah rosak, jangan disimpan. Takut jangkit diri sendiri, datang pulak penyakit lain. Dah banyak kes. Jangan disayang2 baby tu. Dah meninggal elok dibuang".
Ok ma. Aku tak banyak mencelah. Walaupun aku sayang dan tak sanggup nk berpisah dengan 'baby', tapi kesihatan aku lebih penting.
"Badan nak pakai lama", bak kata mama.
Aku sampai Hospital Duchess of Kent, Sandakan kira2 jam 10.30 pagi. Aku ditempatkan di katil hujung sekali di wad Gynaecology, aku sempat berkenalan dengan kakak sebelah. Kakak ni nak 'ikat'. Kakak di sebelah lagi mengandung 4 bulan, tapi nk gugurkan kandungan. Oh, ini satu kisah yang lain yg aku nk kongsi jugak. InsyaAllah aku kongsikan di entri akan datang.
Semasa ditahan, ramai Doc2 pelatih muda check aku. Dalam report kesihatan aku, Doc tulis level of pain: 1. Memang aku tak rasa lagi sakit nak gugur. Setiap 3-4jam Doc check, masih kondisi yang sama. Tengah malam tu, jam 12 tepat, an Indian young lady Doc datang ke katil aku, tutup tirai sekeliling katil n suruh puasa. Ok aku agak, esok aku akan dicuci. Doc tu insert ubat dalam rahim, supaya pintu rahim terbuka n senang operasi cuci dilakukan keesokan hari. Ok. Ubat dimasukkan dan proses memasukkan ubat itu sakit. Aku tak dibenarkan bergerak untuk dua jam, n kaki lurus. Saat ni memang tak selesa. Tak sempat tarik selimut.
Aku terlelap walaupun kesejukan. Dalam sejam setengah, aku terjaga sebab perut aku rasa memulas2. Aku cuba tahan untuk setengah jam lagi sebab nk cukupkan dua jam. Makin lama makin sakit. Sakit macam senggugut, tapi lagi kuat sakitnya. Cukup dua jam aku terus ke tandas. Ke tandas untuk ke berapa kali aku tak ingat. Sakit tu macam nak terbe*ak, tapi tak keluar. Jam 3 pagi aku memang tak tahan sakit, aku request nurse nak makan pil tahan sakit.
Esoknya lepas subuh aku ke tandas. Sakit dah kurang, tapi tiba2 darah keluar mencurah2. Sampai tembus ke katil. Kain yg Doc bagi memang bertompok dah darah2 tu. Dalam jam 9 pagi nurse2 meluru ke arah aku suruh tukar pakaian bedah kaler putih. Aku sempat maklumkan pada suami, n inform kemungkinan masa dia datang melawat, aku masih tak sedar, sebab Doc pernah bagitahu, kesan bius cuci ni makan masa lebih kurang 8 jam. Airmata bertakung. I wish my hubby was here beside me. Tapi Doc kata dalam bilik bedah hubby tak boleh masuk.
Sepanjang jalan aku ditolak ke bilik bedah aku banyak berzikir, aku berserah bulat2 kepada Allah n tawakkal. Apa nak jadi lepas ni aku redha. Aku kosongkan hati. Dalam bilik bedah, aku sempat menjeling n melirik apa yg Doctor2 bedah buat di sekeliling aku. Ada lebih kurang 8 Doc uruskan aku. Kalau tak silap, 4 Doc lelaki, 2 Doc perempuan, n 2 Doc perempuan berdiri di hujung bilik, standby kalau apa2 jadi. Aku melirik jam dinding sambil tak putus berdoa. Jam 10 pagi waktu tu. Aku pandang siling bilik bedah, n entah bila mata aku terkatup tak boleh kawal. Aku dibius penuh dan tertidur.
Aku tersedar bila ada orang memanggil2 nama aku dengan kuat. Sedar2 aku dah berada di luar bilik bedah. Lemah n berat badan. Alhamdulillah at least aku tahu aku selamat. Aku lirik jam dinding. Tak sampai sejam pun operasi cuci ni rupanya. Lebih kurang 45 minit baru aku sedar sepenuhnya. Takde lah sampai 8jam pun macam orang cerita. Dalam bersyukur, aku sedih juga. Sebab aku tahu aku dah tak bawak 'baby'. Aku mula rasa keseorangan.
Semasa di wad, aku terlelap masa mama n adik2 ipar datang melawat. Terharu, sebab diorang sentiasa di sisi bagi sokongan. Hubby apatah lagi. Memang aku bersyukur hubby sentiasa positif.
Petang tu jugak aku dibenarkan keluar. Alhamdulillah. Aku tanya pada nurse berkenaan janin yg dah dicuci, nurse kata janin dibawa ke makmal untuk di analisis. Bulan 11 nanti datang balik untuk ambil result hasil analisis diorang tu.
***
Sekarang dah cukup sebulan aku berpantang. 2 minggu awal tu memang aku jaga pantang betul2. Terutama bab makan. Aku ikut petua mama, makan bawang putih, lada, n amalkan jamu air mancur. Berjalan pakai stokin, pakai bengkung. 2 minggu lepas tu rasa ok sikit. Aku mula kerja balik n badan rasa sihat sikit berbanding 2 minggu awal dulu. Cuma aku masih tak boleh angkat benda berat, sebab akan rasa contract semacam di bawah perut. So aku tak nak ambil risiko.
Aku berharap sangat n berdoa semoga Allah beri peluang untuk aku n hubby untuk merasai nikmat mendapat zuriat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku n hubby. Aku yakin. Aku tak menyesali apa yang telah berlaku dan aku tak bersedih atas apa yang Allah ambil daripada aku n hubby. Kerana aku tahu, rezeki Allah itu luas. Sesungguhnya ujian yang aku lalui hanyalah kecil. Aku bersyukur kerana aku bukannya keseorangan di dunia ni. Ramai lagi ibu2 yang pernah kehilangan dan kisah2 mereka jauh lebih menyayat hati, namun mereka sangat kuat, yang mana bila aku terfikir kalaulah aku di tempat mereka, aku tak sanggup hadapinya. Allah takkan uji hambaNya sesuatu ujian yang di luar kemampuan hambaNya. Itulah yang membuatkan aku kuat dan tidak berputus asa. InsyaAllah. Mudah2an ada lagi peluang untuk aku n hubby.
Thank You for reading. I'm looking forward in sharing experience. Doakan aku n hubby k.
Assalamualaikum.
15 comments:
Menitis airmata baca entry nie..mungkin ada hikmah disebalik sume nie..
terima kasih mizz erma.. insyaAllah ada hikmah di sebalik semua kejadian..mudah2an lepas ni ada lagi peluang untuk conceive. aminn..
be strong momma!insyaallah ade hikmahnya..Allah tahu yg mne terbaik.yana pn dlu jd mcm tu jgk.ade share dlm blog yana..u can visit here: preciousofmine-leeyana.blogspot.com
thank u so much dear. hope akan ade rezeki lebih baik menanti lepas ni. eh yana pun ade blog? ok nnti k.naz visit eyh.. baby sihat? bape kali tendang2 perut mommy dia ni? hehe
btul tu.org ckp lpas kte miscarriage mmg snang nk lekat.ha,tu yg yna xsmpai sbulan da lekat blik..kikiki mak bsing jgk suh pntang lg ptutnye.tp da rezki..yea,terima aje.. :D insyaallah,ade rezki tu nnt Allah bg.. bby shat alhamdulillah kak..
Sy pn bru kguguran hari ni,dlm 3 hari tu,kluar sket2 jak darah,bru hari ni kluar ketul,tp stakat ni syukur x rasa sakit sgt..dh scan lpas tu d korek2 lg takut btl... Sedih btl dh 2 bulan baby ku.
Dear Suharni Sarni..sy faham perasaan tu. Harap awk tabah ye. Mmg awal2 xdapat terima tapi lambat laun awk akan ok.. yg penting sentiasa positif..nnti senang dpt baby lagi :) masa korek tu awk sedar ke?
Dear Suharni Sarni..sy faham perasaan tu. Harap awk tabah ye. Mmg awal2 xdapat terima tapi lambat laun awk akan ok.. yg penting sentiasa positif..nnti senang dpt baby lagi :) masa korek tu awk sedar ke?
Dengan kita selalu berpositif thinking akan slalu ada harapan baru yang bisa di peroleh... semangaat
pengalaman awk sama mcm sy. missed miscarriage.
Nak tanye doctor bedah skali cyst atau die mengecil sendiri?
Nak tanye doctor bedah skali cyst atau die mengecil sendiri?
Masa pregnant doc scan xnampak..doc kata mybe terlindung atau mybe mengecil sbb hormon pregnant dirembeskan.. lps bersalin scan lg saiz mengecil..syukur alhamdulillah
sedih baca story sis ni..huhuhu
😠begitulah.. dh lama xupdate blog.. byk perkara xjangka berlaku..sis tabah
Post a Comment