February 20, 2015

Assalamualaikum..

Yeay! Aryan dah start makan! Yeay! Mama happy yeayyy!

Terover kan.. ni la namanya mama borek, anak jgn ikut yer..

Actually baby mama da start makan masa 5 bulan setengah. Tak menyabo kan.. bukan apa, kita ni hormat kata2 orang lama dan berpengalaman. Ikut hati memang xnak bagi Aryan mam selagi belum reach 6bulan, tapi aku consider nasihat org2 lama n bila tengok keadaan Aryan yg mana sudah menunjukkan ciri2 boleh start makan, makanya aku tawakkal dan ikutkan jela. Huhuhu.

Utk permulaan, aku bagi Aryan puri labu. At first aku risau jugak nak bagi sebab labu kan angin. Kang merana pulak budak tu kekembongan. Nasihat hubby, Allah dah ciptakan manusia ni perfect. Sistem manusia akan boleh terima dan proses makanan. Kalau berangin, sapu jela minyak kayu putih. Lama2 kentut la. So aku akur.

Selain tu aku terpikir, boleh ke laa anak aku ni makan. Terkenang zaman newborn dia tak pandai menghisap. Hakhakhak..

Tetapi anggapanku meleset. Rupanya Aryan ni kuat makan. Berselera je. Baru sua sudu kat mulut, terus nganga macam anak burung. Aryan pandai telan. Suap je, rasa2 kat lidah, telan. Sampai kedepan leher beliau nak lagi dan lagi. Seronok nau tengok beliau makan dengan rakus. Meleleh2 makanan tu ke dagu, pipi dan dada. Hahaha. Alhamdulillah.

Aku practice 4 days rule. Labu tu aku potong dadu dan rebus sampai airnya kurang. Lepas tu blend dengan air rebusan sekali. Alaa..masa proses menyediakan puree labu Aryan, hubby terbawak handphone g kerja. Tak sempat nak snap gambar. Takpe, next solid food nanti aku upload resepi n gambo sekali. ;)

Mula2 bagi Aryan mam, Aryan lambat berak. Esok petangnye baru berak banyak sampai bocor. Poopoo pun ok mcm sebelum Aryan start makan solid food. Alhamdulillah Aryan pas makan labu.


February 6, 2015

Wordless Friday: Puree Epal




Berseleranya mam puri epal ;) 




February 5, 2015

3 Tips Elak Nampak Tua


3 kesilapan kecil ini mampu membuatkan anda nampak tua malah wajah anda seakan tidak bermaya dan nampak kusam. Ingin tahu apa dia? Kami kongsikan.


TIDUR DENGAN MEKAP

Ya, ramai yang melakukan perkara ini, rasa malas untuk cuci mekap dan hanya biarkan sampai anda tertidur. Tahukah anda ianya akan membuatkan wajah anda tampak kusam dan kering dengan mekap. Anda mesti tahu perihal seorang wanita yang tidak mencuci mekap selama lebih sebulan dan hasilnya wajah kelihatan lebih tua dan kusam. Walau malas sangat, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada anda ingin biarkan wajah dengan kotoran mekap.

KEKERAPAN CUCI MUKA DALAM SEHARI

Ramai daripada kita yang setiap kali ada masalah kulit pasti cuci muka, mereka rasa geram dengan keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari. Tahukah anda lebih pengelupasan mampu merengsa kulit anda dan benar-benar membuat liang anda menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap. Cuba dua atau mungkin tiga kali seminggu.

IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT


Alasan ikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut anda tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. - via

Artikel ni aku copypaste jer. Mudah ceritanya dan kerjanye. Hehe.

1. Nasib baik aku bukan jenis mekap heavy. Kalau kuar je alas bedak talcum Aryan punye. Bedak pureen. Pastu pakai pressed powder. Lipstick. Dah. Takdenye nak touch up mata pakai maskara bagai. Kalau nak tidur memang akan sentiasa pastikan muka bersih. 

2. Aiseh.. Aku ni jenis rimas kalau muka berminyak. Kalau sehari tak cuci muka, rasa mcm berak tak lepas gitu. Rimas. Hmm..kena control cuci la cm ni. Patutla setiap kali cuci rasa kering n berkedut je kulit muka. Eee takmooo cepat tua. 

3. Aku ikat longgar, tapi still berguguran rambut aku. Mungkin sebab shampoo tak ngam kot? Ok, aku sekarang dah jarang ikat rambut. Lepas je. Aryan suka sangat tengok rambut mamanya. Gelak2 sampai terbatuk2 tengok mama swing rambut. 

Rambut kenit Aryan

Assalamualaikum..

Haha baca tajuk entri pun nak tergelak sendiri. Actually, masa Aryan lahir, rambut dia agak lebat. Lama2 makin beranjak usia bulan ke bulan, makin jarang pulak rambut dia. Dah la rambut halus, kalau kena cahaya lampu kat kepala Aryan, nampak berkilau ko. Kalah Harith Iskandar. Haha.

Aryan hari ketiga ;) 
Dahi jendul, anak bijak ye syg.. 

Tapi kan, ada 2 helai rambut Aryan yg tumbuh normal. Haa 2 helai je. Aku perasan kat atas kepala dia dekat dgn pusaran rambut. 2 helai tu dah panjang dah. Kalau rambut yg lain pun tumbuh elok, mmg akan panjang jugak sama macam 2 helai tu. Tapi sekarang rambut Aryan dah menebal Alhamdulillah. 

Aryan tak pernah cukur lagi semenjak lahir, bila ukur 2 helai rambut tu adela dalam 10cm dah. Tapi ntah mcm mana, aku terputuskan sehelai rambut dia. So tinggal sehelai je la lagi. Aku sayang2 je sehelai rambut Aryan yg panjang tu. Kalau pakaikan baju, atau alih kepala masa tidur, aku betul2 jaga rambut dia yg sehelai tu. Sayang betul. Hahaha..kaw..boleh buat novel bertajuk "Keranamu Sehelai Rambut".  

Aryan tengah leka tengok tv, cecepat amik gambo kepala botak. 

Haa nampak tak sehelai rambut yg panjang kesayangan beta ;)
Suka belai2 rambut si kenit ni. Halus n nipis mcm mama ayah jugak. Cpt2 tumbuh ye rambut. 


Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers