November 20, 2014

Jangkitan Telinga Baby Aryan

Assalamualaikum.. 

Teringat saat2 Aryan kena selsema. Masa tu aku n hubby kena selsema dulu. And Aryan masa tu baru 2 minggu. Aku risau jugak kalau Aryan terkena selsema tapi tak jugak. Tapi bila Aryan tidur aku dengar nafas dia macam tersekat n ade bunyi srottt srottt bila dia tarik nafas. Tapi bunyi tu sekejap je. Dalam 3 – 5 kali bunyi pastu takde.

Lepas sebulan umur Aryan, aku balik umah mak abah kat Shah Alam utk sambung berpantang kat sana. Happy bukan alang-alang berpantang kat rumah sendiri disisi mak abah memang selesa. Sepanjang tempoh nak habiskan pantang mak masakkan makanan. Heaven. Sedapnye masakan mak. Hilang rindu.

Di Shah Alam aku stay umah sewa adik aku which is sebelah umah je dgn umah mak abah. Siang aku akan bawak Aryan ke umah mak abah, mandikan Aryan, tidokan Aryan semua kat umah mak abah. Pukul 7 pagi lepak umah mak abah. Pukul 10 mlm baru balik umah sewa adik. Macam tula rutin hari2 sepanjang sebulan setengah kat sana.

Satu malam Aryan tiba2 merengek, pukul 9pm aku dah balik umah sewa ready nak tidokan Aryan. By 12 mlm Aryan still merengek, lama-lama rengekan dia kuat, macam sakit. Aku risau, aku panggil mak minta datang rumah sewa n tido sama2. Mak baca2 surah n ayat kursi. Pukul 2 am Aryan tido tapi tak lama. Kejap2 je. Pastu menangis lagi. Sedih. Tak tau nak buat apa dah. Tapi bila siang Aryan ok. Tak nangis, tak merengek. Masuk malam je start nangis balik. Hari kedua pun sama. Dalam pukul 4 pagi aku call mak. Cian mak mamai2 datang tengokkan Aryan. 3 hari 3 malam Aryan macam tu. Aku bagitau mak abah kalau lepas hari ketiga still rengek aku nak bawak jumpa Ustaz takut Aryan kena ‘kacau’ or kena gangguan. 

Ada satu malam tu Aryan nangis kuat sangat, aku perasan telinga Aryan berair. Aku bagitau mak, mak cakap tu la sebabnye kot dia nangis. Actually aku dah perasan lama dah telinga dia berair sejak dari Sabah lagi masa Aryan selsema tu. Tapi aku tak kisah telinga dia berair sebab aku bajet akan ok sebab kat Sabah pun ok lepas beberapa hari. Rupanya aku silap. Sedih n rasa bersalah sangat sebab take for granted sakit2 baby ni.

Aku bawak Aryan jumpa Doc, Doc cakap Aryan kena jangkitan telinga disebabkan selsemanya. Patutla. Baru aku faham. Aku baca info pasal isu ni, hidung baby baru lahir ada kaitan dengan telinga.  Disebabkan jarak antara hidung n telinga tu dekat, bakteria dari hidung pergi ke telinga. Sebab aku perasan cecair kat telinga Aryan tu kaler hijau kekuningan n likat. Kesian sangat. Banyak cairan tu meleleh n berbau. Aku pun tak tahan bau dia. Patutla bila kami cium pipi Aryan sebelah kiri macam ada bau. Rupanya daripada telinganya. Ya Allah, berdosanya aku terhadap anak aku. T_T

Disebabkan Aryan masih baby, Doc xbagi ubat selsema or ubat titik telinga kanak2. Doc hanya bagi antibiotic untuk Aryan. Cian baby aku kecik2 kena makan ubat. Sampai poopoo dia pun bau antibiotic. Di samping tu, aku sentiasa alert dengan telinga dia. Lepas mandi mesti aku bersihkan pakai cotton bud. Bersihkan bahagian cuping telinga, belakang telinga n dalam telinga. Alhamdulillah dalam 5 hari cecair likat tu hilang. Berkat, ubat, susu mama n dengan izin Allah. Syukur. 

Itu cerita masa Aryan berusia dua bulan..


13 November Aryan genap 3 bulan.
 Alhamdulillah Aryan dah pandai niarap. Aryan ni jenis lasak n usaha kuat. Terkejut jugak 1st time tengok dia niarap. Setahu aku Aryan usaha ngiring2 je. Tapi minggu lepas adik ipar cakap Aryan dah pandai niarap. Aku ingat adik ipar tolong tiarapkan Aryan. Bila dah berlaku depan mata, excited pulak aku tengok :)  

Aryan dah pandai pegang barang bila diletak kat atas dada. Tak kisahla, kain ke, toys ke, tangan mama ke. Apa saja. Cepat pulak barang tu sampai ke mulut :) 
Ishh baru perasan toys hijau tu bentuk puppy. Kena exclude dari stok mainan Aryan ni. 

Di bawah ni aku share sikit info berkenaan jangkitan telinga. Copy paste je J

Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesemaalergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah. 

Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan. 

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.

http://www.babycenter.com.my/a1045601/jangkitan-telinga#ixzz3KGvEbQ8E


Terima kasih sudi baca. rerajinla tinggalkan komen ya :). 


November 13, 2014

Parut Lepas Bersalin

Assalamualaikum..

Masa mengandung dulu aku jaga betul perut. Tak nak ade stretch mark aku sapu minyak Bio Oil. Setiap kali lepas mandi tak miss. Yeayy.. nampaknya perut memang tak ada kesan merekah.

Tapi yang aku nak mengamuk, belek2 body depan cermin, rupanya stretch mark timbul kat tepi! Area pinggang dekat pinggul n peha lagi2 kat belakang peha n betis. Area yg memang aku tak terduga akan ada rekahan. Uurrrghhh! Tension.

Tu masa gendut2 dulu. Sekarang on the way nak slim ni kulit yg ade rekahan tu gatal2 pulak. Memang normal eh?? Gatal betul. Sedap je garu. Takut sedap2 garu karang berparut pulak kesan luka.

Lain cerita, memang betulla kalau bf cepat turun berat badan. Mudah mudahan aku dapat capai target berat macam sebelum preggy. InsyaAllah.

1st Night with Baby Aryan

Assalamualaikum..

Entri ni aku sambung sikit daripada entri Pengalaman Bersalin Czer n what its like being a mom for the first time.


Lepas operation aku ditempatkan di wad close to nurses counter so that dorang boleh monitor progress patient. Aku tak dibenarkan bangun atau angkat kepala within 6 hours. Sebab ubat bius masih ada n takut kalau terbangun akan effect muntah or headache yg teruk.

Pukul 4.30ptg masa melawat tapi hubby dapat masuk awal sbb wife baru keluar OT. Sementara hubby layan baby, aku gerak2 kaki n main2 jari tapi tak rasa langsung kaki tu. Dalam pukul 5-6 ubat bius dah start menghilang n lama2 aku dpt rasa kaki. And tak syok sbb tiub kencing masih melekat. -_-'
Luckily tak ngilu mcm sebelum operate. Tapi still tak selesa.

By 7.30 ptg aku dah dpt move kaki. Aku try duduk n pegang baby. Perut masih rasa kebas. Bius dekat perut memang kuat sebab kulit perut langsung tak dpt rasa sentuhan bila aku pegang n garu2 kawasan tu. In fact, lepas dua bulan still kulit perut masih kebas. Betapa kuat Doc bagi bius tu.

Alhamdulillah lepas 6 jam aku dapat berjalan ke tandas. Aku paksa diri berjalan sbb nak tunjuk kat nurse yg aku ok n stabil. Dengan harapan bile nurse tengok aku boleh jaga diri nurse akan cepat2 bukak tiub salur kencing tapi tidak. Nurse ckp tggu Doc check progress aku n that means esoknye la baru dpt bukak. Arrghh..

Aku bagitau nurse nak balik ke katil aku di 2nd class. Aku berjalan dari wad reramai ke wad aku. Perut rasa sakit2 mcm senggugut. Aku tunggu2 jugak kot2 sakit menusuk mcm certain mommies yg lain. Tapi alhamdulillah tak.

Baby Aryan tido je sepanjang 3 hari kat wad, tak bangun minum ke baby ni? Aku risau dia lapar n meraung. Tapi tak jugak. Setakat rengek2 pastu tido. Mungkin lapar tapi tak dapat susu pastu tertido balik.

Aku pulak dirudum stress sbb susu tak keluar. Adela satu dua titik pastu aku calit kat mulut baby.
Sedih bila tengok baby rengek lapar tapi takde apa nak bagi. Hubby dah bekalkan susu fm tapi aku tak buat sebab takut kantoi dgn nurse. Mil pun paksa suruh bagi je fm. Ntah. Aku confuse n blurr. Takut, sedih, stress.

Sampai la satu ketika ni bilamana baby Aryan tiba2 meraung menangis mcm kena pukul. Aku angkat n dodoi tapi tak nak. Bagi air masak nangis jugak. Usap2 badannya nangis jugak. Aku takut. Bingung. Tertekan. Nak nangis. Masa ni aku teringat mak. Hubby. Sedih. Aku dukung baby Aryan sambil mundar mandir wad. Kakak katil sebelah (Kak Sabrina)  bangun n tolong aku check baby. Kak Sabrina dah ade 2 baby n this coming baby will be the 3rd la. Kak Sabrina bukak baju baby, rupanya sebab barut. Barut baby tu jenia strip zip n bahagian strip yg keras tu kena kulit baby Aryan. Bila aku lipat n bahagian tu n pakaikan baju baby Aryan baru dia diam. Kesiannya anak mama. Aku nangis sambil pujuk baby. Say sorry to baby. Serius aku bersalah sangat. Bersalah sebab naif n tak tau apa2 pasal baby. Cara handle n urus baby.

Itulah saat2 genting yg pada aku paling menggelabah dlm hidup aku. Bila fikir2 balik, nak jaga baby bukan sehari dua. Aku xpatut rasa stress, down, putus asa n gabra. Kena buang perasaan tu. Nak tak nak aku kena juga hadapi situasi2 sukar urus baby. Dari situlah kita faham baby kita. Later on kita akan biasa n tahu jenis rengekan baby n apa yg baby nak hanya dengan mendengar rengekan tu.

Sekarang baby Aryan dah genap 3 bulan. Happy 3 month sayang. Baby Aryan tengah struggle nak meniarap. Suara pun makin kuat. Pagi2 pukul 5 rajin kejut mama ayahnya solat subuh.


Alhamdulillah. Next entri InsyaAllah berkenaan selsema Aryan membawak ke telinga. Kesian anak mama.


November 9, 2014

Pengalaman Bersalin Czer

Assalamualaikum.. :)

Dah 2 bulan setengah beranak :) baru nak hapdet :)

Child's Name: Airyl Aryan bin Mohammad Khairol Joharie
Gender: Boy
Time of birth: 12.16 pm
Date of birth: 13th August 2014

Ogos 2014
Dah sebulan rupanya aku dok wad. Lepas cuti raya, nak balik ke hospital rasa malas sgt. Setiap kali admit wad, kena cucuk tangan pasang drip, amik darah, buat ctg. Itulah rutin yg mesti dibuat utk mommies yg hadapi PP Type 4 mcm aku.

Dan setiap kali kena drip, aku tension, bukan ape, sakit kena cucuk berulang kali lagi2 kalau Doc yg xpandai cari urat aku yg buat drip tu. Sakit hati. Jiwa ni meronta tak nak pasang drip. Tapi Doc kata wajib sebab takut tetibe kena operate. Maklumlah PP Type 4 ni kan bole bleeding anytime.

Aku membebel dalam hati, bukannya aku bleeding pun skrg. Nantila kalau dah bleeding barula pasang drip. Boleh tak? Haha. Tapi soalan aku tak berjawab. Sebab dalam hati khennn..

By the time aku type post ni, Aryan tengah menceceh kat sebelah. Hehe. So sweet. Pastu rengek mintak perhatian. Aku selang selikan menaip sambil gomol2 Aryan.

13 Ogos 2014
Pagi tu macam biasa hubby datang melawat sebelum pergi kerja. Masa melawat dari 6pagi hingga 7pagi. Biasanya Doc akan datang pantau tanya khabar setiap patient pukul 9 pagi. Tapi ada Doc muda semangat round pukul 7 pagi. Melihat Doc tu buat aku letih. Letih dok wad tiap minggu. Tak sabar rasanya nak keluar wad. Tak sabar nak pangku peluk cium baby sendiri.

Tetiba aku cakap kat hubby, "Bole tak mintak Doc cepatkan tarikh deliver?" Haha. Hubby pun tertanya2 jgk benda yg sama. "Tryla tanya Doc kot2 bole".
Actually Doc dah set tarikh aku operate 18 Ogos 2014. Dan sebenarnya aku tau, memang tak bole request nak cepatkan or lambatkan tarikh. Nak menunggu 18hb tu mcm lama je walaupun jarak hanya beberapa hari.

Lepas hubby balik, aku terlantar malas atas katil. Doc muda tu menghampiri katil aku n tulis laporan harian tentangku. Soalan biasa ditanya, "Ade pening tak? Ade rase nak muntah tak? Ade bleeding tak?" Jawapan aku pun mcm biasa, "Tak, tak, tak".

Lepas Doc tu keluar wad, aku turun katil nak ke tandas. Masa turun katil aku rasa mcm ade aliran keluar dari miss v, terus aku ke tandas check. Tengok tengok, brownish spotting. Aku tak terkejut pun, sebab last few days dah ade spotting tu. Mase first aku tengok spotting sebelum ni, aku report kat nurse tapi nurse cakap its ok, sebab spotting aku mase tu hanya setitik dua. Nurse suruh aku rehat and if still occurs, report to nurse balik.

Tapi kali ni spotting aku banyak, sebanyak satu tapak tangan. Aku terus report kat nurse, nurse suruh inform Doc pakar masa round check lagi.

Tak lama lepas tu Doc2 pakar round, n aku tunjuk tisu yg ada spotting. Doc tengok n terus aku dipanggil masuk bilik pantauan utk check ctg (jantung baby). Dalam bilik tu, Doc pakar decide aku kena operate hari ni jugak. Aku terkedu. Aku ingat tak de pape n aku bajet Doc suruh bedrest je tapi tak. Doc buat last scan, rupanya uri dah naik sikit tapi still xbole bersalin normal sbb daripada Type 4 jadi Type 3.

Kes aku di-refer as emergency czer. Aku didahulukan. Mommies lain yg sepatutnya scheduled operate hari ni ditangguhkan selepas aku selesai operate. Mcm tu la prioriti yg deberikan kpd mommies yg ada pp and bleeding.
Dalam hati aku bersyukur, yet aku gementar, gemuruh dan tak percaya.

Aku call hubby bagitau kejap lagi aku akan masuk OT. Hubby terkejut n blurr. Baru pagi tadi acah2 bestnye kalau dapat deliver cepat. Haa.. tuhan makbulkan terus hahaha.. Aku bgtau hubby operation ambil masa dalam 2 jam. Pukul 11pagi aku masuk OT, dalam pukul 2ptg insyaAllah keluar OT dan aku suruh hubby cari aku di wad kelas 3, sebab lepas operate, patient akan diletakkan di wad yg berhampiran dengan kaunter nurse so that kalau apa2 poblem or complication nurse bole tolong.


Di bilik pantauan, aku disuruh buka inner wear and pakai baju sarung kaler putih. Sebelum pakai baju tu, nurse insert tiub saluran air kencing. MasyaAllah, mase tiub dimasukkan, rasa ngilu sgt. Tak selesa sebab mcm rase nak terkencing, teran2 tapi xkeluar. Tak suke sangat perasaan tu. 

Aku disuruh baring atas katil utk disorong ke bilik bedah. Ya Allah serius seksa n xselesa tiub air kencing tu. Terasa macam menarik2 pundi kenaku keluar. Nasib baik masa operate nanti ade bius. Hilang la rasa ngilu tu nanti. 

Setelah aku report kat hubby, handphone aku serah pada nurse. Aku disorong ke bilik bedah. Sepanjang perjalanan ke bilik bedah, aku tak putus2 berdoa. Gemuruh dan risau kot2 ada complication masa bedah. Ishhh mana taknya, macam2 benda negatif aku fikir. Sebelum ni aku byk baca info pasal pp. Ada kes kena buang rahim gara-gara uri melekat, ada yg bleeding serius sampai koma, sedar2 effect otak, baby kesian tak dapat susu ibu, tak dapat belaian ibu. Nanges.
Tapi aku tawakal byk2, berserah sepenuhnya, apa yg akan berlaku telah ditakdirkan. Aku kena redha.

Sampai pintu masuk OT, ada beberapa org staff OT menunggu, dan ada katil khas kosong disisi aku, nurse transfer aku ke katil khas. Staff OT lain pulak bawa beberapa helai kertas yg aku rasakan tu lampiran perjanjian pembedahan. Dia tunjuk di helaian tu, “Ini nama siapa?” dan aku jawab “Nama saya”. Aku kena tandatangan di dua tempat. Dalam keadaan mcm ni manelah sempat aku nk baca semua tu, tawakal n tanda tgn je. Tapi ade nurse tu bagitau, kalau apa2 jadi if bleeding teruk, Doc akan top up darah yg berkemungkinan darah tu ada jangkitan. Aduh... aku tawakal.

Selepas 10 minit menunggu, barulah aku disorong ke dalam OT. Di kiri kanan aku diiringi Doc2 yg akan join dlm OT. Ada sorang Doc sebelah kiri aku, sambil jalan, dia introduce nama, n then dia brief sikit prosedur n apa yg akan berlaku masa operation nanti. Aku dengar je.

Dalam bilik OT, aku ditukar lagi ke katil operation. Katil tu ngam2 saiz badan. Saiznya macam kerusi duduk klinik gigi. Ada senarai melekat didinding, rupanya satu hari ni ada byk operation akan dijalankan. Aku tengok nama aku diatas sekali, di bawah ada lagi 4 5 orang. Doc2 bedah ni sempoi, tgh urus aku, setting drip, kain rentang, wire2 berselirat, diorang boleh layan radio, borak2 isu semasa. Mungkin diorang nak alih perhatian patient supaya tak nervous. Aku tak amik port pun. Pada masa tu pukul 11.45 pagi.

Fuhh..panjang betul mukaddimahnye, ok. Ni part operation pulak.

Aku disuruh mengiring ke kanan. Ohh aku agak ni lah proses nak membius. Belakang aku rasa sejuk2 Doc sapu antiseptic. Nervous tetiba. 

Biasanya Doc bius akan inject 2 kali di bahagian tulang belakang. Aku ready utk injection pertama, lama aku tunggu. Aku rasa mcm sejuk mcm jarum nak masuk kulit. Tapi tak sakit. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, injection kedua aku rasa menusuk. Aku terkejut n badan aku tersentak kedepan. Nasib Doc pegang aku. Tak sakit sangat. Boleh tahan. Sakit kena Dexa lagi pedih. Lepas tu aku dilentangkan semula. 

Lepas injection, dgn pantas Doc letak 3 kain rentang tebal di atas badan aku. Kain tu panjang, cover dari kaki sampai melepasi kepala, tapi yg lebihan kain tu Doc angkat dan buat penghadang di paras leher. Lebih kurang setengah meter tinggi. Ada hos angin panas mcm salur vacuum diletakkan atas dada aku. Utk overcome gigil sejuk. Kesan bius biasanya akan buat patient menggigil. 

Lepas 5 minit, aku dapat rasa kaki kanan aku panas, dan kebas. Aku main2 jari kaki. Lepas tu baru kaki kiri pulak kebas. Lama2 aku tak rasa aku gerakkan jari ke tidak. Bius dah berkesan. Ada dua Doc yg conduct operation aku. Sorang pmpuan, sorang laki. Doc pmpuan tanya ada rasa tak? Aku tak pasti. Haha sebab aku rasa macam dia sentuh kaki aku tapi tak tahu kat mana point yg disentuh tu.

Aku tengok jam masa tu pukul 12.00 noon. Mungkin Doc2 dah start hiris perut aku. Aku rasa mamai2 mcm nak muntah. Doc tengok aku mcm mabuk, terus Doc sediakan plastik disebelah kepala. Doc dah target aku akan muntah sebab aku sarapan pagi tadi. Actually kalau nak operate tak boleh makan dlm masa 12 jam. Kena puasa. Dah kes aku emergency, aku dah selamat sarapan baru Doc bagitau kena emergency operation. Tapi Alhamdulillah aku tak jadi muntah. Aku tahan. Aku dah start ketaq. Gigi aku terkatup2 menggigil. Padahal aku rasa tak lah sejuk mana. Mungkin tu kesan bius. 

Masa berlalu. badan aku terasa digoyang2. Disentak2. Aku risau. Aku tengok jam lagi. Pukul 12.16, tiba2 bunyi “sreeetttt, sroooottttt, sroooootttt!” bunyi air disedut keluar. Tak lama lepas tu aku dengar suara baby menangis. “Eh, baby akukah tu?? Ya Allah!”  

Tak tahu mcm mana perasaan masa tu. Aku hanya berharap baby aku selamat, tak lemas, sihat dan comel. Air mata bergenang. Tak sangka aku dapat mendengar tangisan babyku sendiri. Aku nampak di kanan nurse2 bersihkan baby, dilap2 dan dibersihkan bahagian tali pusat. Aku nampak bebird baby. Aku mmg dah agak baby boy. Lepas siap bersihkan baby, nurse bawa baby kesisi kepala aku. Buat pertama kali aku tengok zuriatku sendiri. Putih, halus, bersih, wangi. Aku cium kepala baby. Hmmm bau air itu, bau yg tak pernah aku bau. Bau syurga. Aku tak putus2 ucap syukur. Nurse tanya apa jantina baby dan aku jawab “Baby boy”. Nurse saja tanya utk make sure aku tak pitam n betul2 sedar. N then nurse bawa baby ke tempat lain utk diuruskan. 

Proses menjahit pulak ambil masa 45 minit. Ya Allah, masa jahit tu aku dapat rasakan perut mcm dihentak2. Daripada cara Doc2 tu jahit, aku dapat bayangkan Doc jahit kulit perut n tarik benang jahitan tu kuat2. Ngeri. Walaupun tak nampak. 

Lepas selesai jahit, aku diletakkan di ruang pantauan pesakit. Tujuannya utk monitor patient kot2 pengsan atau ada masalah lepas operation. Masa tu aku rasa gatal2 muka n badan aku. Merenyam je. Mungkin sebab kesan bius tu kot. Nasib baik gatal tu tak lama. Dalam 15 minit mcm tu. Lepas sejam, aku disorong ke wad dimana aku diambil tadi. Dalam perjalanan balik ke wad, nurse yg sorong aku bagitau, baby aku ringan, 2.08 kg. 

Sampai wad, nurse dtg ke katilku n serahkan baby. Baby dok dlm katil baby di sebelah kanan. Tak lama lepas tu hubby dtg. Air mata mengalir terharu dan syukur sebaik melihat hubby meluru ke arahku. Hubby tengok baby n cium dahi aku tanda terima kasih kerana selamat melahirkan zuriatnya. Hubby angkat baby dan azankan baby di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat. 


Aku berpantang dirumah MIL sebulan. Sebulan lagi aku berpantang dirumah mak abah di Shah Alam. 

Next post aku nk share pengalaman pertama dengan baby di wad. Bole kata thiller jugakla. Memang takkan aku lupakan saat2 bermalam dgn baby. Maklumlah 1st time mom. InsyaAllah.

July 10, 2014

Mommy to be: PP Type IV


Assalamualaikum..

Entri last berkenaan aku  tak pasti Doc classify aku dlm PP type berapa. Lepas check up Gynae pada 23 Jun 2014, Doc bagitau aku PP Type IV. Yes, PP Type IV. Worst one. Memang tak ada cara lain bersalin melainkan czer.

Masa check tu aku nampak di screen pc scanner tu, memang uri menutup laluan serviks. Aku berdebar2 n ready je kalau2 Doc suruh stay wad. Doc yg attend aku Doc perempuan drpd semenanjung, Dr. Sheeda. Tapi Alhamdulillah Doc bagi lagi masa 2 minggu utk datang balik.

The next  2 weeks, on 7th July 2014, aku datang balik. Hopefully uri menaik sikit, tapi tidak. Doc still cakap uri menutup laluan, Doc yg attend aku kali ni Doc lelaki junior drpd semenanjung, Dr. Fauzi. Masih baru berkhidmat kot, Doc Fauzi refer balik dgn Doc Sheeda and Doc Sheeda reconfirm balik dgn Doc pakar, Doc Yew.

And this time Doc Yew sahkan result yg sama. Nak dijadikan cerita, ade la sorang dua Doc pelatih ikut sama berkerumun tengok result kat screen scanner tu. Dah la kain aku meleret sampai ke bikini line. Malu deh, terpampang jadi tatapan.

Appointment kali ni merupakan tamparan hebat sebab Doc suruh stay wad sampai lah masa tempoh bersalin. Dengan tak semena-mena aku nangis kat situ jugak. Aku refuse utk dok wad. Tak nak. Lagipun aku tak ada bleeding. Aku bagitau nak bedrest je kat rumah.

Doc2 kat situ semua risau keadaan aku, aku faham, tapi aku xnak jugak. Cukuplah pengalaman masa aku D&C tahun lepas. Bosan dok wad, walaupun hanya 1 malam.

Tapi bila Doc2 tu consult and explain risiko PP Type IV ni, aku tukar fikiran. Doc mention, lepas minggu ke 30, anytime boleh bleeding, sebab baby dah berat, segmen rahim mula terbentuk dan rahim di bahagian serviks akan menipis. Means dah nak sampai waktu lahir. That's why anytime boleh bleeding. Bleeding terjadi tanpa warning, tak ada tanda sakit. Means, kita takkan sedar kita sebenarnya tengah tumpah darah, even takde rasa sakit. Darah boleh jadi sikit, dan boleh jadi banyak macam paip bocor.

Seriau pulak kalau benda tu terjadi pada aku. Bila fikir balik, tak apalah, biarlah aku hidup bosan kat wad, yang penting baby dapat perhatian dan pantauan penuh Doc. Yang penting baby selamat.

Hubby pun banyak muhasabah aku, hubby tak mengeluh, malah hubby encourage suruh dok wad. Walaupun aku janji nak fully bedrest kat rumah, risiko jugak sebab kalau apa2 jadi pada aku, tetibe bleeding, acane?

Satu hal pulak sebab memang tak dan la nak drive kalau tengah bleeding. Hubby pulak kerja jaraknye 7 batu dari rumah and of course ambil masa utk balik. By the time bleeding occurs, kalau tak sempat sampai hospital on time, nyawa aku n baby boleh melayang.
Nauzubillah.

So at the end of checkup hari tu, aku minta belas ihsan Doc utk register wad esok (8th July 2014). Doc tak bagi sebenarnya, tapi aku insist jugak sebab nak prepare mental fizikal, prepare barang2 personal utk dibawa n nak inform family in law.

8th July 2014
Starting today, aku stay wad. Barang2 boleh tahan banyak, 3 beg. Yela kate dok sebulan kan. Aku datang pukul 3pm, terus ke bangunan Maternity, Tingkat 1, Hospital Duchess of Kent. Hubby tunggu di luar sementara aku di dalam buat urine test, blood test, tukar baju pink, and buat ctg utk pantau heartbeat baby.

Bukan main lama ctg ni rupanya. Hampir sejam, sebab mesin ctg tu print pattern heartbeat atas kertas. Kesian hubby dok tunggu lama di luar. Lepas ctg, aku diberi suntikan Dexamethasone, untuk matangkan paru2 baby. 1st shot tu baby mengeliuk2 dalam belly ya Allah aktifnya dia. First time rasa baby respon sekuat tu, rasa macam kena toreh dari dalam.

Memang betulla apa yang aku baca drpd blog2 mommy yang kena Dexa ni. Memang suntikan ni sangat sakit. Mase dicucuk tu biasala macam kena gigit semut, tapi masa dia suntik cecair tu ke dalam montot, bukan main sakitnye macam kena siat kulit montot. Dalam 5 saat macam tu baru Doc tarik jarum. Sakitnya last for 10 mins. Fuhhh..

Lepas prosedur suntikan dan ctg, hubby tolong register wad. Aku request wad kelas dua je sbb 1st class quit mahal. Hubby tak ada GL sebab kerja kontrak, so expenses are from our own pocket money. Hubby cakap since aku kena stay sebulan lebih, apa yg penting adalah keselesaan aku. Alhamdulillah family in law sangat supportive and banyak membantu that they let me stay in 1st class ward which means bilik utk sorang. Lagipun, hubby boleh teman tido malam n waktu melawat tak ada had masa. Anytime boleh datang melawat.

Pukul 10 mlm hubby datang balik teman tido. Terharu sangat sebab hubby sanggup bersama aku dikala ini. Actually aku tak sampai hati minta hubby teman tido malam ni sebab aku tengok hubby sangat letih 1 hari kerja, petang pulak urus kemasukan aku ke wad. Thank you syg.

9 July 2014
Pagi ni sahur dgn hubby dlm wad je. Hubby mkn kurma n air. Aku makan nasi n lauk ayam yang MIL bawak malam tadi masa melawat. Tq mama.

Lepas solat subuh hubby pulang bersiap nk g kerja. Jam 5.30 pagi doc dtg bagi suntikan Dexa kali ke 2 selepas 12jam. Alhamdulillah lepas jugak fasa2 yg menyakitkan tu.

Hari kedua di wad aku pening sikit sebab asyik terganggu waktu tido aku. Belum dapat rentak rutin pemeriksaan di wad. Baru nak dapat feel tido, staff nurse tiba2 ketuk pintu masuk nak check bp n buat Doppler. Kejap2 pulak cleaner masuk nak buang sampah, pastu masuk lagi nak cuci tandas, pastu masuk lagi nak mop lantai. Dah tu masuk sampai 3 kali sehari. Bukannya kotor sangat pun bilik tu. Musykil betul.

Baru nak lelap, Doc pulak masuk dengan angkatan Doc pelatih nak check up keadaan aku. Adui pening.

Hope baby mama cpt matang ye. Kalau mama tibe2 bleeding baby insyaAllah boleh survive kalau mama terpaksa bedah awal. Mama tau baby kuat. Mama n ayah loves u syg.

June 16, 2014

Mommy to Be: Miracles Do Happen and I Hope So

Assalamualaikum..

Sekarang baby dalam belly dah genap 28 minggu. Dah masuk last trimester.

Yeeaaayyy for that! Pat my own shoulder. Ihik. Alhamdulillah. Dapat rasa nikmat mengandung sampai tahap ni. Mudah-mudahan selamat sampai tiba masanya baby dilahirkan InsyaAllah.

Last time jumpa Doc pakar 9hb Jun 2014. As what I already informed before, and as what I expect, Doc bagitau uri aku rendah dan perlu pemeriksaan lanjut. Doc bagi masa lagi kot2 uri akan naik sendiri dalam masa dua minggu tu.

Dalam keadaan sekarang ni, aku tak pasti dan tak mengharap uri akan naik. Cuma berdoa dan urut perut sambil bercakap dengan baby supaya bantu naikkan uri. Miracles do happen, dengan IzinNya. So aku tanamkan prinsip tu rapat-rapat. Hee..

Lain cerita, perkara yang aku risau selama ini, iaitu kedudukan baby songsang, sekarang baby dah turun kepala. Baby dalam position cephalic. Alhamdulillah for that. Mungkin sebab aku banyak berjalan, berdiri dan duduk. So graviti akan menarik kepala baby ke bawah. Berat pun dah 1.019kg. Syukur.

Cuma kerisauan uri rendah dan cyst aku masih di tahap yg sama. Doc scan cyst. Saiz cyst macam besar 1 cm pulak. Dulu elok2 4x3cm approx., sekarang 4x5cm.

Walaupun Doc cakap saiz kecik dan tak perlu risau, aku tetap risau jugak. Takut kalau terbelit mesti sakit amat. Kadang2 aku rasa macam ada pedih2 sikit bahagian kanan ni. Terus terfikir mungkin terbelit dah ovary aku ni. Tapi tak taula sebab cyst ke sebab lain. So everytime kalau rasa pedih2 tu, aku selawat n usap2 kat bahagian kanan tu. Kurang sikit pedih tapi still risau. -.-“

Berkenaan uri pulak, Doc remind kalau ada bleeding, terus refer emergency kat hosp. So far Alhamdulillah tak de bleeding. Tapi berjaga2 jugak sebab kalau tegang bahagian bawah perut tu terkedek-kedek jalan macam itik. Yela kita tak tau tu tegang sebab normal contraction ke, sebab kepala baby di bawah atau sebab uri di bawah. Kerisauan ni buat aku fobia. Setiap kali rasa macam ada cecair keluar dri miss v, aku terbayang bleeding. Balik rumah terus check, rupanya keputihan biasa. Fuhh..

Appointment akan datang ni 23hb Jun 2014, hope everything will be ok. Doc nak check detail so aku kena refer specialist (Based on buku klinik, Doc tulis Placenta Low Lying with possible Type III). !!!

Nanti jumpa Specialist, dia akan check dari bawah. Kalau uri betul2 confirm tutp laluan (Type III atau IV), kemungkinan aku akan ditahan wad sampai bersalin. Tu pun kalau ada bleeding. Kalau tak da bleeding, mungkin duduk wad jugak untuk diberi injection matangkan paru-paru baby. And kalau sampai masanya dan perlu untuk bersalin awal, aku akan bersalin awal.

Bagi aku, mana2 cara bersalin aku dah tak peduli. Yang penting baby selamat dan sihat. Cara bersalin czer atau normal, masing2 ada pros and cons. Kalau ikutkan MIL, pantang betul kalau aku bgtau akan bersalin czer, MIL tak nak. Tak tau kenapa. Aku pun tak tanya lanjut sebab masa tu tengah gusar hati. Tapi kalau dah cara  tu yang terbaik untuk selamatkan dua nyawa, tak boleh elak dan kena ikut juga kan.
Apa-apa pun aku berserah bulat2 kepada Allah. Allah dah rancang yang terbaik untuk aku dan baby.

***

Ok setakat ni dulu cerita perihal masalah mengandung. Nak cerita pasal baby pulak. Hehe.

Baby makin lama makin aktif dan kuat sepak terajang. Sekarang dia selalu main dalam pukul 7-10 malam. 

Ada satu ketika tu, baby sepak mama kuat sangat. Aku cepat-cepat suruh hubby letak tangan atas perut. Adela dalam 4 5 kali die sepak. So sempat hubby rasa dua sepakan terakhir tu. Kuat sangat sampai aku cakap “Baby ni mencangkul ke dalam perut mama?” Hubby gelak je. Ihiks. 

Tak mo pikir masalah dan kalu boleh nak fikir benda2 best je. 

Setakat ni dulu post kali ni, doakan semua selamat ye. 

Assalamualaikum. :) 

June 3, 2014

Mommy to Be: Low Lying Placenta

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru2 ni buat monthly checkup, condition baik. Takde mual, mabuk, lelah or yg sekutu dengannya. Bp ok, sugar level ok, belum tahap diabetic lg (risau sebab most preggy moms akan mudah kena bila usia kehamilan 24  minggu ke atas. macam makcik sebelah aku tadi).

Entri kali ni nak share pasal low lying placenta. Aku pun tergolong dalam ketegori tu sebenaqnya. Masa kandungan 18 minggu Doc detect memang post low. Doc tak bagi buat kerja-kerja berat. Aku memang tak buat la.

Kerja-kerja membasuh baju banyak hubby tolong. Tolong humban baju dalam mesin je pun. Ihik. Kerja membasuh mesin yang buat. Angkat baju dan proses menjemur pun hubby banyak tolong, sampaila ke proses angkat baju dari ampaian dan angkut ke bilik. Sampai bilik barulah peranan melipat baju aku yang ambil alih. Heehee.

Selain tu, Doc suruh aku banyak rehat tapi kerja macam aku ni (PA boss) mane ade rehat, semua stand by je. Kalau boss panggil meeting, aktiviti program n perjumpaan minum2 santai malam2, on the spot bergegas ke sana. Tak kira siang atau malam, driving sensorang. Eh, driving bertemankan baby yg menendang protes nak tido dalam perut. Terganggu oleh pergerakan otot2 sekitar perut gamaknya. Sorry ye baby, mama kerja kejap melaksanakan tanggungjawab. Nanti siap mama layan baby ye.


Sepanjang mengandung kali ni, aku buat 2 jenis scan, iaitu scan "Sesaje/kalau ade bajet" di Klinik Syifa, dan scan "Wajib" dengan pakar Gynae di hospital.

Baru2 ni sebelum ke KL lawat mak abah n wak di kampung, aku berjalan lagi ke Tawau n Semporna by road. Sebelum bercuti aku jumpa Doc pakar yg merawat cyst aku untuk scan wajib tiap dua bulan sekali. Sambil examine cyst, aku tanya Doc pasal trip yg akan aku lalui ni. Doc tak recommmend. Doc siap warn, kalau apa2 terjadi Doc tak mahu dipersalahkan. Kecut perut jugak waktu tu n dilemma jugak sama ada nk berjalan atau tidak. Last2 aku ambil keputusan untuk ikut berjalan, tapi bersyarat. Minta hubby drive kereta slow2. Kalau jalan rata its okay kalau nak drive macam rabbit tapi kalau jalan menggerutu drivelah macam kura2. Alhamdulillah sepanjang percutian tak de masalah.

Minggu depan aku ade appointment lagi dengan pakar Gynae tu. Kalau Doc tau aku banyak berjalan mesti dia marah. Tapi takpe, aku pandai simpan rahsia. Ihik.

Masa scan 18 minggu di Klinik Syifa, Doc bagitau uri aku rendah tapi Doc tak inform sejauh mana kerendahan uri aku. Tak pasti Type berapa. Tapi aku andaikan aku Type I je sebab tengok face impression Doc pun takde gemuruh mane. Doc banyak nasihat je, n Doc suruh rehat. Uri akan naik sendiri as the womb gets bigger seiring dengan pertumbuhan baby.

Di bawah ni aku selitkan foto pasal uri rendah. Jika Doc detect uri rendah masa kehamilan di bawah 28 minggu, Doc akan beri masa uri naik dan biasanya Doc akan sebut "Low Lying". Lain pula kalau lebih dari 28 minggu, Doc akan classify sebagai Placenta Previa (PP). 


Kedudukan uri normal dan PP

So the next scan masa 23 weeks, Doc bagitau uri aku menutup laluan rahim sikit but still, there is chance the uri akan naik sendiri. Doc pesan if ada bleeding then cepat2 refer emergency.

To be honest, kandungan kali ni agak berisiko. Mustahil aku tak risau. Malah kerisauan aku berganda-ganda membawa sampai ke mimpi. Takut sangat kalau terjadi lagi peristiwa dulu.

Once bila consult dengan hubby pasal masalah ni, hubby percaya, semua orang pun ada masalah pregnancy tersendiri. Setakat ni aku bebas daripada masalah bp, sugar level, mabuk2, sembelit n lain2 yang preggy moms hadapi, tapi aku diberi dugaan kecil iaitu cyst, dan uri rendah. So hubby sarankan banyakkan berdoa dan buat latihan naikkan uri. Amalkan doa2, ikhtiar dan tawakal untuk setiap apa yang kita hadapi.

Hubby sangat marah kalau aku murung mengenangkan nasib. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan layan sangat perasaan sedih, instead of sugul n monyok, lagi bagus live the life, sambil berdoa. Pemikiran positif insyaAllah boleh merubah keadaan nampak mustahil pada awalnya.

Aku ada seorang kawan, nurse. Hani namanya. Aku banyak tanya pada dia berkenaan uri rendah. Selagi aku tak puas hati selagi tu aku tanya. Nasib baik dia sabar melayan kerenah aku. Nurse2 memang dididik untuk sabar melayan soalan cepu cemas.

So berdasarkan pengalam Hani, tak semestinya uri rendah ni mesti ceaser (aku memang takmo ceaser. nak rasa pengalaman mak lahirkan aku). Ada kes PP Type III tapi still boleh lahirkan normal. Biasanya Doc bgtau kalau preggy 30 minggu ke atas PP, memang tipis bagi preggy mom tu nak lahirkan normal, tapi berkat latihan sujud lama2 masa solat n doa, insyaAllah ada chance lagi bersalin normal. Kuasa Allah tu luas. Allah maha kaya. Kalau Allah tu nak sesuatu tu berlaku, maka berlakulah.

Aku tekad untuk berdoa dan ikhtiar. Selebihnya aku serah bulat2 kepada Allah. Mudah2an perjalanan mengandungkan baby sulung kami selamat dan sejahtera. Amin..

Tolong doakan sekali yer :)

Mommy to Be: Posisi Tidur Mengiring atau Menelentang




Assalamualaikum..

Makin meningkat usia kehamilan makin susah nak tidur.  

Mommy2 yang sedang mengandung sekarang atau yang dah alami pengalaman mengandung mesti dah lali dengan keadaan ni kan. Aku baru jugak hadapi kesukaran tidur malam. Especially kalau mengiring. Haa pelik kan? Patutnye tidur mengiring lagi selesa. Tapi lain pula dengan aku. 

Dulu masa belum pregnant, posisi mengiring adalah paling selesa dan nyenyak. Kali ni time preggy, aku lebih suka menelentang. Aku tidung terlentang start usia 2 bulan hingga 5 bulan. Ya Allah, bila baca info2 pasal posisi tidur ni, aku takut sebab tidur menelentang tak baik untuk blood circulation. 

In fact boleh meningkatkan risiko baby meninggal dalam perut sebab tak dapat cukup oksigen.
Aku pernah bincang n tanya nurse di KK, macam mana kalau dah terbiasa tidur menelentang, konon nak mintak excuse tah pape. Badan aku kan besar. Mungkin kalau tido terlentang takde effect kat baby. Badan besar so salur darah pun besar. Gile tak teori aku..? Boleh pulak pakai mungkin-mungkin. Merepek betul.. Hahaha so nak tak nak aku kena practise tidur mengiring and nurse pun desak jugak utk kebaikan baby. Tak berani aku nak memandai2. 

Alhamdulillah sekarang aku dah biasa tidur mengiring dengan syarat aku alaskan bantal nipis bawah rahim. Baru selesa and boleh tidur. Kadang-kadang kantoi jugak tengah malam terjaga dalam keadaaan terlentang. Terus gemuruh! Tengah mamai2 tu sempat lagi raba2 perut nak rasa pergerakan baby. Dah dapat rasa kicking sikit2 tu barulah aku mengiring balik. Fuhh risau.. 

Dalam bab-bab tidur mengiring ni aku cerewet sikit. Aku harap ada yang beri komen dan penjelasan lanjut mengenai posisi tidur mengiring ni. 

Kebanyakan doctor n nurse sarankan tidur mengiring ke kiri. Padahal dari segi sainsnya, jantung (yang mana kedudukan di bahagian kiri dada) dihimpit oleh peparu kanan. Ini akan memberi kesan kepada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung mengepam darah. Some more, peparu kiri lebih kecik daripada peparu kanan so agak semput jugak kalau tidur mengiring ke kiri.

In terms of kedudukan perut (di sebelah kiri abdomen), kalau tidur mengiring ke kiri, proses pencernaan akan mengambil masa lebih lama (5-8 jam) berbanding 2.5-4.5 jam jika tidur mengiring ke kanan.

Kalau ikut sunnah nabi kita, kedudukan mengiring ke kanan adalah better, sebab jantung tidak menanggung beban peparu yang menghimpit berbanding tidur mengiring ke kiri. Lagipun sunnah nabi kan. 

Aku pun lebih selesa tidur ke kanan sebenarnye, tapi kenapa ek doctor lebih sarankan tidur ke kiri? Somebody? Mungkin ada sebab lain? Do share with me please.

Terima kasih kerana sudi blogwalking.

May 30, 2014

Mommy to Be: Rahim Mengeras atau Kejang


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan sihat2 jer.  And baby kuat menendang dan respon lagi-lagi kalau dengar suara ayahnya bercerita. Syukur.

Semenjak dua ni selalu sangat rasa rahim mengeras/kejang. First time kena seawal bulan keempat. Masa tu pelik jugak kenapa tiba2 keras macam contraction, tapi tak sakit. Dalam 1-2 minit lepas tu hilang sendiri. Seminggu tu kadang 2 3 kali jer. 

Tapi kali ni usia kandungan dah menginjak ke 27 minggu (kandungan sebenar 25 minggu), rasa kerap jugak, lagi-lagi kalau baring mengiring perut tak dialas dengan bantal nipis, ataupun duduk sandar tapi terlampau bongkok (badan tak tegak). Memang akan mengeras rahim tu. 

Ada satu ketika tu aku sengaja baring/duduk dalam kedudukan yang sama, konon nak eksperimen betul ke tak posisi ni membuatkan rahim aku mengeras. Ternyata memang betul posisi aku tak betul yang menyebabkan rahim mengeras. 

Bila aku surf internet cari info apa sebab mengeras/kejang, seriau pulak baca sebab kebetulan info2 yang aku baca tu adalah tanda2 nak bersalin. Tapi rupanya tidak. Tak semestinya tanda bersalin. 

Rahim yang mengeras/kejang adalah simptom2 nak bersalin KALAU disertai dengan rasa sakit. Lepas tu sakit tu continuous.

Apa yang aku alami ni rupanya adalah Braxton Hicks. Braxton Hicks ni kerap berlaku apabila kandungan meningkat terutama di trimester ketiga. Antara lain punca Braxton Hicks adalah:

1.      Bayi bergerak aktif
2.      Ibu sangat aktif
3.      Semasa senam atau bawa barang
4.      Perut penuh
5.      Mengurut
6.      Semasa atau selepas hubungan suami isteri
7.      Dehidrasi

Setiap orang akan alami pengalaman Braxton Hicks berbeza-beza. Ada certain pregnant mommy rasa di bahagian tengah perut hingga ke ari-ari dan ada juga sakit sampa kejang kaki dan sakit bahagian pinggang. 

Syukur setakat ni pengalaman aku kena Brixtion Hicks taklah sakit mana, cuma perut tu rasa tegang sesangat dan tak selesa. So cara aku kurangkan rasa tegang tu, aku tukar posisi badan. Kalau masa mengeras tu aku tengah baring, aku angkat kaki (lipat bahagian lutut) dan usap2 perut. Alhamdulillah kurang sikit tegang tu.

Masa rahim mengeras ni tak boleh gerak terlalu pantas, risau kalau tersalah movement terkoyak otot ke menyesal pulak nanti. Haha..

Di bawah ni ada tips sikit macam mana nak kurangkan rasa ketidakselesaan peurt kalau terjadi Braxton Hicks. Aku refer dalam blog dan web2 pregnant mommies lain. Harap info ni membantu:

1.      Ubah posisi jika Braxton Hicks menyerang
2.      Rehat lebih lama
3.      Minum air kosong dengan banyak, air yang banyak dapat kurangkan pengecutan otot yang mengundang kepada Braxton Hicks
4.      Baring mengiring
5.      Buang air kecil dengan kerap
6.      Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Tempoh tarik nafas mestilah lebih pendek daripada menghembus.

Setakat ni entri kali ni. Hope dapat membantu mommy2 to be yg alami keadaan yang sama.

InsyaAllah aku akan update entri berkenaan posisi tidur pulak.
Assalamualaikum.. :)



May 29, 2014

Mommy to Be: Keputihan Masa Mengandung



Assalamualaikum..

Masalah keputihan ni memang tak dapat elak sejak start baligh sampai ke fasa nak jadi mak-mak ni.
Masa mengandung pun ade jugak keputihan. Lain orang lain peringkat keseriusan keputihan tu. 

Masalah keputihan aku pada kandungan kedua ni sama je macam masa mengandung first dulu. Kadang2 fobia sebab takut tu salah satu punca aku gugur dulu. 

Biasalah kalau pernah gugur, macam2 andaian dalam kepala otak ni asyik terfikir je apa punca terjadinya gugur. Takut sangat berulang lagi. 

Aku pun banyak kali tanya nurse di KK nak leraikan kerunsingan aku berkenaan keputihan yang aku alami ni sebab setiap kali aku penat kerja memang banyak keputihan lagi-lagi kalau naik turun tangga.

Kadang2 tu awal pagi belum pergi kerja pun ada. So nurse tanya kaler n bau. Setakat ni tak de lah berbau n kaler putih biasa.

Nurse bagitau jangan risau sebab tu normal masa mengandung. Lainlah kalau kaler coklat, kuning atau hijau, likat dan berbau busuk sampai kemerahan n gatal, barulah refer pakar. Kalau dah sampai tahap tu means kena jangkitan yeast and sebenarnya jangkitan keputihan yang teruk boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pra-matang, kecacatan dan keguguran. Nauzubillah.

Alhamdulillah so far tak de lagi simptom2 tu. And nurse nasihat pastikan diri kita sentiasa bersih n make sure area sulit bersih n kering. Kalau cebok tu, korek sikit dengan jari.

Keputihan tak boleh dihilangkan tapi boleh dirawat dan dikurangkan. Kalau ikut petua MIL aku, die suruh makan bawang putih je bebanyak. Aku amalkan jugak, Alhamdulillah membantu la jugak. Kurang sikit keputihan tapi mengundang bau badan le pule. Ade mom to be yg amalkan makan yogurt, ade jugak pakai pembersih wanita. 

Aku pernah dengar pembersih wanita tak elok pakai masa mengandung, sebab kandungan pH dalam tu pun boleh mengubah pH normal kita. Some more, takut ketat pula miss V, karang susah nak bersalin camno? Hahaha sampai ke situ pulak pikir.

Selain tu, tips lain nak kurangkan keputihan yang aku dapat di tenet adalah:
1. Jangan guna tampon sebab bakteria baru akan datang berkampung
2. Jangan basuh kemaluan dengan air sabun sebab boleh mengganggu keseimbangan pH normal n bakteria baik yang sedia ada dalam faraj

Kepada readers yang ada pengalaman keputihan masa mengandung, sila lah share sikit apa pencegahan dan cara korang deal dengan keputihan ni dalam komen yer..

Terima kasih. 

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers