November 9, 2014

Pengalaman Bersalin Czer

Assalamualaikum.. :)

Dah 2 bulan setengah beranak :) baru nak hapdet :)

Child's Name: Airyl Aryan bin Mohammad Khairol Joharie
Gender: Boy
Time of birth: 12.16 pm
Date of birth: 13th August 2014

Ogos 2014
Dah sebulan rupanya aku dok wad. Lepas cuti raya, nak balik ke hospital rasa malas sgt. Setiap kali admit wad, kena cucuk tangan pasang drip, amik darah, buat ctg. Itulah rutin yg mesti dibuat utk mommies yg hadapi PP Type 4 mcm aku.

Dan setiap kali kena drip, aku tension, bukan ape, sakit kena cucuk berulang kali lagi2 kalau Doc yg xpandai cari urat aku yg buat drip tu. Sakit hati. Jiwa ni meronta tak nak pasang drip. Tapi Doc kata wajib sebab takut tetibe kena operate. Maklumlah PP Type 4 ni kan bole bleeding anytime.

Aku membebel dalam hati, bukannya aku bleeding pun skrg. Nantila kalau dah bleeding barula pasang drip. Boleh tak? Haha. Tapi soalan aku tak berjawab. Sebab dalam hati khennn..

By the time aku type post ni, Aryan tengah menceceh kat sebelah. Hehe. So sweet. Pastu rengek mintak perhatian. Aku selang selikan menaip sambil gomol2 Aryan.

13 Ogos 2014
Pagi tu macam biasa hubby datang melawat sebelum pergi kerja. Masa melawat dari 6pagi hingga 7pagi. Biasanya Doc akan datang pantau tanya khabar setiap patient pukul 9 pagi. Tapi ada Doc muda semangat round pukul 7 pagi. Melihat Doc tu buat aku letih. Letih dok wad tiap minggu. Tak sabar rasanya nak keluar wad. Tak sabar nak pangku peluk cium baby sendiri.

Tetiba aku cakap kat hubby, "Bole tak mintak Doc cepatkan tarikh deliver?" Haha. Hubby pun tertanya2 jgk benda yg sama. "Tryla tanya Doc kot2 bole".
Actually Doc dah set tarikh aku operate 18 Ogos 2014. Dan sebenarnya aku tau, memang tak bole request nak cepatkan or lambatkan tarikh. Nak menunggu 18hb tu mcm lama je walaupun jarak hanya beberapa hari.

Lepas hubby balik, aku terlantar malas atas katil. Doc muda tu menghampiri katil aku n tulis laporan harian tentangku. Soalan biasa ditanya, "Ade pening tak? Ade rase nak muntah tak? Ade bleeding tak?" Jawapan aku pun mcm biasa, "Tak, tak, tak".

Lepas Doc tu keluar wad, aku turun katil nak ke tandas. Masa turun katil aku rasa mcm ade aliran keluar dari miss v, terus aku ke tandas check. Tengok tengok, brownish spotting. Aku tak terkejut pun, sebab last few days dah ade spotting tu. Mase first aku tengok spotting sebelum ni, aku report kat nurse tapi nurse cakap its ok, sebab spotting aku mase tu hanya setitik dua. Nurse suruh aku rehat and if still occurs, report to nurse balik.

Tapi kali ni spotting aku banyak, sebanyak satu tapak tangan. Aku terus report kat nurse, nurse suruh inform Doc pakar masa round check lagi.

Tak lama lepas tu Doc2 pakar round, n aku tunjuk tisu yg ada spotting. Doc tengok n terus aku dipanggil masuk bilik pantauan utk check ctg (jantung baby). Dalam bilik tu, Doc pakar decide aku kena operate hari ni jugak. Aku terkedu. Aku ingat tak de pape n aku bajet Doc suruh bedrest je tapi tak. Doc buat last scan, rupanya uri dah naik sikit tapi still xbole bersalin normal sbb daripada Type 4 jadi Type 3.

Kes aku di-refer as emergency czer. Aku didahulukan. Mommies lain yg sepatutnya scheduled operate hari ni ditangguhkan selepas aku selesai operate. Mcm tu la prioriti yg deberikan kpd mommies yg ada pp and bleeding.
Dalam hati aku bersyukur, yet aku gementar, gemuruh dan tak percaya.

Aku call hubby bagitau kejap lagi aku akan masuk OT. Hubby terkejut n blurr. Baru pagi tadi acah2 bestnye kalau dapat deliver cepat. Haa.. tuhan makbulkan terus hahaha.. Aku bgtau hubby operation ambil masa dalam 2 jam. Pukul 11pagi aku masuk OT, dalam pukul 2ptg insyaAllah keluar OT dan aku suruh hubby cari aku di wad kelas 3, sebab lepas operate, patient akan diletakkan di wad yg berhampiran dengan kaunter nurse so that kalau apa2 poblem or complication nurse bole tolong.


Di bilik pantauan, aku disuruh buka inner wear and pakai baju sarung kaler putih. Sebelum pakai baju tu, nurse insert tiub saluran air kencing. MasyaAllah, mase tiub dimasukkan, rasa ngilu sgt. Tak selesa sebab mcm rase nak terkencing, teran2 tapi xkeluar. Tak suke sangat perasaan tu. 

Aku disuruh baring atas katil utk disorong ke bilik bedah. Ya Allah serius seksa n xselesa tiub air kencing tu. Terasa macam menarik2 pundi kenaku keluar. Nasib baik masa operate nanti ade bius. Hilang la rasa ngilu tu nanti. 

Setelah aku report kat hubby, handphone aku serah pada nurse. Aku disorong ke bilik bedah. Sepanjang perjalanan ke bilik bedah, aku tak putus2 berdoa. Gemuruh dan risau kot2 ada complication masa bedah. Ishhh mana taknya, macam2 benda negatif aku fikir. Sebelum ni aku byk baca info pasal pp. Ada kes kena buang rahim gara-gara uri melekat, ada yg bleeding serius sampai koma, sedar2 effect otak, baby kesian tak dapat susu ibu, tak dapat belaian ibu. Nanges.
Tapi aku tawakal byk2, berserah sepenuhnya, apa yg akan berlaku telah ditakdirkan. Aku kena redha.

Sampai pintu masuk OT, ada beberapa org staff OT menunggu, dan ada katil khas kosong disisi aku, nurse transfer aku ke katil khas. Staff OT lain pulak bawa beberapa helai kertas yg aku rasakan tu lampiran perjanjian pembedahan. Dia tunjuk di helaian tu, “Ini nama siapa?” dan aku jawab “Nama saya”. Aku kena tandatangan di dua tempat. Dalam keadaan mcm ni manelah sempat aku nk baca semua tu, tawakal n tanda tgn je. Tapi ade nurse tu bagitau, kalau apa2 jadi if bleeding teruk, Doc akan top up darah yg berkemungkinan darah tu ada jangkitan. Aduh... aku tawakal.

Selepas 10 minit menunggu, barulah aku disorong ke dalam OT. Di kiri kanan aku diiringi Doc2 yg akan join dlm OT. Ada sorang Doc sebelah kiri aku, sambil jalan, dia introduce nama, n then dia brief sikit prosedur n apa yg akan berlaku masa operation nanti. Aku dengar je.

Dalam bilik OT, aku ditukar lagi ke katil operation. Katil tu ngam2 saiz badan. Saiznya macam kerusi duduk klinik gigi. Ada senarai melekat didinding, rupanya satu hari ni ada byk operation akan dijalankan. Aku tengok nama aku diatas sekali, di bawah ada lagi 4 5 orang. Doc2 bedah ni sempoi, tgh urus aku, setting drip, kain rentang, wire2 berselirat, diorang boleh layan radio, borak2 isu semasa. Mungkin diorang nak alih perhatian patient supaya tak nervous. Aku tak amik port pun. Pada masa tu pukul 11.45 pagi.

Fuhh..panjang betul mukaddimahnye, ok. Ni part operation pulak.

Aku disuruh mengiring ke kanan. Ohh aku agak ni lah proses nak membius. Belakang aku rasa sejuk2 Doc sapu antiseptic. Nervous tetiba. 

Biasanya Doc bius akan inject 2 kali di bahagian tulang belakang. Aku ready utk injection pertama, lama aku tunggu. Aku rasa mcm sejuk mcm jarum nak masuk kulit. Tapi tak sakit. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, injection kedua aku rasa menusuk. Aku terkejut n badan aku tersentak kedepan. Nasib Doc pegang aku. Tak sakit sangat. Boleh tahan. Sakit kena Dexa lagi pedih. Lepas tu aku dilentangkan semula. 

Lepas injection, dgn pantas Doc letak 3 kain rentang tebal di atas badan aku. Kain tu panjang, cover dari kaki sampai melepasi kepala, tapi yg lebihan kain tu Doc angkat dan buat penghadang di paras leher. Lebih kurang setengah meter tinggi. Ada hos angin panas mcm salur vacuum diletakkan atas dada aku. Utk overcome gigil sejuk. Kesan bius biasanya akan buat patient menggigil. 

Lepas 5 minit, aku dapat rasa kaki kanan aku panas, dan kebas. Aku main2 jari kaki. Lepas tu baru kaki kiri pulak kebas. Lama2 aku tak rasa aku gerakkan jari ke tidak. Bius dah berkesan. Ada dua Doc yg conduct operation aku. Sorang pmpuan, sorang laki. Doc pmpuan tanya ada rasa tak? Aku tak pasti. Haha sebab aku rasa macam dia sentuh kaki aku tapi tak tahu kat mana point yg disentuh tu.

Aku tengok jam masa tu pukul 12.00 noon. Mungkin Doc2 dah start hiris perut aku. Aku rasa mamai2 mcm nak muntah. Doc tengok aku mcm mabuk, terus Doc sediakan plastik disebelah kepala. Doc dah target aku akan muntah sebab aku sarapan pagi tadi. Actually kalau nak operate tak boleh makan dlm masa 12 jam. Kena puasa. Dah kes aku emergency, aku dah selamat sarapan baru Doc bagitau kena emergency operation. Tapi Alhamdulillah aku tak jadi muntah. Aku tahan. Aku dah start ketaq. Gigi aku terkatup2 menggigil. Padahal aku rasa tak lah sejuk mana. Mungkin tu kesan bius. 

Masa berlalu. badan aku terasa digoyang2. Disentak2. Aku risau. Aku tengok jam lagi. Pukul 12.16, tiba2 bunyi “sreeetttt, sroooottttt, sroooootttt!” bunyi air disedut keluar. Tak lama lepas tu aku dengar suara baby menangis. “Eh, baby akukah tu?? Ya Allah!”  

Tak tahu mcm mana perasaan masa tu. Aku hanya berharap baby aku selamat, tak lemas, sihat dan comel. Air mata bergenang. Tak sangka aku dapat mendengar tangisan babyku sendiri. Aku nampak di kanan nurse2 bersihkan baby, dilap2 dan dibersihkan bahagian tali pusat. Aku nampak bebird baby. Aku mmg dah agak baby boy. Lepas siap bersihkan baby, nurse bawa baby kesisi kepala aku. Buat pertama kali aku tengok zuriatku sendiri. Putih, halus, bersih, wangi. Aku cium kepala baby. Hmmm bau air itu, bau yg tak pernah aku bau. Bau syurga. Aku tak putus2 ucap syukur. Nurse tanya apa jantina baby dan aku jawab “Baby boy”. Nurse saja tanya utk make sure aku tak pitam n betul2 sedar. N then nurse bawa baby ke tempat lain utk diuruskan. 

Proses menjahit pulak ambil masa 45 minit. Ya Allah, masa jahit tu aku dapat rasakan perut mcm dihentak2. Daripada cara Doc2 tu jahit, aku dapat bayangkan Doc jahit kulit perut n tarik benang jahitan tu kuat2. Ngeri. Walaupun tak nampak. 

Lepas selesai jahit, aku diletakkan di ruang pantauan pesakit. Tujuannya utk monitor patient kot2 pengsan atau ada masalah lepas operation. Masa tu aku rasa gatal2 muka n badan aku. Merenyam je. Mungkin sebab kesan bius tu kot. Nasib baik gatal tu tak lama. Dalam 15 minit mcm tu. Lepas sejam, aku disorong ke wad dimana aku diambil tadi. Dalam perjalanan balik ke wad, nurse yg sorong aku bagitau, baby aku ringan, 2.08 kg. 

Sampai wad, nurse dtg ke katilku n serahkan baby. Baby dok dlm katil baby di sebelah kanan. Tak lama lepas tu hubby dtg. Air mata mengalir terharu dan syukur sebaik melihat hubby meluru ke arahku. Hubby tengok baby n cium dahi aku tanda terima kasih kerana selamat melahirkan zuriatnya. Hubby angkat baby dan azankan baby di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat. 


Aku berpantang dirumah MIL sebulan. Sebulan lagi aku berpantang dirumah mak abah di Shah Alam. 

Next post aku nk share pengalaman pertama dengan baby di wad. Bole kata thiller jugakla. Memang takkan aku lupakan saat2 bermalam dgn baby. Maklumlah 1st time mom. InsyaAllah.

14 comments:

Anonymous said...

hi assalammualaikum.
just nak bagitau saya baru abis baca blog kamu ni. yg part mommy to be la...hehe..lagi2 saya pun tgh preggy skgni..31weeks.jg ada masalah uri stage 2.. risau pulak kena duk hosp mcm kamu. huhu.. next week saya kena review pakar lagi. harap2 okay la..

btw, tahniah dpt baby boy :)


-izza
faezahjalaludin@yahoo.com

shahniefa said...

Hai izza. Waalaikumussalam.
Oo awk kes uri stage 2 insyaAllah xde apa2..biasanya stage 2 xkena admit melainkan ade bleeding. Biasanya Doc bg stay kat umah tp kena berjaga2la.. sy hrp awk selamat deliver normal..jgn risau ada lg masa utk uri naik stage 1..moga sihat2 ye.. sy doa awk n bby sihat n selamat..

Anonymous said...

salam.
terima kasih atas doanya. :)
btw, saya pun tinggal di sandakan. nanti insyaallah nak bersalin kat hdok jugak.so nak tanya la tentang wad bersalin HDOK. staff nurse doc ok x ? wad bersalin ? if u dont mind to share? tq :)

p/s : baby aryan sangat comelll..

-izza

shahniefa said...

Ooh yeke..izza org smenanjung ke? Hdok ok..staff nurse pn ok.. so far staff nurse yg ade skrg ni smua caring. In fact ramai nurses n doc drpd semenanjung jugak so adela kwn borak2 :)
Wad bersalin ada 4 bilik 1st class. Bilik 2nd class hanya muat 5 org.
N 3rd class which is for ramai2. If ada GL boleh la apply 1st or 2nd. Sebab ada aircond.
Fyi, 2nd class ada tv n toilet share.
1st class plak xde tv huhu tp fmly boleh dtg melawat anytime. Class lain kena ikut masa melawat.
Haa ape lg yg izza nk tau tnyela..izza sndkn dok kat mana?

ilya maisara said...

TAK SUKA TIUB KENCING TU!!!! wargh!!!!

shahniefa said...

Tau takpe ahak ahak wargghhh!

IzZa izaLis ® said...

kalau ikut mak ayah saya mmg semenanjung. tapi saya lahir sabah sbb family dah lama menetap kat sandakan ni..so saya membesar di sabah dan pastu dpt jodoh pun sabahan. hehe...cuma skgni mak dan adik bradik yg lain semua da pindah ipoh.cuma ayah saya masih ada kat sandakan sbb komitmen keja. so x best ar..jauh dr family. family in law plak dok kat kk.. huhu

tq sbb share psl wad2 kat hdok. masa 1st trimister dlu sy warded gak sbb alahan truk. haha..pengalaman yg sgt bharga. dok hosp 4 hari rasanya sgt bosannnn.. x nak masuk hosp lg klu bleh.. tula bila dah msuk 3rd trimister ni, masa scan ari tu nampak uri mcm ada sket kat bawah.saya jd risau. dahla sy ni jenis aktif. tp alhamdulillah so far xda bleeding. esok review lg kat pakar. hope ok je la..doakan saya.. :)

btw, saya tinggal kat batu 4. taman indah jaya. shahniefa tggl mana?

-izza

Unknown said...

salam..bila baca experience awk teringat ms bersalin dl..sy jg sm cm kes awk tp sy pp 3..bezanya sy full bius..terkejut gk sb awk half bius..sb setahu sy patient pp full bius..myb ms tue sy da contraction..tp sepjg pregnant alhamdulillah sy xde bleeding smpai waktu nk bersalin..cume sy da mula rs cotraction..sy admit wad selama sebulan b4 bersalin..xde siapa mahu terjadi mcm kes kita nie..tp Allah Maha Kuasa..Dia lebih tahu apa y terbaik utk hambaNya

shahniefa said...

Assalam izza..maaf lambat balas. Dah lama xupdate blog, nila baru nk update hihi
Sy dok bt 7 tmm fajar perdana..
Oh..tmn indah..bazar rmdhan kat sana rmai org smnanjung jual kan? Hehe hubby rajin belikan masa puasa thn lepas.. teringat masa2 berbuka kat wad..sampaila bersalinkan Aryan ;)
Izza skrg apa cita? Da bsalin? In sya Allah klau ada rzki boleh jumpa :)

shahniefa said...

Salam..hye Atiq :)
Mula2 doc pakar scan dia ckp type 4 tp last minit sblum masuk OT doc scan lagi n uri naik sikit je jadi type 3..but still xbole normal..sy mmg bius separuh..mybe sbb xde contraction kot.
Itula kan, apa2 kejadian Allah da tentukan dan Allah tau apa yg kita mampu tanggung.
Btw, bby kita muka lebih kurang..hensem! :)

Cik D momy the ZAs said...

salam ziarah
jom share pengalaman czer anda di sini...

http://stallsihatcikd.blogspot.com/2015/06/jom-kongsi-cerita-czer-cesareanlscl-mak.html

cesarean never make a mom less woman
so keep calm and enjoy mommyhood~~~

suhailah hamid said...

masa anak sulong kene czer juga, walaupun dah bius tapi dapat juga rasa sakit masa perut kene toreh, memnag sakit sgt ingat mati je masa tu..

BTW tahniah di atas kelahiran cahaya mata yg sangat comel.

Unknown said...

Tumpang singgah :)
Suka baca pengalaman ibu bersalin czer.
Sebab saya juga czer masa anak 2nd.

Rasa serik nak czer lagi,
Lagi2 rasa sakit bila nak kena paksa diri untuk jalan ~

Moga Allah rahmati para ibu semua :)

umiadam said...

Tak suka juga tiub kencing tu. Nyilu. Saya belum ada pengalaman beranak
Czer. Sebab 2 Kali beranak normal. Thanks sharing ��

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers