Assalamualaikum..
Teringat saat2 Aryan kena selsema. Masa tu aku n hubby kena selsema
dulu. And Aryan masa tu baru 2 minggu. Aku risau jugak kalau Aryan terkena
selsema tapi tak jugak. Tapi bila Aryan tidur aku dengar nafas dia macam
tersekat n ade bunyi srottt srottt bila dia tarik nafas. Tapi bunyi tu sekejap
je. Dalam 3 – 5 kali bunyi pastu takde.
Lepas sebulan umur Aryan, aku balik umah mak abah kat Shah Alam utk
sambung berpantang kat sana. Happy bukan alang-alang berpantang kat rumah
sendiri disisi mak abah memang selesa. Sepanjang tempoh nak habiskan pantang
mak masakkan makanan. Heaven. Sedapnye masakan mak. Hilang rindu.
Di Shah Alam aku stay umah sewa adik aku which is sebelah umah je dgn
umah mak abah. Siang aku akan bawak Aryan ke umah mak abah, mandikan Aryan,
tidokan Aryan semua kat umah mak abah. Pukul 7 pagi lepak umah mak abah. Pukul
10 mlm baru balik umah sewa adik. Macam tula rutin hari2 sepanjang sebulan
setengah kat sana.
Satu malam Aryan tiba2 merengek, pukul 9pm aku dah balik umah sewa
ready nak tidokan Aryan. By 12 mlm Aryan still merengek, lama-lama rengekan dia
kuat, macam sakit. Aku risau, aku panggil mak minta datang rumah sewa n tido
sama2. Mak baca2 surah n ayat kursi. Pukul 2 am Aryan tido tapi tak lama.
Kejap2 je. Pastu menangis lagi. Sedih. Tak tau nak buat apa dah. Tapi bila
siang Aryan ok. Tak nangis, tak merengek. Masuk malam je start nangis balik.
Hari kedua pun sama. Dalam pukul 4 pagi aku call mak. Cian mak mamai2 datang
tengokkan Aryan. 3 hari 3 malam Aryan macam tu. Aku bagitau mak abah kalau
lepas hari ketiga still rengek aku nak bawak jumpa Ustaz takut Aryan kena
‘kacau’ or kena gangguan.
Ada satu malam tu Aryan nangis kuat sangat, aku perasan telinga Aryan
berair. Aku bagitau mak, mak cakap tu la sebabnye kot dia nangis. Actually aku
dah perasan lama dah telinga dia berair sejak dari Sabah lagi masa Aryan
selsema tu. Tapi aku tak kisah telinga dia berair sebab aku bajet akan ok sebab
kat Sabah pun ok lepas beberapa hari. Rupanya aku silap. Sedih n rasa bersalah
sangat sebab take for granted sakit2 baby ni.
Aku bawak Aryan jumpa Doc, Doc cakap Aryan kena jangkitan telinga
disebabkan selsemanya. Patutla. Baru aku faham. Aku baca info pasal isu ni, hidung
baby baru lahir ada kaitan dengan telinga. Disebabkan jarak antara hidung n telinga tu
dekat, bakteria dari hidung pergi ke telinga. Sebab aku perasan cecair kat
telinga Aryan tu kaler hijau kekuningan n likat. Kesian sangat. Banyak cairan
tu meleleh n berbau. Aku pun tak tahan bau dia. Patutla bila kami cium pipi Aryan
sebelah kiri macam ada bau. Rupanya daripada telinganya. Ya Allah, berdosanya
aku terhadap anak aku. T_T
Disebabkan Aryan masih baby, Doc xbagi ubat selsema or ubat titik telinga kanak2. Doc hanya
bagi antibiotic untuk Aryan. Cian baby aku kecik2 kena makan ubat. Sampai poopoo
dia pun bau antibiotic. Di samping tu, aku sentiasa alert dengan telinga dia. Lepas
mandi mesti aku bersihkan pakai cotton bud. Bersihkan bahagian cuping telinga,
belakang telinga n dalam telinga. Alhamdulillah dalam 5 hari cecair likat tu
hilang. Berkat, ubat, susu mama n dengan izin Allah. Syukur.
Itu cerita masa Aryan berusia dua bulan..
13 November Aryan genap 3 bulan.
Alhamdulillah Aryan dah pandai niarap. Aryan ni jenis lasak n usaha kuat. Terkejut jugak 1st time tengok dia niarap. Setahu aku Aryan usaha ngiring2 je. Tapi minggu lepas adik ipar cakap Aryan dah pandai niarap. Aku ingat adik ipar tolong tiarapkan Aryan. Bila dah berlaku depan mata, excited pulak aku tengok :)
Aryan dah pandai pegang barang bila diletak kat atas dada. Tak kisahla, kain ke, toys ke, tangan mama ke. Apa saja. Cepat pulak barang tu sampai ke mulut :)
Ishh baru perasan toys hijau tu bentuk puppy. Kena exclude dari stok mainan Aryan ni.
Di bawah ni aku share sikit info berkenaan
jangkitan telinga. Copy paste je J
Apa yang
menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub
Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan
tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap
atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub
Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub
itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh
terperangkap di telinga tengah.
Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.
Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.
Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.
http://www.babycenter.com.my/a1045601/jangkitan-telinga#ixzz3KGvEbQ8E

Terima kasih sudi baca. rerajinla tinggalkan komen ya :).
3 comments:
comelnya anak awak..
Awk, tq.. alhamdulillah :)
Thank u awak..ank sy skrg mengalami skrg..saya google sbb risau knape keluar peluh kat cuping telinga
Post a Comment