October 20, 2013

Connecting Mobile Internet to 'Only Allowed Device'


Hello n Assalamualaikum.. 


Aku jenis yg suke bawa bersama my lappy ke mana-mana n aku suka connect internet in public.
Kalau pergi tempat yg ada Wi-fi aku connect lah. Kalau tak ada Wi-fi, aku suka pakai mobile internet sendiri via tethering. Entri macam mana nak tether ada di SINI.

Sometime aku rasa macam tak secure kalau tethering dalam keadaan my henpon is visible to others.
Means, if anybody around me nak pakai Wi-fi ke ape, senang2 je depa nampak device aku n try to connect. Kalau kita careless and lupa letak password, free2 je depa pakai internet and download macam2, and akibatnya aku kekurangan capacity untuk terus surf internet.

And if ade password pun tapi kalau ade bapak hacker di sekeliling tanpa kita sedari, depa akan dapat pakai jugak line kita sebab diorang boleh nampak ID henpon yg terdedah, n some more, diorang adalah bapak hacker dan memang kerjanya asyik nak meng-hack property org lain je. Lagipun sekarang kat youtube berlambak dah video pasal nak hack Wi-Fi ni.

So untuk me-reducekan risiko ter-share network atau ter-hacked by strangers, eloklah kalau kita kedekut-kan diri kita sedikit. Hehe. bukan apa, macam aku cakap tadi, tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada terdedah risiko kekurangan capacity data in case kalau tershare dengan unknown device. Ye dok?

Entri ni berkenaan macam mana nak tether mobile internet hanya kepada lappy kita. Hope entri ni membantu.  Disebabkan aku pun baru figure out, so aku sangat excited nk share info ni dgn korang. Mana lah tahu korang pun wonder mcm aku. 

First, sebelum connect mobile internet ke lappy, korang kena tau Mac address yg tersimpan dalam lappy. Cara nak ambil maklumat tu begini:
Bagi pengguna Windows 7, click icon 'Start', pastu 'Run' and taip 'cmd'.
Bagi pengguna Windows 8, click di sidebar kanan,


Click 'search' icon and taip 'cmd'. Lepas tu, akan keluar pop-up window begini:

Type in 'ipconfig/all' and hit enter.

Di bahagian Wireless LAN Adapter Wi-fi, korang akan nampak Physical Address. Itu adalah Mac address korang (yellow box).

Lepas tu, di henpon korang pulak, pergi ke Setting

 
Klik Tethering and portable hotspot,
 Switch on portable Wi-Fi hotpsot, and klik pada Portable Wi-Fi hotspot tu.

 Maka akan keluar imej begini dan klik pada device name 
(in this case, device name: I'm awesome)
Satu windows pop-up akan keluar, klik 'Only allowed device'
And then Caption di bawah your device name (I'm awesome) tu akan bertukar jadi 'Only allowed device'
Klik pula di bawah kiri seperti dalam imej di atas, 'Allowed device'

 Di bahagian atas, klik simbol add device (next to trash icon). 

 Masukkan nama lappy korang n masukkan mac address tu (pastikan nama lappy betul2 exact). 
Lappy akan detect sendiri network device korang and automatically connect to your assigned device.
Dengan cara ini, orang lain tak boleh scan kehadiran mobile internet kita.
Aku dah try pakai henpon hubby, konon nak scan and share internet daripada henpon aku tapi tak ada dalam senarai. Wakakakedaaaduuu.

Okay lah, apapun, walau di mana kita berada, pastikan barang2 berharga terjaga rapi. Jangan leka sangat nak ber-internet. Henpon, handbag n lappy paling utama. Sentiasa lah pantau keadaan sekeliling, supaya lebih alert akan mata2 yg menunggu time utk mengebas.
Okay, daaa readers. Till then ya.

October 18, 2013

Sharing Mobile Internet to Lappy via 'Tethering'


Hello readers, Assalamualaikum..


First n foremost. I believe mobile internet adalah sangat perlu dan wajib bagi korang yg pakai android/iphone/smartphone kan. Sebab senang. Boleh surf internet di mana-mana sekalipun. Dalam bas, playground mahupun dlm kelas buat assignment. And the awesomeness is knowing that telco provides us with affordable package that u can subscribe it sama ada daily, weekly n monthly, as far as i know maxis provide this (depends on your budget n usage).

As for me, postpaid celcom memang sentiasa menjadi pilihan n biasanya aku subscribe mobile internet, monthly. Kalau rasa penggunaan tak banyak, just nk check email n fb biasanya aku share je hubby punya internet. Kalau rasa nak pakai banyak, mcm layan youtube or download apps baru aku subscribe sendiri from celcom, via sms.

Sometime, bila teringin nak surf pakai lappy, mobile internet yg aku dah subscribe ni sangat membantu (in fact, speed pakai hp ni lagi laju drpd usb broadband tu tau). Senang n cepat. Tak payah cucuk2, tak payah semak2 kat tepi lappy. On je mobile data, on je portable wifi hotspot n walla! Dah boleh surf internet. Henpon tu letak lah kat mana2 around your lappy. Thats why aku prefer celcom mobile internet compared to celcom broadband.

Cara nak connect mobile internet ke lappy mudah je insyaAllah. Via tethering.
First, pergi ke setting and klik tethering and portable wifi.

 And then switch on je Portable Wi-fi hotspot. 

Dekat desktop lappy, klik icon internet access.
Lappy akan automatically search available network termasuklah your henpon device.
Bila dah siap scan, klik device henpon korang. Kalau tak tahu apa nama device korang, klik 'Configure' seperti dalam imej di atas.
Lepas tu akan keluar satu window pop-up mentioned about your device name and its password.
Fyi, korang boleh reset and rename balik device tu ikut suka.
Lepas tu boleh la korang connect balik internet menggunakan password yg korang dah setting.
Ha dapat tak? Senang je kan. Kalau tak paham sila komen yer.

Hehe. Thank u for reading. 

*font henpon downloaded daripada app MyFont type Melonio, ihsan daripada Play Store.

October 10, 2013

Macam Mana Nak Set Low Battery Alarm Windows 8



Salam lovelies.

I bet korang mesti pernah rasa bengkek macam nak sepak orang bile lappy tiba-tiba terpadam masa korang tengah syok buat kerja atau menaip utk blogging kan?

Tiba-tiba je lappy mati secara mandatori, dan segala kerja korang pun lesap secara mandatori jugak. Tension betul. Nak jerit kat lappy tak guna jugak. Bukannye die tahu erti sakit hati. Buat sakit tekak je, dah tu membazir duit beli strepsils nak ubat balik sakit tekak hasil jeritan yg dah terlepas padu depan lappy.

Ni aku nk share macam mana nak setting alarm kat lappy korang. Hope ianya membantu supaya korang dapat selamatkan segala kerja sebelum bateri lappy mati sepenuhnya.

First, dalam desktop view, korang tengok simbol volume dekat sebelah bawah n kanan sekali:

 
Pastu, right klik, akan muncul imej macam ni:


Klik sounds. Akan muncul pulak window begini:


Nampak tak ‘Critical Battery Alarm’, klik dia. Lepas tu choose sound mana yang korang nak dan klik play. Test jika sound tu bagus untuk tarik perhatian korang supaya lekas2 plug in your lappy to power chord. Klik Ok. Done.  

Bila dah set battery alarm, barulah sedap sikit nak buat kerja tanpa rasa khuatir hilang dokumen. Kan.

Apa-apa pun, make sure critical battery level tu korang dah set awal2. Better letak 10%.
Means, kalau bateri level dah mencecah 10% tanpa korang sedari, alarm akan berbunyi. So korang ada masa yg cukup utk save segala dokumen2 penting sebelum ianya knock out.
Ok lah ini saja entri aku. 

Hope this entry saves you from kicking somebody.

October 6, 2013

Tips Memilih Laptop yg Sesuai


Assalamualaikum lovelies and dearies. 
 
Hari ni aku nak share tips and tricks nak cari lappy yang sesuai utk kegunaan korang. Kepada sesiapa yang baru terdetik nak beli lappy sendiri, hopefully entri aku berguna lah sikit-sikit utk korang, especially adik-adik yang baru masuk uni n baru dapat biasiswa/pinjaman/scholar. Of course rata-rata korang mesti terbayang-bayang lappy as your first thing yang wajib beli kan? 

Yela nak buat assignment, kerja projek, review note semua tu sampai bila nak pinjam lappy member kan. Tak syiok, sebab macam ade perasaan seperti diperhatikan. Dan mata yang memerhati tu ada jiwa, dan jiwa tu boleh transmit suatu mesej melalui zon kedap bunyi, yang mana mesejnya itu terus sampai ke jiwa kita yang meminjam ni. Mesejnya berbunyi, “Hoi, kau ingat lappy tu kau punyakah?”. Semacam berbaur tak puas hati dan kesannya, kita tak boleh fokus seratus peratus apa yg kita buat. Kan kan kan. Aku pun pernah alami jugak. 
 
Lepas 6 tahun tempoh belajar di uni, aku dapat clarify lappy mana yg betul-betul sesuai utk aku. 

Actually, there are two major things yg mesti korang ambil kira sebelum korang decide. 

First, Portability (Mudah Alih).

Bagi korang yg perlukan lappy utk basic computing, yg prefer light-weight, n banyak buat kerja secara nomad/berpindah-randah, banyak outstation n banyak fieldwork trip, memang sesuai sangat lah lappy jenis ni. Biasanya lappy bersaiz sekecil netbook sesuai utk korang yg berjari comel, manakala 13” dan 14” masih boleh dipertimbangkan.

For those yg mempunyai saiz tangan n jemari yg besar, better ambik 15” (might be a bit heavy) sebab keyboard size nya yg besar dan sesuai utk tangan n jari korang meng-adjust keselasaan semasa typing nanti. Apapun, bergantung kepada individu yg mana lebih selesa. Aku lebih prefer saiz standard, iaitu 13”-14”, not too small, neither too big. Keyboard size pun sesuai utk saiz tangan macam aku. 

But bear in mind, lappy yg light-weight ada kelemahannya. Antaranya, tiada built-in dvd player/burner, usb port yg terhad (2 port je, for me it’s still ok), RAM yg rendah (paling tinggi 4G, and oh, it is upgradeable so kena tambah duit sikitlah), SSD yg of course rendah (biasanya 128G/256G), sound tak berapa gempak, can be quite hot (sebab ke-compact-an lappy menyebabkan fan-nye tak berapa besau) dan processor yg as far as I know setakat ni boleh support sampai intel core i5 je. 

So kalau korang bukan jenis yg nak sound gempak, tak ambik port part2 di atas, tak de masalah la utk ambik lappy yg ringan. After all, ianya ringan kot, dan stylo. Sebab, lappy jenis ni pun baru keluar n tengah hot. Boleh la bergaya2 ala2 businessman gitu. Secara tak langsung, postur badan berubah menjadi segak, mimik muka berubah menjadi serius dan gaya koreografi korang meng-handle lappy berubah menjadi anggun dan elegant sejurus selepas ianya dibuka. Hah hah hah. Lagi bertambah anggun kalau lappy tu jenis touch screen wiehiii. 

Antara touch screen lappy yg laris di pasaran sekarang adalah ASUS Vivobook X202E. Harga pun boleh kata mampu lah utk student uni. Antara lainnya, Dell XPS 12 pun bagus. Kalau nak full touch screen, Lenovo Ideapad Yoga pun ok. Sebab Yoga ni bukan setakat portable, malah convertible. Boleh ubah posisi dalam pelbagai mode: mode ‘laptop’, ‘tent’, ‘flat’, ‘270 degree’ n ‘360 degree’. 

Secondly, Necessity (Keperluan). 

Pilih la lappy yang betul-betul mengikut keperluan. Kalau course yg korang ambil di uni pakai banyak software, banyak simpan data, research/project photos, musics dan yang sekampung dengannya, better ambik lappy yg memang datang dengan kapasiti muatan yg besar cukup utk barang2 kargo korang. 

Tapi, lappy yg memenuhi keperluan2 ni bukan jenis light-weight. Mostly, berkeberatan 2++ kg, sebab ada dvd player/burner. Setakat ni, lappy yg ada ciri-ciri tersebut, paling tinggi (as far as I know) adalah 8G RAM (can be upgrade to 16G), 1Tera HDD storage, 4th generation intel core i7 (latest), not quite hot sebab fannye direka khas utk cope up dgn masalah overheat, 3 usb port and last but not least, sound yg sharp, detail n gempak sebab teknologi alang2 menyeluk pekasam, of course ciri2 speaker sehebat ikan bakar cicah sambal asam. 

Antara Lain

Keyboard size. Apa2 saiz pun, once u use it, u will get used to it.
Oh ya, kalau memilih lappy, better ambik lappy yg ada design serat kerbon atau aluminium, sebab lappy akan tahan lasak n tahan gegaran. 

Cari lappy yg baterinya tahan lebih kurang 5 jam. Ini kerana, bukan mudah utk korang buat kerja dalam keadaan berebut plug terutama kat café atau kelas. Sangat leceh.

Personally, aku recommend Lenovo, sebab Lenovo paling updated n latest in terms of technology. Regardless it’s design. Design Lenovo memang out lah. Tak de apa yg menarik. Simple design. Aku gelar design Lenovo ni design biskut je. Kalau jalan2 tengok deretan sample lappy kat lowyat tu, brand Lenovo ni tengok sekali imbas je. Memang takkan tertoleh lagi kepala ni. Lenovo is not into feminin n elegant look. Sebab it is designed for advance user yg pentingkan performance n prestasi. Bagi aku n hubby, biarlah design tak menarik, asalkan hati sonang, buek kojo takdo masalah ‘lag’ atau ‘jammed’. 

And kalau ada stranger yg usha lappy utk dikebas, lappy aku selamat, sebab not that fancy and eye-attract sangat. Haha samapi ke situ aku fikir nok.

Furthermore, sepanjang aku n hubby belajar di uni dulu, member2 yg pakai Lenovo tak pernah ada yg mengadu masalah lappy diorang. So far, Lenovo terbaik. Apa pun, it depends on how you take care of your lappy. 

Aku memilih Lenovo Ideapad Yoga, as a gift for myself, a reward for completing my MSc study. Fyi, ketebalan Yoga adalah lebih kurang saiz kuku kita. Lebih kurang 1.5cm. Dan beratnya lebih kurang 1.5kg.

 
 Yoga dalam mode 'laptop'

 Yoga dalam mode 'tent'. Aku prefer mode ni dalam keadaan melunjur kaki.

Oh ya, utk Yoga, once kita twist melebihi 180 degree, keyboard automatically inactive. Kalau tekan2 keyboard tu memang tak de apa2 kesan. All function is fully switched to touch screen.
 
 Yoga dalam mode '270 degree'. Mode ni aku apply di kedai mamak pekena teh tarik.


 Ni Yoga dalam mode '360 degree'. Hanya dalam keadaan aku rajin nak menggerakkan jari dan tangan baru aku apply mode ni. 

 One thing yg aku kena tahan hati adalah, there is no backlite keyboard. Most lappy skrg ada backlite. Boleh typing dalam keadaan kurang cahaya. Apapun, itu lah bayaran atas pilihan kita. There is pro and cons on each choice. Kena terima lah. 
 
 Yoga best sebab it's leather-like texture yg sangat sedap utk wrist kita.

Ok lah rasanya sampai sini dulu. Apa yg penting masa memilih lappy, jangan buat keputusan terburu2. Kalau korang memilih utk portable, maka perlulah korbankan performance. Perlulah korbankan sedikit wang utk external seperti dvd player/burner, external speaker n dard disk. Dan perlulah korbankan keselesaan mengangkut segala anak beranak yg sekutu dengannya. 

Kalau memilih all-in-1 plak merupakan satu kelebihan sebab semua anak beranak dah ada dalam tu, tapi kena korbankan dari sudut keberatan lappy. Kalau sanggup nak bawak lappy seberat 2++ kg ke sana ke mari, ok lah. 

Apa-apapun, nilai lah betul2 ikut kemampuan dan keperluan. Nak pakai lappy lama, harga pun beriban, kalau boleh sepuluh tahun tahan berbaloi jugak. Tepuk dada tanya salesman. 

Thank you for reading this. :) 

October 3, 2013

Perihal 'Ikat' Mengikat

Assalamualaikum..

Last entry aku berkenaan mengandung dan keguguran. I promised to share the story about the kakak yang berada di katil sebelah. Dia nak 'ikat'. If u have no idea what 'ikat' is, well 'ikat' tu means cutting the fallopian tube, lepas tu ikat fallopian tube dengan gelung silikon/klip supaya ovum/telur yang dilepaskan tiap bulan tak masuk ke ruang rahim. So, there is no chance, even a bit, of getting babies la. Memang kakak tu plan gitu.

Proses ikat peranakan


Actually, she has thyroid problem. Untuk ubat sakitnya tu, dia kena minum sejenis air radioaktif. Haa..air mende tu? First time aku dengar. Macam bahaya je bunyiknye kan. Aku bayangkan air tu terkena sinaran x-ray. And then dia mention, due to this water, her ovary become more active that it produces more than 1 egg every month. Bayangkanlah kalau tersenyawa semua eggs tu, bahayakan diri sendiri jugak. Kesannya mungkin memudaratkan. Sebab tu la kakak tu decide nak ikat je. Lagipun, anaknya dah besar n dia rasa selesa dengan tiga org anak sekarang. Hopefully kakak sihat2 je yer. Thank u for sharing your condition, kak.

Other story is about abortion at 4 months of pregnancy.
Kes ni dialami oleh the other chinese sis next to kakak yg buat operation 'ikat' tu. Kisah sis ni sangat menyentuh hati. Dia terpaksa gugurkan baby dalam kandungan atas sebab babynya ada masalah kidney. At this point aku terkesima kejap dengan kemajuan teknologi yang boleh kesan penyakit baby, even belum lahir. Haha noob me. Tapi sebenarnya check melalui mother's urine je pun, n of course dengan bantuan teknologi.

Aku dapat rasai kesedihan sis tu sebab baby dah besar, dah ditiupkan roh, tapi terpaksa digugurkan. Apa yang menyebabkan sis ni tekad nak gugurkan baby adalah sebab Doc bagi kata dua kata. First, u can have your baby sampai dia lahir, tapi at the end u will suffer seeing your baby's condition and the costs of curing your baby. Second, u can just let your baby go before the due. U may have emotional suffer after abortion (sayang kot), but actually u save your future emotion, sebab if your baby lahir pun, the kidneys are not gonna function at all. At that stage, terfikir jugak, mana nak cari penderma kidney yang sebesar baby punya kidney.

Aku salute kat sis ni, steady je dia menempuh dugaan ni. Besides, family dia sangat supportive.

Okaylah, thats all for now. Thanks for your time reading this entry. Hopefully kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dan rezeki yang melimpah ruah.

Yg penting, jaga makan n selalulah exercise even 10 minit sehari. Sebab dunia sekarang banyak radiasi tak elok. Dalam rumah pun dah dapat, apa lagi di luar rumah. Contohnya penggunaan teknologi canggih seperti handphone, internet wifi, remote tv, kereta n sewaktu dengannya. Semua pakai gelombang yang kita tak nampak dan kita tak tahu jumlah penggunaan gelombang tu, yg mana bahaya utk sel-sel otak. Salah satu faktor yang boleh trigger sel-sel badan kita terhadap penyakit asing. Mungkin sebab tulah manusia sekarang makin pendek umur?
Who knows kan. Research has proved it. Apapun, ajal mati di tangan tuhan.

Assalamualaikum.


Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers