October 6, 2013

Tips Memilih Laptop yg Sesuai


Assalamualaikum lovelies and dearies. 
 
Hari ni aku nak share tips and tricks nak cari lappy yang sesuai utk kegunaan korang. Kepada sesiapa yang baru terdetik nak beli lappy sendiri, hopefully entri aku berguna lah sikit-sikit utk korang, especially adik-adik yang baru masuk uni n baru dapat biasiswa/pinjaman/scholar. Of course rata-rata korang mesti terbayang-bayang lappy as your first thing yang wajib beli kan? 

Yela nak buat assignment, kerja projek, review note semua tu sampai bila nak pinjam lappy member kan. Tak syiok, sebab macam ade perasaan seperti diperhatikan. Dan mata yang memerhati tu ada jiwa, dan jiwa tu boleh transmit suatu mesej melalui zon kedap bunyi, yang mana mesejnya itu terus sampai ke jiwa kita yang meminjam ni. Mesejnya berbunyi, “Hoi, kau ingat lappy tu kau punyakah?”. Semacam berbaur tak puas hati dan kesannya, kita tak boleh fokus seratus peratus apa yg kita buat. Kan kan kan. Aku pun pernah alami jugak. 
 
Lepas 6 tahun tempoh belajar di uni, aku dapat clarify lappy mana yg betul-betul sesuai utk aku. 

Actually, there are two major things yg mesti korang ambil kira sebelum korang decide. 

First, Portability (Mudah Alih).

Bagi korang yg perlukan lappy utk basic computing, yg prefer light-weight, n banyak buat kerja secara nomad/berpindah-randah, banyak outstation n banyak fieldwork trip, memang sesuai sangat lah lappy jenis ni. Biasanya lappy bersaiz sekecil netbook sesuai utk korang yg berjari comel, manakala 13” dan 14” masih boleh dipertimbangkan.

For those yg mempunyai saiz tangan n jemari yg besar, better ambik 15” (might be a bit heavy) sebab keyboard size nya yg besar dan sesuai utk tangan n jari korang meng-adjust keselasaan semasa typing nanti. Apapun, bergantung kepada individu yg mana lebih selesa. Aku lebih prefer saiz standard, iaitu 13”-14”, not too small, neither too big. Keyboard size pun sesuai utk saiz tangan macam aku. 

But bear in mind, lappy yg light-weight ada kelemahannya. Antaranya, tiada built-in dvd player/burner, usb port yg terhad (2 port je, for me it’s still ok), RAM yg rendah (paling tinggi 4G, and oh, it is upgradeable so kena tambah duit sikitlah), SSD yg of course rendah (biasanya 128G/256G), sound tak berapa gempak, can be quite hot (sebab ke-compact-an lappy menyebabkan fan-nye tak berapa besau) dan processor yg as far as I know setakat ni boleh support sampai intel core i5 je. 

So kalau korang bukan jenis yg nak sound gempak, tak ambik port part2 di atas, tak de masalah la utk ambik lappy yg ringan. After all, ianya ringan kot, dan stylo. Sebab, lappy jenis ni pun baru keluar n tengah hot. Boleh la bergaya2 ala2 businessman gitu. Secara tak langsung, postur badan berubah menjadi segak, mimik muka berubah menjadi serius dan gaya koreografi korang meng-handle lappy berubah menjadi anggun dan elegant sejurus selepas ianya dibuka. Hah hah hah. Lagi bertambah anggun kalau lappy tu jenis touch screen wiehiii. 

Antara touch screen lappy yg laris di pasaran sekarang adalah ASUS Vivobook X202E. Harga pun boleh kata mampu lah utk student uni. Antara lainnya, Dell XPS 12 pun bagus. Kalau nak full touch screen, Lenovo Ideapad Yoga pun ok. Sebab Yoga ni bukan setakat portable, malah convertible. Boleh ubah posisi dalam pelbagai mode: mode ‘laptop’, ‘tent’, ‘flat’, ‘270 degree’ n ‘360 degree’. 

Secondly, Necessity (Keperluan). 

Pilih la lappy yang betul-betul mengikut keperluan. Kalau course yg korang ambil di uni pakai banyak software, banyak simpan data, research/project photos, musics dan yang sekampung dengannya, better ambik lappy yg memang datang dengan kapasiti muatan yg besar cukup utk barang2 kargo korang. 

Tapi, lappy yg memenuhi keperluan2 ni bukan jenis light-weight. Mostly, berkeberatan 2++ kg, sebab ada dvd player/burner. Setakat ni, lappy yg ada ciri-ciri tersebut, paling tinggi (as far as I know) adalah 8G RAM (can be upgrade to 16G), 1Tera HDD storage, 4th generation intel core i7 (latest), not quite hot sebab fannye direka khas utk cope up dgn masalah overheat, 3 usb port and last but not least, sound yg sharp, detail n gempak sebab teknologi alang2 menyeluk pekasam, of course ciri2 speaker sehebat ikan bakar cicah sambal asam. 

Antara Lain

Keyboard size. Apa2 saiz pun, once u use it, u will get used to it.
Oh ya, kalau memilih lappy, better ambik lappy yg ada design serat kerbon atau aluminium, sebab lappy akan tahan lasak n tahan gegaran. 

Cari lappy yg baterinya tahan lebih kurang 5 jam. Ini kerana, bukan mudah utk korang buat kerja dalam keadaan berebut plug terutama kat café atau kelas. Sangat leceh.

Personally, aku recommend Lenovo, sebab Lenovo paling updated n latest in terms of technology. Regardless it’s design. Design Lenovo memang out lah. Tak de apa yg menarik. Simple design. Aku gelar design Lenovo ni design biskut je. Kalau jalan2 tengok deretan sample lappy kat lowyat tu, brand Lenovo ni tengok sekali imbas je. Memang takkan tertoleh lagi kepala ni. Lenovo is not into feminin n elegant look. Sebab it is designed for advance user yg pentingkan performance n prestasi. Bagi aku n hubby, biarlah design tak menarik, asalkan hati sonang, buek kojo takdo masalah ‘lag’ atau ‘jammed’. 

And kalau ada stranger yg usha lappy utk dikebas, lappy aku selamat, sebab not that fancy and eye-attract sangat. Haha samapi ke situ aku fikir nok.

Furthermore, sepanjang aku n hubby belajar di uni dulu, member2 yg pakai Lenovo tak pernah ada yg mengadu masalah lappy diorang. So far, Lenovo terbaik. Apa pun, it depends on how you take care of your lappy. 

Aku memilih Lenovo Ideapad Yoga, as a gift for myself, a reward for completing my MSc study. Fyi, ketebalan Yoga adalah lebih kurang saiz kuku kita. Lebih kurang 1.5cm. Dan beratnya lebih kurang 1.5kg.

 
 Yoga dalam mode 'laptop'

 Yoga dalam mode 'tent'. Aku prefer mode ni dalam keadaan melunjur kaki.

Oh ya, utk Yoga, once kita twist melebihi 180 degree, keyboard automatically inactive. Kalau tekan2 keyboard tu memang tak de apa2 kesan. All function is fully switched to touch screen.
 
 Yoga dalam mode '270 degree'. Mode ni aku apply di kedai mamak pekena teh tarik.


 Ni Yoga dalam mode '360 degree'. Hanya dalam keadaan aku rajin nak menggerakkan jari dan tangan baru aku apply mode ni. 

 One thing yg aku kena tahan hati adalah, there is no backlite keyboard. Most lappy skrg ada backlite. Boleh typing dalam keadaan kurang cahaya. Apapun, itu lah bayaran atas pilihan kita. There is pro and cons on each choice. Kena terima lah. 
 
 Yoga best sebab it's leather-like texture yg sangat sedap utk wrist kita.

Ok lah rasanya sampai sini dulu. Apa yg penting masa memilih lappy, jangan buat keputusan terburu2. Kalau korang memilih utk portable, maka perlulah korbankan performance. Perlulah korbankan sedikit wang utk external seperti dvd player/burner, external speaker n dard disk. Dan perlulah korbankan keselesaan mengangkut segala anak beranak yg sekutu dengannya. 

Kalau memilih all-in-1 plak merupakan satu kelebihan sebab semua anak beranak dah ada dalam tu, tapi kena korbankan dari sudut keberatan lappy. Kalau sanggup nak bawak lappy seberat 2++ kg ke sana ke mari, ok lah. 

Apa-apapun, nilai lah betul2 ikut kemampuan dan keperluan. Nak pakai lappy lama, harga pun beriban, kalau boleh sepuluh tahun tahan berbaloi jugak. Tepuk dada tanya salesman. 

Thank you for reading this. :) 

No comments:

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers