March 12, 2012

The counting


sesungguhnya aku sangat teruja once dapat tau tarikh keramat di mana majlis aku bakal tiba. :)
hati tu kalau boleh bawak keluar dari badan, aku amik n tunjuk kat korang betapa kembangnya semangkuk n ada bunga2 baru tumbuh kat situ. mekarrr je.

Alhamdulillah. syukur tak terkata kerana sehingga saat ni aku n mr prettyboy aka tunang berjaya lalui tempoh2 yg mmg org dok kata tempoh dugaan. 
so far alhamdulillah takde dugaan org yg cuba mengganggu gugat hubungan ni. most kawan2 tau n hormat as they know me n tunang as well. cuma sejujurnya, biasala dugaan gado2 mmg byk. tp taklah sampai terjerit2 kinja2 pukui2 ugut2 bagai. alhamdulillah. kalau gado pn stakat tarik2 rambut je. ahah tak de lah. 

that is so nyah okeh. 

itu semua hanyalah lakonan n pencarian pasal yg disengajakan sbb nak trik perhatian n nk diperhatikan.
aku mcm itu. tunang pn mcm itu. dua2 nak perhatian. tak tau lah nanti kalau dok serumah lagu mana. 
nasib bek majok pn tak lama. itu la kot key utk connect balik. hehe.

so now i am counting the days down. 
memandangkan kami dua still struggle for the final sem, masa nk prepare majlis agak tight. in a week, all days sangat sibuk dgn tasks, class, experiment, whatsoever. so if there's 1 day free, masa tu lah preparation dibuat. even sebenarnya ada masa 5 bulan before the day, tolak tugasan smua, mgkin hanya 3-4 minggu je tinggal. 

anyways, preparation tak boleh rush. the months before event tu survey2 dulu. take the time. mind set. kalau boleh nk avoid lah keadaan bile dah ter book wedding package or photographer or mak andam or wedding theme or katering, tetibe ade tmpat lain yg lebih bagus or lebih worth to spend. then hati meronta nyesal lah terkilan lah hape lah. perasaan tu mmg haku bhenchik! 
so chill la ye Naz.

and at that time being, research aku pn jalan. research dia pn jalan. smooth yeah oh lala. one point here, semakin pasti masa depan, semakin semangat untuk berjuang ke medan perang! i mean, habiskan sisa2 sem ni la kan. sisa2? emm, minggu2 better.

aku percaya jika kita menuju jalan baik, ingin menghalalkan hubungan n membina masjid ni, tuhan sentiasa tolong. rezeki pn bukan main datang yg entah kadang tak terpikir adanya rezeki tu untuk kita dari sumber2 yg kita tak terjangka. mungkin hadiah daripada sedara mara. mgkin drpd simpanan keluarga dan peninggalan harta. betoi aku ckp. tak caya g tanya ustaz. ehehe.

yg penting hubungan semasa ikatan pertunangan tu dijaga rapi. soal berapa lama ikatan tunang tu tak da masalah. as long as tau batasan. n of course berkat doa drpd kedua-dua famili dan perhatian tak putus membuatkan hubungan tu sentiasa berkat. boleh rasa. terasa dilindungi, n bahagia. kerana direstui. 
some more, famili pn letakkan kepercayaan tu. alhamdulillah famili sgt memahami. 
mudah mudahan perjalanan selepas diijabkabulkan nanti bertambah mudah dan senang. 

next post, insyaAllah nk share tentang the preparation, work and expected life after wedding (oh part ni mmg agak touchy).
kwn2, doakan perjalanan aku dan dia. okeh. hehe. masheh.
till then :)

March 10, 2012

19: Nickname i have and why do i have 'em?


First of all, my family call me with so many names. 
Specifically, Abah n Mak panggil Ipah, adik2 call me Angah, while kakak kadang tu Angah, kadang Ipah.
relative pn panggil Ipah. kelasss kaw. 
ohhow generally people with the end name of 'fah' ni biasenye family akan menebalkan lidah menjadi 'Pah' terus especially lidah2 Jawa n native spesis di Malaysia. betul x? sila admit. rata2 mmg gitew le kan.

ingat lagi the first time masuk skola, member tnye nk panggil ape out of Nazifah?
aku pn tergaru2 nk jawab ape? kenapa x panggil je Nazifah. da name aku cenggitu. 
rupanya dorang ni suke shortkan nama yg pada aku mase tu tah pape tah. so dorang panggil je Nazifah. until once kadang2 budak2 mental sengaja carik pasal memperkotak katikkan nama aku jadik NaziPunk n seangkatan dengannya yg mmg berbulu lah kalau dengar. kuajaaaq. sehinggakan aku merasa malu dgn nama tu. tension. 

tapi hujan ribut tu sekejap je. aku malas melayan otak2 mental so aku ignore. lihatlah betapa mature nya aku pada umur kanak2. 
naik sikit umur dlm 11 12 tahun gitu best fren start panggil 'Na' je. lagi aku jemm. 
then masuk sekolah menengah aku chose utk dipanggil 'Naz'. xlame lepas tu baru lah program Remaja Tv3 dan dan pulak host name abg Naz. jemm lagi.
then masuk uni, bestfren ade start panggil aku abg Naz. ohh itu mmg mega jemm! mgkin sbb aku maskulin kot. as what they claimed from the way i walk. lol.
start that time aku tukar cara jalan kasi feminin. 

current: in usm, one bestie calls me with full name which i appreciate so much. 
sebenarnye dia memang sengaja panggil full name sbb nk perhatian dari aku. sbb aku rajen melayan. hohoho.  

hehe thats what people call me,
Naz, Ipah and Nazifah Jainar.

thinking it back, Ipah is most appeciated la. coz when they call me, especially my mak n abah, mengingatkan asal usul aku n terasa dekat je dgn family. 
:)

names are beautiful. as long as it gives good meaning, n we should appreciate it. 

18: Plans / goals / dreams i have


banyak okeh plan dlm list sekarang, yg mana memang sangat teruja nk share,
hopefully all of them will be achieved and become reality.

plan, goal and dreams for are the same thing, but slight different in terms of jangka masa kita nk capai
macam plan, we can just state about anything, whereas goal and dreams tu termasuklah dalam plan
and plan ni pada level harapan, we don't put such a big hope for them. its just kalau ada rezeki, dapatla.
its like, 'picking a right place for dinner', 'wanna chill with long lost friend to somewhere', 'wanna spend money for beautiful dresses'
but yet, the place of occasion/events/whatnot belum lagi ditetapkan atau samar2 lagi
which in the period aspect, it might take a long time to be accomplished, depend on the clarification of the plan.
once we've plan, we are ought to make it true cuma samada cepat atau lambat.
so for me that's a 'plan'.

different for goals and dreams. these two words lebih kurang sama matlamatnya.
whenever we talk about goals and dreams, kita dengan sedaya upaya anda automatically letak sepenuh usaha utk capai semua tu. the words are like special that, when u are unable to accomplish it, u would be regret or somehow terkilan sikit kan.
whatever it is, kita hanya mampu merancang but then Allah s.w.t sahaja yg menentukan setelah berusaha. kan. insyaAllah. but, if tak tercapai, mungkin ada something lebih baik Dia nak bagi. so, chill!

so here's the the plans, the goals and the dreams i have in list

1. sedaya upaya finish up all tasks including all sampling bagai, so the starter is definitely me myself. just to be taken all out je, huh
(i do it d best of myself ape)
just situasi like, chemical xsampai2 lagik, yg mendelaykan keje. ugh.
2. kawen
yeay! know what? i'm now starting counting the days! hopefully segalanya berjalan lancar.

:)
till then
oh ye, i know im not that sharp to finish the challenge betul2 ikut sequence 1day 1 post, but then i would never skip one of the quests.




March 2, 2012

Lovely cats around me..


yezza.. setelah lama x hapdet.. i just couldn't help it.. sorry fellas sy mesti hold quest sekejap demi memenuhi rontaan hati untuk mengepost pix2 kesayangan.. muehehe..
yeah, photos were taken in Desasiswa Bakti Permai, USM Penang.

hoyeahh! layan kerenah kucing dulu sblum sambung homeworks yg
entah-bila-nak-habis-tapi-aku-bajet-thn-ni-jugak-mesti-habis!


































so yeah, sila komen kalau suka. xpun, sila la share any valuable info pasal kusen.. 
comment box ade di atas kanan page. hope to have a little chat with u readers.
till then! :)

February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul



Keindahan rupa paras Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat menyambut hari mulia maulidur rasul 1433H. Semoga ilmu ini dapat kita kongsi dan menjadi garis panduan bagi kita umat nabi s.a.w. :)

Berikut adalah dipetik dari beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah SAW.

Hadith-hadith ini disalin dari kitab yang sangat terkenal iaitu kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Kitab ini yang menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad SAW secara agak terperinci.


Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

Hadith 3:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.” (HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Hadith 4:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertbuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.” (HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Hadith 5:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.” (HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Hadith 6:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)” (HR at-Tirmidzi)

Hadith 7:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
“Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. 
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.” (HR at-Tirmidzi)

Hadith 8:

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar. Rambutnya beralun. 
Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). 
Warna kulitnya putih kemerah-merahan. Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. 
Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya). Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. 
Lehernya indah, tegak dan kuat. Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. 
Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. 
Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. 
Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak. Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit. Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.” (HR at-Tirmidzi)

Semoga lepas ni ramai blogger akan selalu post-kan entri yang berkaitan keagamaan walaupun bukan kerana sambutan Maulidur rasul dan sebagainya. Selain berkongsi maklumat teknolgi semasa dan cerita-cerita peribadi, tak salah kalau kita kongsikan ilmu kerohanian yang dibaca.

February 5, 2012

17: Someone i would like to switch lives with for one day



this particular quest i don't have any idea how to respond on it
and i don't have time to think prior to the respond thenggg 
:)


Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers