3 kesilapan kecil ini mampu membuatkan anda nampak tua malah wajah anda seakan tidak bermaya dan nampak kusam. Ingin tahu apa dia? Kami kongsikan.
TIDUR DENGAN MEKAP
Ya, ramai yang melakukan perkara ini, rasa malas untuk cuci mekap dan hanya biarkan sampai anda tertidur. Tahukah anda ianya akan membuatkan wajah anda tampak kusam dan kering dengan mekap. Anda mesti tahu perihal seorang wanita yang tidak mencuci mekap selama lebih sebulan dan hasilnya wajah kelihatan lebih tua dan kusam. Walau malas sangat, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada anda ingin biarkan wajah dengan kotoran mekap.
KEKERAPAN CUCI MUKA DALAM SEHARI
Ramai daripada kita yang setiap kali ada masalah kulit pasti cuci muka, mereka rasa geram dengan keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari. Tahukah anda lebih pengelupasan mampu merengsa kulit anda dan benar-benar membuat liang anda menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap. Cuba dua atau mungkin tiga kali seminggu.
IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT
Alasan ikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut anda tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. - via
Artikel ni aku copypaste jer. Mudah ceritanya dan kerjanye. Hehe.
1. Nasib baik aku bukan jenis mekap heavy. Kalau kuar je alas bedak talcum Aryan punye. Bedak pureen. Pastu pakai pressed powder. Lipstick. Dah. Takdenye nak touch up mata pakai maskara bagai. Kalau nak tidur memang akan sentiasa pastikan muka bersih.
2. Aiseh.. Aku ni jenis rimas kalau muka berminyak. Kalau sehari tak cuci muka, rasa mcm berak tak lepas gitu. Rimas. Hmm..kena control cuci la cm ni. Patutla setiap kali cuci rasa kering n berkedut je kulit muka. Eee takmooo cepat tua.
3. Aku ikat longgar, tapi still berguguran rambut aku. Mungkin sebab shampoo tak ngam kot? Ok, aku sekarang dah jarang ikat rambut. Lepas je. Aryan suka sangat tengok rambut mamanya. Gelak2 sampai terbatuk2 tengok mama swing rambut.
1 comment:
Oke aku coba, terima kasih :)
Post a Comment