June 3, 2014

Mommy to Be: Posisi Tidur Mengiring atau Menelentang




Assalamualaikum..

Makin meningkat usia kehamilan makin susah nak tidur.  

Mommy2 yang sedang mengandung sekarang atau yang dah alami pengalaman mengandung mesti dah lali dengan keadaan ni kan. Aku baru jugak hadapi kesukaran tidur malam. Especially kalau mengiring. Haa pelik kan? Patutnye tidur mengiring lagi selesa. Tapi lain pula dengan aku. 

Dulu masa belum pregnant, posisi mengiring adalah paling selesa dan nyenyak. Kali ni time preggy, aku lebih suka menelentang. Aku tidung terlentang start usia 2 bulan hingga 5 bulan. Ya Allah, bila baca info2 pasal posisi tidur ni, aku takut sebab tidur menelentang tak baik untuk blood circulation. 

In fact boleh meningkatkan risiko baby meninggal dalam perut sebab tak dapat cukup oksigen.
Aku pernah bincang n tanya nurse di KK, macam mana kalau dah terbiasa tidur menelentang, konon nak mintak excuse tah pape. Badan aku kan besar. Mungkin kalau tido terlentang takde effect kat baby. Badan besar so salur darah pun besar. Gile tak teori aku..? Boleh pulak pakai mungkin-mungkin. Merepek betul.. Hahaha so nak tak nak aku kena practise tidur mengiring and nurse pun desak jugak utk kebaikan baby. Tak berani aku nak memandai2. 

Alhamdulillah sekarang aku dah biasa tidur mengiring dengan syarat aku alaskan bantal nipis bawah rahim. Baru selesa and boleh tidur. Kadang-kadang kantoi jugak tengah malam terjaga dalam keadaaan terlentang. Terus gemuruh! Tengah mamai2 tu sempat lagi raba2 perut nak rasa pergerakan baby. Dah dapat rasa kicking sikit2 tu barulah aku mengiring balik. Fuhh risau.. 

Dalam bab-bab tidur mengiring ni aku cerewet sikit. Aku harap ada yang beri komen dan penjelasan lanjut mengenai posisi tidur mengiring ni. 

Kebanyakan doctor n nurse sarankan tidur mengiring ke kiri. Padahal dari segi sainsnya, jantung (yang mana kedudukan di bahagian kiri dada) dihimpit oleh peparu kanan. Ini akan memberi kesan kepada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung mengepam darah. Some more, peparu kiri lebih kecik daripada peparu kanan so agak semput jugak kalau tidur mengiring ke kiri.

In terms of kedudukan perut (di sebelah kiri abdomen), kalau tidur mengiring ke kiri, proses pencernaan akan mengambil masa lebih lama (5-8 jam) berbanding 2.5-4.5 jam jika tidur mengiring ke kanan.

Kalau ikut sunnah nabi kita, kedudukan mengiring ke kanan adalah better, sebab jantung tidak menanggung beban peparu yang menghimpit berbanding tidur mengiring ke kiri. Lagipun sunnah nabi kan. 

Aku pun lebih selesa tidur ke kanan sebenarnye, tapi kenapa ek doctor lebih sarankan tidur ke kiri? Somebody? Mungkin ada sebab lain? Do share with me please.

Terima kasih kerana sudi blogwalking.

4 comments:

leeyana said...

i oso do some research said that when preggy digalakkan tidur mengiring ke kiri.dikatakan membantu beri oksigen pada baby. dun ever..ever..ever..tido menelentang.sebab nnt baby xdapat oksigen.kdg bile tdo xsedar kn kne cpat2 betulkan balik kedudukan..

sbenarnya posisi tido tu bergantung pada orang.ada orang selesa kiri..ada orang selesa kanan..n ada jgk selesa telentang.tp since telentang xdgalakkan kn so no choice..huhu

mcm mak yana dlu mse preggy yana dia kata selesa telentang.tp risky.org dulu dia tatau.skrg info byk..yana pulak suka belah kanan.if mengiring kiri xselesa.rasa sakit plus baby cm tendang2.tu tandanya org dlm perut bg signal dia xbg kte tido mngiring kiri.haha makesure tido banyak bantal.sepuluh pun xpe kak. suami paham..yna conquer katil dh siap2..haha..wat alas perut,pinggang,kaki..semua ada.hahaha nk selesa punya pasal..

seriously bile perut dh besar mmg tido xkn nyenyak.smpai pnah selesa dgn tdo menyandar duduk ats sofa je.huhu depends pd orang jgk kot..kdg ade termiss jgk tdo menelentang.tp ble sedar cepat2 ubah posisi..

yana ske share bab2 camnih.haha plus kt opis boring gileeee!!dats why semua blog yana terjah!!hahaha
cuma apa yg kt atas tu based yna punya experience.mgkin lain org lain caranya..huhuhu

ade baca tak blog dr.zubaidi?yna rse tu pn ok jgk utk tambah info since dia betul2 doc..hehe


shahniefa said...

Tula Yana..peliks gak mcm mana blood circulation occur klau jantung terhimpit..musykil.. hehe k.naz rajin jugak blogwalking dr zubaidi.. byk info dpt kat sana pasal pregnancy..

K.naz pn bru 1st experience..byk lagi condition yg bakal k.naz tempuh ni..tu kena byk baca2 tu..

Haha klaka la Yana ni smpai conquer katil. Msti baby Yana pun sama pe'el ngn mommy die.

ilya maisara said...

yup.. tu la.. pelik juga.. kenapa mengiring kiri kan.. tapi kan, nak tido memang takes timesssssssss sangat2.. nak mencari posisi yang paaaaaling amna damai..

kadang tu lelap kejap, penat, terjaga, pastu lelap balik, terjaga.. sambil nangis2.. hehe (dah tu mmg suka nangis kot)..

end up.. esoknya kompem tak keje, sebab nak qada' tido... kuikui... takpe la... pengalaman berharga ni.. nak beli kat mana ye tak?

hehe :)

shahniefa said...

ISMA ILYA: tula kan pengalaman berharga mengandung ni..alhamdulillah..
banyak dugaan nak2 dah masuk trimester akhir ni.. hope Allah permudahkan urusan bersalin..
sama2 doakan yer.. :)
mommy to be take care tau!

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers