May 30, 2014

Mommy to Be: Rahim Mengeras atau Kejang


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan sihat2 jer.  And baby kuat menendang dan respon lagi-lagi kalau dengar suara ayahnya bercerita. Syukur.

Semenjak dua ni selalu sangat rasa rahim mengeras/kejang. First time kena seawal bulan keempat. Masa tu pelik jugak kenapa tiba2 keras macam contraction, tapi tak sakit. Dalam 1-2 minit lepas tu hilang sendiri. Seminggu tu kadang 2 3 kali jer. 

Tapi kali ni usia kandungan dah menginjak ke 27 minggu (kandungan sebenar 25 minggu), rasa kerap jugak, lagi-lagi kalau baring mengiring perut tak dialas dengan bantal nipis, ataupun duduk sandar tapi terlampau bongkok (badan tak tegak). Memang akan mengeras rahim tu. 

Ada satu ketika tu aku sengaja baring/duduk dalam kedudukan yang sama, konon nak eksperimen betul ke tak posisi ni membuatkan rahim aku mengeras. Ternyata memang betul posisi aku tak betul yang menyebabkan rahim mengeras. 

Bila aku surf internet cari info apa sebab mengeras/kejang, seriau pulak baca sebab kebetulan info2 yang aku baca tu adalah tanda2 nak bersalin. Tapi rupanya tidak. Tak semestinya tanda bersalin. 

Rahim yang mengeras/kejang adalah simptom2 nak bersalin KALAU disertai dengan rasa sakit. Lepas tu sakit tu continuous.

Apa yang aku alami ni rupanya adalah Braxton Hicks. Braxton Hicks ni kerap berlaku apabila kandungan meningkat terutama di trimester ketiga. Antara lain punca Braxton Hicks adalah:

1.      Bayi bergerak aktif
2.      Ibu sangat aktif
3.      Semasa senam atau bawa barang
4.      Perut penuh
5.      Mengurut
6.      Semasa atau selepas hubungan suami isteri
7.      Dehidrasi

Setiap orang akan alami pengalaman Braxton Hicks berbeza-beza. Ada certain pregnant mommy rasa di bahagian tengah perut hingga ke ari-ari dan ada juga sakit sampa kejang kaki dan sakit bahagian pinggang. 

Syukur setakat ni pengalaman aku kena Brixtion Hicks taklah sakit mana, cuma perut tu rasa tegang sesangat dan tak selesa. So cara aku kurangkan rasa tegang tu, aku tukar posisi badan. Kalau masa mengeras tu aku tengah baring, aku angkat kaki (lipat bahagian lutut) dan usap2 perut. Alhamdulillah kurang sikit tegang tu.

Masa rahim mengeras ni tak boleh gerak terlalu pantas, risau kalau tersalah movement terkoyak otot ke menyesal pulak nanti. Haha..

Di bawah ni ada tips sikit macam mana nak kurangkan rasa ketidakselesaan peurt kalau terjadi Braxton Hicks. Aku refer dalam blog dan web2 pregnant mommies lain. Harap info ni membantu:

1.      Ubah posisi jika Braxton Hicks menyerang
2.      Rehat lebih lama
3.      Minum air kosong dengan banyak, air yang banyak dapat kurangkan pengecutan otot yang mengundang kepada Braxton Hicks
4.      Baring mengiring
5.      Buang air kecil dengan kerap
6.      Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Tempoh tarik nafas mestilah lebih pendek daripada menghembus.

Setakat ni entri kali ni. Hope dapat membantu mommy2 to be yg alami keadaan yang sama.

InsyaAllah aku akan update entri berkenaan posisi tidur pulak.
Assalamualaikum.. :)



May 29, 2014

Mommy to Be: Keputihan Masa Mengandung



Assalamualaikum..

Masalah keputihan ni memang tak dapat elak sejak start baligh sampai ke fasa nak jadi mak-mak ni.
Masa mengandung pun ade jugak keputihan. Lain orang lain peringkat keseriusan keputihan tu. 

Masalah keputihan aku pada kandungan kedua ni sama je macam masa mengandung first dulu. Kadang2 fobia sebab takut tu salah satu punca aku gugur dulu. 

Biasalah kalau pernah gugur, macam2 andaian dalam kepala otak ni asyik terfikir je apa punca terjadinya gugur. Takut sangat berulang lagi. 

Aku pun banyak kali tanya nurse di KK nak leraikan kerunsingan aku berkenaan keputihan yang aku alami ni sebab setiap kali aku penat kerja memang banyak keputihan lagi-lagi kalau naik turun tangga.

Kadang2 tu awal pagi belum pergi kerja pun ada. So nurse tanya kaler n bau. Setakat ni tak de lah berbau n kaler putih biasa.

Nurse bagitau jangan risau sebab tu normal masa mengandung. Lainlah kalau kaler coklat, kuning atau hijau, likat dan berbau busuk sampai kemerahan n gatal, barulah refer pakar. Kalau dah sampai tahap tu means kena jangkitan yeast and sebenarnya jangkitan keputihan yang teruk boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pra-matang, kecacatan dan keguguran. Nauzubillah.

Alhamdulillah so far tak de lagi simptom2 tu. And nurse nasihat pastikan diri kita sentiasa bersih n make sure area sulit bersih n kering. Kalau cebok tu, korek sikit dengan jari.

Keputihan tak boleh dihilangkan tapi boleh dirawat dan dikurangkan. Kalau ikut petua MIL aku, die suruh makan bawang putih je bebanyak. Aku amalkan jugak, Alhamdulillah membantu la jugak. Kurang sikit keputihan tapi mengundang bau badan le pule. Ade mom to be yg amalkan makan yogurt, ade jugak pakai pembersih wanita. 

Aku pernah dengar pembersih wanita tak elok pakai masa mengandung, sebab kandungan pH dalam tu pun boleh mengubah pH normal kita. Some more, takut ketat pula miss V, karang susah nak bersalin camno? Hahaha sampai ke situ pulak pikir.

Selain tu, tips lain nak kurangkan keputihan yang aku dapat di tenet adalah:
1. Jangan guna tampon sebab bakteria baru akan datang berkampung
2. Jangan basuh kemaluan dengan air sabun sebab boleh mengganggu keseimbangan pH normal n bakteria baik yang sedia ada dalam faraj

Kepada readers yang ada pengalaman keputihan masa mengandung, sila lah share sikit apa pencegahan dan cara korang deal dengan keputihan ni dalam komen yer..

Terima kasih. 

May 25, 2014

Mommy To Be: Balik Hometown, Shah Alam! Yayy!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan dah menginjak ke 26 minggu (usia sebenar 24 minggu). 
Baru2 ni balik ke Shah Alam lawat abah n mak. 
Al kisahnye last month abah kena tahan wad seminggu sbb doctor detect abah lemah jantung. 
Risau keadaan abah masa tu n aku xberkesempatan nk balik tengok abah. 
Abah ckp jgn risau sbb abah kat hospital rilex je xde sakit pape. 
Duduk wad enjoy je siap bole lawat pesakit2 katil lain. 
Tapi aku tau abah saja ckp cmtu sbb xnk aku risau. 

Aku pulak siap nangis2 kat sini risaukan abah. 
Nasib ade mak n adik beradik lain yg urus n teman abah kat hospital. 
Hari2 aku mesej diorang nk tau keadaan abah. Selang sebulan lepas tu baru la kami dapat setting nk balik. Bukan apa, sebelum tu memang aku nak balik jumpa mak abah at least sekali sebelum deliver. 
Tapi hubby kena setting betul2 masa cutinya. Lagipun masa tu ada program ceramah perdana ustaz Kazim Elias. 
Hubby pulak terpilih sebagai Ajk yg mengiring Ust. Last2 minit kalau nk tukar org memang sukar. 
Alhamdulillah selama seminggu abah happy je kat wad makan ubat on time. 
Keadaan abah pun stabil n xde komplikasi lain, so Doktor bagi discharge. Cuma Doktor bagi surat susulan utk buat appointment rawatan lanjut di IJN.

Di rumah, mak abah rajin tanya keadaan aku n baby kat sini. Setiap kali aku call n mesej, diorg akan tanya keadaan aku n baby. 
Atuk n Nenek tak sabar kot nk menimang cucu kedua. Hehe maksud tersirat di situ adalah diorang teringin nk tengok baby bump aku live depan mata hehe. 
So aku n hubby decide nak balik n family di sini pun encourage suruh balik. Dah lama tak balik. Last time balik Nov 2013 sbb adik aku, Dila kawen.
Furthermore, kepulangan aku n hubby ni adalah untuk ambil peluang minta maaf pada mak abah n minta diorang doakan yg baik2 sepanjang aku pregnant n masa deliver nanti. 
So balik lah aku n hubby ke Shah Alam secara senyap konon nk buat surprise. 

Aku minta adik aku Dila n Ain komplot minta mak buatkan nasi impit kuah kacang n ayam masak betawi. Tekak ni tringin sangat sampai dah terasa-rasa kelazatan masakan mak tu semenjak dua ni.
Aku minta adik2 aku berlakon kononnya ada kawan dari jauh nak datang melawat abah. 
Haha petang khamis aku n hubby smpai KLIA. As always hubby minta bestie dia jemput. 
Xnak susahkan Dila or Ain. Lagipun diorang kan sibuk menjayakan lakonan di rumah. 

Sampai depan pintu rumah kami bagi salam. Nak tau ape reaksi mak yg tak ready pakai tudung? 
Kelam kabut mak bangun cari tudung sarung. 
Instead of jawab salam, mak cakap "Kurang asammmmm........." sejurus nampak kami berdiri depan pintu. 
Hubby ketawa ja tengok mak tekejut smpai cmtu haha.. Aku happy sbb mak n abah seronok tengok kami dtg x dijangka. 
Syabas Dila n Ain kerana berjaya sebagai pelakon merangkap pengarah lakonan hehe. 

Malam tu aku n hubby berhabis makan makanan mak masak. 
Yess! Merasa jugak makanan tradisi hari raya. Aku saja request sbb aku n hubby akan beraya di Sandakan lagi tahun ni mcm thn lepas. 
Tahun lepas x dapat beraya d Shah Alam sbb teringin nk beraya 1st as wife d kampung halaman hubby. 
Nampaknye tahun ni pun beraya lagi di sini sbb sarat dah masa tu 35 minggu. 

Sepanjang di Shah Alam aku n hubby betul2 menghargai masa2 yg ada untuk bersantai borak2 ngn mak abah. 
Kalau kat Sandakan xde masa nak lepak santai. Pukul 8 kerja pukul 5 balik, malam penat n tido. 
Kadang nak lipat baju sendiri pun makan masa 2 3 hari berkepuk baru terlipat baju tu. Hujung minggu pun sibuk dengan program2 n aktiviti kerja. Di Sandakan ni pukul 9.00 mlm dah mengantuk. 
Automatik landing atas katil n terlelap. So kat sini xde masa nk berjimba sgt mcm kat semenanjung. Semenanjung pukul 1 pagi pun fresh lagi. So kat Shah Alam la masa nak leisure. 

Antara tujuan lain kami balik Shah Alam pun sbb nak lawat adik ipar baru operate di bahagian perut sbb masalah usus terlipat sampai bernanah. Alhamdulillah operation selamat n adik ipar kuat n skrg dlm proses penyembuhan luka.
Kebetulan adik ipar berehat di kampung yg mana satu kampung jugak dengan nenek belah mak, so kami ambil peluang jugak balik kampung lawat embah (nenek) n wak (pakcik n makcik) di sana. 
Best sangat dapat tengok sawah bendang menghijau. Syukur dapat berjalan bawak hubby n jalan2 area kampung. 

Lokasi: Parit 5, Sungai Besar, Selangor
baby bump da nampak :)

Sebenarnya, ada cerita lain disebalik kandungan aku yg kedua ni. 
Doctor tak bagi berjalan sangat sebab kandungan aku berisiko. 
Nanti aku akan update entri pasal kandungan aku. Haha aku n hubby siap berjalan lagi pergi Setia City Mall. Excited sbb first time ke sana. 
Apa2 pun, aku banyakkan berdoa semoga Allah melindungi kami dan baby dalam belly ni. 
Mama tau baby kuat macam mama n ayah. Mama n ayah sayang baby tau. 
Baby sentiasalah berkomunikasi dengan mama ayah ya. 
Kalau nk tendang freekick n guling2 100 meter pun mama sanggup, at least mama n ayah tau baby sihat n happy.

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers