Alhamdulillah baru2 ni buat monthly checkup, condition baik. Takde mual, mabuk, lelah or yg sekutu dengannya. Bp ok, sugar level ok, belum tahap diabetic lg (risau sebab most preggy moms akan mudah kena bila usia kehamilan 24 minggu ke atas. macam makcik sebelah aku tadi).
Entri kali ni nak share pasal low lying placenta. Aku pun tergolong dalam ketegori tu sebenaqnya. Masa kandungan 18 minggu Doc detect memang post low. Doc tak bagi buat kerja-kerja berat. Aku memang tak buat la.
Kerja-kerja membasuh baju banyak hubby tolong. Tolong humban baju dalam mesin je pun. Ihik. Kerja membasuh mesin yang buat. Angkat baju dan proses menjemur pun hubby banyak tolong, sampaila ke proses angkat baju dari ampaian dan angkut ke bilik. Sampai bilik barulah peranan melipat baju aku yang ambil alih. Heehee.
Selain tu, Doc suruh aku banyak rehat tapi kerja macam aku ni (PA boss) mane ade rehat, semua stand by je. Kalau boss panggil meeting, aktiviti program n perjumpaan minum2 santai malam2, on the spot bergegas ke sana. Tak kira siang atau malam, driving sensorang. Eh, driving bertemankan baby yg menendang protes nak tido dalam perut. Terganggu oleh pergerakan otot2 sekitar perut gamaknya. Sorry ye baby, mama kerja kejap melaksanakan tanggungjawab. Nanti siap mama layan baby ye.
Sepanjang mengandung kali ni, aku buat 2 jenis scan, iaitu scan "Sesaje/kalau ade bajet" di Klinik Syifa, dan scan "Wajib" dengan pakar Gynae di hospital.
Baru2 ni sebelum ke KL lawat mak abah n wak di kampung, aku berjalan lagi ke Tawau n Semporna by road. Sebelum bercuti aku jumpa Doc pakar yg merawat cyst aku untuk scan wajib tiap dua bulan sekali. Sambil examine cyst, aku tanya Doc pasal trip yg akan aku lalui ni. Doc tak recommmend. Doc siap warn, kalau apa2 terjadi Doc tak mahu dipersalahkan. Kecut perut jugak waktu tu n dilemma jugak sama ada nk berjalan atau tidak. Last2 aku ambil keputusan untuk ikut berjalan, tapi bersyarat. Minta hubby drive kereta slow2. Kalau jalan rata its okay kalau nak drive macam rabbit tapi kalau jalan menggerutu drivelah macam kura2. Alhamdulillah sepanjang percutian tak de masalah.
Minggu depan aku ade appointment lagi dengan pakar Gynae tu. Kalau Doc tau aku banyak berjalan mesti dia marah. Tapi takpe, aku pandai simpan rahsia. Ihik.
Masa scan 18 minggu di Klinik Syifa, Doc bagitau uri aku rendah tapi Doc tak inform sejauh mana kerendahan uri aku. Tak pasti Type berapa. Tapi aku andaikan aku Type I je sebab tengok face impression Doc pun takde gemuruh mane. Doc banyak nasihat je, n Doc suruh rehat. Uri akan naik sendiri as the womb gets bigger seiring dengan pertumbuhan baby.
Di bawah ni aku selitkan foto pasal uri rendah. Jika Doc detect uri rendah masa kehamilan di bawah 28 minggu, Doc akan beri masa uri naik dan biasanya Doc akan sebut "Low Lying". Lain pula kalau lebih dari 28 minggu, Doc akan classify sebagai Placenta Previa (PP).
Kedudukan uri normal dan PP
So the next scan masa 23 weeks, Doc bagitau uri aku menutup laluan rahim sikit but still, there is chance the uri akan naik sendiri. Doc pesan if ada bleeding then cepat2 refer emergency.
To be honest, kandungan kali ni agak berisiko. Mustahil aku tak risau. Malah kerisauan aku berganda-ganda membawa sampai ke mimpi. Takut sangat kalau terjadi lagi peristiwa dulu.
Once bila consult dengan hubby pasal masalah ni, hubby percaya, semua orang pun ada masalah pregnancy tersendiri. Setakat ni aku bebas daripada masalah bp, sugar level, mabuk2, sembelit n lain2 yang preggy moms hadapi, tapi aku diberi dugaan kecil iaitu cyst, dan uri rendah. So hubby sarankan banyakkan berdoa dan buat latihan naikkan uri. Amalkan doa2, ikhtiar dan tawakal untuk setiap apa yang kita hadapi.
Hubby sangat marah kalau aku murung mengenangkan nasib. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan layan sangat perasaan sedih, instead of sugul n monyok, lagi bagus live the life, sambil berdoa. Pemikiran positif insyaAllah boleh merubah keadaan nampak mustahil pada awalnya.
Aku ada seorang kawan, nurse. Hani namanya. Aku banyak tanya pada dia berkenaan uri rendah. Selagi aku tak puas hati selagi tu aku tanya. Nasib baik dia sabar melayan kerenah aku. Nurse2 memang dididik untuk sabar melayan soalan cepu cemas.
So berdasarkan pengalam Hani, tak semestinya uri rendah ni mesti ceaser (aku memang takmo ceaser. nak rasa pengalaman mak lahirkan aku). Ada kes PP Type III tapi still boleh lahirkan normal. Biasanya Doc bgtau kalau preggy 30 minggu ke atas PP, memang tipis bagi preggy mom tu nak lahirkan normal, tapi berkat latihan sujud lama2 masa solat n doa, insyaAllah ada chance lagi bersalin normal. Kuasa Allah tu luas. Allah maha kaya. Kalau Allah tu nak sesuatu tu berlaku, maka berlakulah.
Aku tekad untuk berdoa dan ikhtiar. Selebihnya aku serah bulat2 kepada Allah. Mudah2an perjalanan mengandungkan baby sulung kami selamat dan sejahtera. Amin..
Tolong doakan sekali yer :)
2 comments:
insyaallah k.naz..doa banyak2..rezeki setiap orang lain2.tapi cabaran setiap orang itu ada..
jangan sedih2 keyh.nanti baby pn sedih..hehe kita berserah je pada Allah.yg penting baby kita selamat dilahirkan dh cukup bermakna dh.sakit pe nanti semua xpkir dh..hehe
yana pn dlu agk demotivated jgk.regular checkup semua ok.tapi mungkin bkn rezeki yna.check up 37weeks baby still xengage lg.kepala kat atas..bila nk pusing dh xboleh.air ketuban pulak kurang,perut kecik n baby dh besar.sedih sgt..sapa yg xnk rasa bersalin normal ye dak? tapi bkn rezeki yana..
yg penting think positive je.kdg Allah xbg skrg.tp time nk bersalin nnt :) insyaallah ujian yg Allah bg tuh pasti ada manisnya ;) manisnya bila baby yg kita kandung 9bulan tu selamat dilahirkan ;)) all da best k.naz!hehe
Ya Allah..thank u so much for the advice. K.naz semangat n relief sikit.
Betul Yana setiap orang alami pengalaman berbeza2. Asalkan kita kuat n positif everything will be fine kan :)
K.naz skrg pun fikir nak baby selamat je. Tak kisahla mcm mana cara bersalin asalkan baby sihat insyaAllah..
Post a Comment