July 10, 2014
Mommy to be: PP Type IV
Assalamualaikum..
Entri last berkenaan aku tak pasti Doc classify aku dlm PP type berapa. Lepas check up Gynae pada 23 Jun 2014, Doc bagitau aku PP Type IV. Yes, PP Type IV. Worst one. Memang tak ada cara lain bersalin melainkan czer.
Masa check tu aku nampak di screen pc scanner tu, memang uri menutup laluan serviks. Aku berdebar2 n ready je kalau2 Doc suruh stay wad. Doc yg attend aku Doc perempuan drpd semenanjung, Dr. Sheeda. Tapi Alhamdulillah Doc bagi lagi masa 2 minggu utk datang balik.
The next 2 weeks, on 7th July 2014, aku datang balik. Hopefully uri menaik sikit, tapi tidak. Doc still cakap uri menutup laluan, Doc yg attend aku kali ni Doc lelaki junior drpd semenanjung, Dr. Fauzi. Masih baru berkhidmat kot, Doc Fauzi refer balik dgn Doc Sheeda and Doc Sheeda reconfirm balik dgn Doc pakar, Doc Yew.
And this time Doc Yew sahkan result yg sama. Nak dijadikan cerita, ade la sorang dua Doc pelatih ikut sama berkerumun tengok result kat screen scanner tu. Dah la kain aku meleret sampai ke bikini line. Malu deh, terpampang jadi tatapan.
Appointment kali ni merupakan tamparan hebat sebab Doc suruh stay wad sampai lah masa tempoh bersalin. Dengan tak semena-mena aku nangis kat situ jugak. Aku refuse utk dok wad. Tak nak. Lagipun aku tak ada bleeding. Aku bagitau nak bedrest je kat rumah.
Doc2 kat situ semua risau keadaan aku, aku faham, tapi aku xnak jugak. Cukuplah pengalaman masa aku D&C tahun lepas. Bosan dok wad, walaupun hanya 1 malam.
Tapi bila Doc2 tu consult and explain risiko PP Type IV ni, aku tukar fikiran. Doc mention, lepas minggu ke 30, anytime boleh bleeding, sebab baby dah berat, segmen rahim mula terbentuk dan rahim di bahagian serviks akan menipis. Means dah nak sampai waktu lahir. That's why anytime boleh bleeding. Bleeding terjadi tanpa warning, tak ada tanda sakit. Means, kita takkan sedar kita sebenarnya tengah tumpah darah, even takde rasa sakit. Darah boleh jadi sikit, dan boleh jadi banyak macam paip bocor.
Seriau pulak kalau benda tu terjadi pada aku. Bila fikir balik, tak apalah, biarlah aku hidup bosan kat wad, yang penting baby dapat perhatian dan pantauan penuh Doc. Yang penting baby selamat.
Hubby pun banyak muhasabah aku, hubby tak mengeluh, malah hubby encourage suruh dok wad. Walaupun aku janji nak fully bedrest kat rumah, risiko jugak sebab kalau apa2 jadi pada aku, tetibe bleeding, acane?
Satu hal pulak sebab memang tak dan la nak drive kalau tengah bleeding. Hubby pulak kerja jaraknye 7 batu dari rumah and of course ambil masa utk balik. By the time bleeding occurs, kalau tak sempat sampai hospital on time, nyawa aku n baby boleh melayang.
Nauzubillah.
So at the end of checkup hari tu, aku minta belas ihsan Doc utk register wad esok (8th July 2014). Doc tak bagi sebenarnya, tapi aku insist jugak sebab nak prepare mental fizikal, prepare barang2 personal utk dibawa n nak inform family in law.
8th July 2014
Starting today, aku stay wad. Barang2 boleh tahan banyak, 3 beg. Yela kate dok sebulan kan. Aku datang pukul 3pm, terus ke bangunan Maternity, Tingkat 1, Hospital Duchess of Kent. Hubby tunggu di luar sementara aku di dalam buat urine test, blood test, tukar baju pink, and buat ctg utk pantau heartbeat baby.
Bukan main lama ctg ni rupanya. Hampir sejam, sebab mesin ctg tu print pattern heartbeat atas kertas. Kesian hubby dok tunggu lama di luar. Lepas ctg, aku diberi suntikan Dexamethasone, untuk matangkan paru2 baby. 1st shot tu baby mengeliuk2 dalam belly ya Allah aktifnya dia. First time rasa baby respon sekuat tu, rasa macam kena toreh dari dalam.
Memang betulla apa yang aku baca drpd blog2 mommy yang kena Dexa ni. Memang suntikan ni sangat sakit. Mase dicucuk tu biasala macam kena gigit semut, tapi masa dia suntik cecair tu ke dalam montot, bukan main sakitnye macam kena siat kulit montot. Dalam 5 saat macam tu baru Doc tarik jarum. Sakitnya last for 10 mins. Fuhhh..
Lepas prosedur suntikan dan ctg, hubby tolong register wad. Aku request wad kelas dua je sbb 1st class quit mahal. Hubby tak ada GL sebab kerja kontrak, so expenses are from our own pocket money. Hubby cakap since aku kena stay sebulan lebih, apa yg penting adalah keselesaan aku. Alhamdulillah family in law sangat supportive and banyak membantu that they let me stay in 1st class ward which means bilik utk sorang. Lagipun, hubby boleh teman tido malam n waktu melawat tak ada had masa. Anytime boleh datang melawat.
Pukul 10 mlm hubby datang balik teman tido. Terharu sangat sebab hubby sanggup bersama aku dikala ini. Actually aku tak sampai hati minta hubby teman tido malam ni sebab aku tengok hubby sangat letih 1 hari kerja, petang pulak urus kemasukan aku ke wad. Thank you syg.
9 July 2014
Pagi ni sahur dgn hubby dlm wad je. Hubby mkn kurma n air. Aku makan nasi n lauk ayam yang MIL bawak malam tadi masa melawat. Tq mama.
Lepas solat subuh hubby pulang bersiap nk g kerja. Jam 5.30 pagi doc dtg bagi suntikan Dexa kali ke 2 selepas 12jam. Alhamdulillah lepas jugak fasa2 yg menyakitkan tu.
Hari kedua di wad aku pening sikit sebab asyik terganggu waktu tido aku. Belum dapat rentak rutin pemeriksaan di wad. Baru nak dapat feel tido, staff nurse tiba2 ketuk pintu masuk nak check bp n buat Doppler. Kejap2 pulak cleaner masuk nak buang sampah, pastu masuk lagi nak cuci tandas, pastu masuk lagi nak mop lantai. Dah tu masuk sampai 3 kali sehari. Bukannya kotor sangat pun bilik tu. Musykil betul.
Baru nak lelap, Doc pulak masuk dengan angkatan Doc pelatih nak check up keadaan aku. Adui pening.
Hope baby mama cpt matang ye. Kalau mama tibe2 bleeding baby insyaAllah boleh survive kalau mama terpaksa bedah awal. Mama tau baby kuat. Mama n ayah loves u syg.
Subscribe to:
Posts (Atom)