May 11, 2011

Bandung free time visit: Tasik Jati Luhur



i joined a conference in Bandung. presented a poster entitled The feasibility of Sesuvium portulacastrum as a biological indicator. me n ma collegues (five of us) n Prof Mashhor, our supervisor took a visit at Tasik Jati Luhur, Bandung, Indo. 
it was interesting, savoring their cultures, the beautiful scenery, n learnt on something that someway we couldn't get it unless u get urself involve in such trip.

**********************************************************************************

this is d copy of what i've few months back, tried to send to Utusan Malaysia's forum. before sending it, i actually made several calls just to state that i couldn't send d softcopy due to their ample mails. they should reduce it so that ma mail can be took in. yeah they told so, but i found a waste. sending over n over but couldn't be sent. i was determined to send it by Pos Laju, inserted along with d report document in a CD, few pictures n also, a hardcopy of the report. 
n i never update since then. here the report. kindly read it. enhance ur knowledge. ok! 
:)

**********************************************************************************

Tasik Jati Luhur: Peranan Multifungsi Memupuk Kerjasama Antara USM Dan ITB Khusus Dalam Bidang Penyelidikan
Nazifah Jainar
shahniefa@yahoo.com


Lawatan kami ke Tasik Jati Luhur yang terletak di antara Jakarta dan Bandung, telah membuka minda kami betapa pentingnya kawasan ini bagi melengkapkan keperluan penduduk di sini. Tasik buatan manusia sejak tahun 1950-an merupakan sumber air utama dan membekalkan tenaga elektrik melalui janaan enam turbin pada empangan Jati Luhur. Dengan kapasiti tampungan air sebanyak tiga billion meter padu, tasik ini menyalurkan sumber irigasi air kepada 242000 hektar ladang tanaman, di samping itu, menyediakan sumber air minuman, pengawal banjir dan juga kawasan perikanan penting bagi penduduk sekitar kawasan ini.


Tasik Jati Luhur merupakan kawasan strategik bagi pengusaha ikan sangkar kerana sumber air terus daripada Sungai Citarum. Pengusaha ikan sangkar yang dahulunya bermula dengan 8000 sangkar sahaja pada tahun 1986 kini meningkat sehingga 14000 sangkar pada tahun 2010. Sangkar-sangkar ini diperbuat daripada kayu-kayu buluh berukuran  7 x 7 meter yang diikat bersama menjadi sokongan apungan di atas permukaan air.


Menariknya, sistem pengurusan dan pengendalian ikan sangkar di sini mengamalkan sistem keramba jaring apung (KJP) yang dibahagikan kepada dua lapisan yang mana lapisan atas bagi penternakan ikan mas (Carassius auratus) dan ikan kap (Cyprinus carpio) sementara lapisan kedua pula terdiri daripada ikan tilapia (Oreochromis mossambicus). Lapisan pertama dengan kedalaman 3 meter di bawah permukaan air manakala lapisan kedua pula dengan kedalaman 3-6 meter di bawah permukaan air.

Sepanjang lawatan, kami mendapati bahawa pengendalian sangkar ikan sangat tersusun dan bersistem disamping kawalan alam sekitar dan ekosistem yang masih terpelihara. Dengan keluasan permukaan tasik 80km², hanya 10 peratus sahaja dibenarkan untuk pengusahaan ikan sangkar iaitu sebanyak 16 000 sangkar pada satu-satu masa. Ini bagi mengehadkan stratifikasi populasi (perbezaan stuktur populasi) ikan-ikan sangkar tersebut. Berdasarkan Peraturan Pemerintah R1 No. 82 Tahun 2001, hasil kajian logam berat menunjukkan bahawa paras residu logam berat masih pada tahap yang sesuai bagi pengusahaan ikan sangkar (Fe > Mn > Cr > Pd > Cu > Cd).

Temucara bersama salah seorang pengusaha ikan sangkar menyatakan bahawa rata-rata pulangan profit maksimum adalah sebanyak 63-67% manakala minimum 53% adalah mungkin disebabkan faktor jangkitan virus dan bakteria Aeromonas yang boleh menjejaskan kadar pertumbuhan ikan sangkar. Tahun 2010 mencatatkan profit jualan yang stabil berbanding dua tahun lepas kerana pengaruh cuaca hujan lebat. Paras suhu yang malar di atas dan bawah permukaan tasik menyebabkan kandungan oksigen terlarut juga menurun. Keadaan ini mengakibatkan ikan mengalami anoksia (pengurangan keperluan oksigen di dalam organ dan tisu) justeru diserang jangkitan virus kesan daripada koinfeksi Aeromonas dan mengganggu metabolisma ikan sangkar tersebut. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan ikan seperti kualiti air, kualiti makanan dan juga strategi pemakanan iaitu dari segi kekerapan pemakanan ikan.


Penulis berpendapat bahawa lawatan ini telah memberikan kami ilmu yang tidak ternilai harganya. Pengendalian perusahaan ikan yang begitu sistematik dengan ciri-ciri keramba jaring apung (KJP) seperti yang diaplikasikan di sini merupakan inisiatif bijak bagi menggandakan rezeki dan pulangan lumayan, di samping dapat mengurangkan kadar stratifikasi tanpa menjejaskan ekosistem. Harapan penulis, bagi mengekalkan keseimbangan kestabilan ekosistem, garis panduan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Jabatan Pengelola Waduk, Jawa Barat, Indonesia dapat diikuti dan dilaksanakan.


Lawatan ini merupakan kerjasama antara dua buah universiti tersohor di rantau ini iaitu Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bersempena dengan Simposium Usahasama Pertama ITB-USM yang baru sahaja diadakan baru-baru ini. Simposium ini diiringi dengan ucaptama panel jemputan dari USM iaitu Prof. Mashhor Mansor dan Prof. Djoko Iskandar dari ITB. Jalinan erat berjaya dipupuk di antara dua universiti ini dapat menyediakan peluang keemasan yang harus direbut oleh para graduan universiti khususnya dalam memupuk kerjasama ke arah penyelidikan dan kelestarian demi pembangunan sejagat.

Nazifah Jainar
Pelajar Ijazah Lanjutan, USM


**********************************************************************************

heh, dats all. i dont think they publish this. im not saying it. but some of ma frens did say that. 
well, never mind. i have sent it. d report might surely be published if they think ma writing is good, n ma point is important. ma job is done. n its up to them. 
hehe. just wanna walla! with sort of photos taken through d event. enjoy.

participants of 1st Joint Symposium ITB-USM (20-21 Dec 2010)

1st day after presentation. went back hotel happily!

a snap before going up to Gunung Tangkuban Perahu

heading to Tasik Jati Luhur. ops! just arrived! hehe. this is d place. 

assisted by very young peeps. Papit and Pa' Gede, at d very back.

enjoying d view.

d mas n carps.

yeay! done. hope it would be worth even it is not published. i don't know whether they have published it. u know? 
if it so, then alhamdulillah. my goal is achieved. bookmarked it. 
:)


No comments:

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers