July 10, 2014
Mommy to be: PP Type IV
Assalamualaikum..
Entri last berkenaan aku tak pasti Doc classify aku dlm PP type berapa. Lepas check up Gynae pada 23 Jun 2014, Doc bagitau aku PP Type IV. Yes, PP Type IV. Worst one. Memang tak ada cara lain bersalin melainkan czer.
Masa check tu aku nampak di screen pc scanner tu, memang uri menutup laluan serviks. Aku berdebar2 n ready je kalau2 Doc suruh stay wad. Doc yg attend aku Doc perempuan drpd semenanjung, Dr. Sheeda. Tapi Alhamdulillah Doc bagi lagi masa 2 minggu utk datang balik.
The next 2 weeks, on 7th July 2014, aku datang balik. Hopefully uri menaik sikit, tapi tidak. Doc still cakap uri menutup laluan, Doc yg attend aku kali ni Doc lelaki junior drpd semenanjung, Dr. Fauzi. Masih baru berkhidmat kot, Doc Fauzi refer balik dgn Doc Sheeda and Doc Sheeda reconfirm balik dgn Doc pakar, Doc Yew.
And this time Doc Yew sahkan result yg sama. Nak dijadikan cerita, ade la sorang dua Doc pelatih ikut sama berkerumun tengok result kat screen scanner tu. Dah la kain aku meleret sampai ke bikini line. Malu deh, terpampang jadi tatapan.
Appointment kali ni merupakan tamparan hebat sebab Doc suruh stay wad sampai lah masa tempoh bersalin. Dengan tak semena-mena aku nangis kat situ jugak. Aku refuse utk dok wad. Tak nak. Lagipun aku tak ada bleeding. Aku bagitau nak bedrest je kat rumah.
Doc2 kat situ semua risau keadaan aku, aku faham, tapi aku xnak jugak. Cukuplah pengalaman masa aku D&C tahun lepas. Bosan dok wad, walaupun hanya 1 malam.
Tapi bila Doc2 tu consult and explain risiko PP Type IV ni, aku tukar fikiran. Doc mention, lepas minggu ke 30, anytime boleh bleeding, sebab baby dah berat, segmen rahim mula terbentuk dan rahim di bahagian serviks akan menipis. Means dah nak sampai waktu lahir. That's why anytime boleh bleeding. Bleeding terjadi tanpa warning, tak ada tanda sakit. Means, kita takkan sedar kita sebenarnya tengah tumpah darah, even takde rasa sakit. Darah boleh jadi sikit, dan boleh jadi banyak macam paip bocor.
Seriau pulak kalau benda tu terjadi pada aku. Bila fikir balik, tak apalah, biarlah aku hidup bosan kat wad, yang penting baby dapat perhatian dan pantauan penuh Doc. Yang penting baby selamat.
Hubby pun banyak muhasabah aku, hubby tak mengeluh, malah hubby encourage suruh dok wad. Walaupun aku janji nak fully bedrest kat rumah, risiko jugak sebab kalau apa2 jadi pada aku, tetibe bleeding, acane?
Satu hal pulak sebab memang tak dan la nak drive kalau tengah bleeding. Hubby pulak kerja jaraknye 7 batu dari rumah and of course ambil masa utk balik. By the time bleeding occurs, kalau tak sempat sampai hospital on time, nyawa aku n baby boleh melayang.
Nauzubillah.
So at the end of checkup hari tu, aku minta belas ihsan Doc utk register wad esok (8th July 2014). Doc tak bagi sebenarnya, tapi aku insist jugak sebab nak prepare mental fizikal, prepare barang2 personal utk dibawa n nak inform family in law.
8th July 2014
Starting today, aku stay wad. Barang2 boleh tahan banyak, 3 beg. Yela kate dok sebulan kan. Aku datang pukul 3pm, terus ke bangunan Maternity, Tingkat 1, Hospital Duchess of Kent. Hubby tunggu di luar sementara aku di dalam buat urine test, blood test, tukar baju pink, and buat ctg utk pantau heartbeat baby.
Bukan main lama ctg ni rupanya. Hampir sejam, sebab mesin ctg tu print pattern heartbeat atas kertas. Kesian hubby dok tunggu lama di luar. Lepas ctg, aku diberi suntikan Dexamethasone, untuk matangkan paru2 baby. 1st shot tu baby mengeliuk2 dalam belly ya Allah aktifnya dia. First time rasa baby respon sekuat tu, rasa macam kena toreh dari dalam.
Memang betulla apa yang aku baca drpd blog2 mommy yang kena Dexa ni. Memang suntikan ni sangat sakit. Mase dicucuk tu biasala macam kena gigit semut, tapi masa dia suntik cecair tu ke dalam montot, bukan main sakitnye macam kena siat kulit montot. Dalam 5 saat macam tu baru Doc tarik jarum. Sakitnya last for 10 mins. Fuhhh..
Lepas prosedur suntikan dan ctg, hubby tolong register wad. Aku request wad kelas dua je sbb 1st class quit mahal. Hubby tak ada GL sebab kerja kontrak, so expenses are from our own pocket money. Hubby cakap since aku kena stay sebulan lebih, apa yg penting adalah keselesaan aku. Alhamdulillah family in law sangat supportive and banyak membantu that they let me stay in 1st class ward which means bilik utk sorang. Lagipun, hubby boleh teman tido malam n waktu melawat tak ada had masa. Anytime boleh datang melawat.
Pukul 10 mlm hubby datang balik teman tido. Terharu sangat sebab hubby sanggup bersama aku dikala ini. Actually aku tak sampai hati minta hubby teman tido malam ni sebab aku tengok hubby sangat letih 1 hari kerja, petang pulak urus kemasukan aku ke wad. Thank you syg.
9 July 2014
Pagi ni sahur dgn hubby dlm wad je. Hubby mkn kurma n air. Aku makan nasi n lauk ayam yang MIL bawak malam tadi masa melawat. Tq mama.
Lepas solat subuh hubby pulang bersiap nk g kerja. Jam 5.30 pagi doc dtg bagi suntikan Dexa kali ke 2 selepas 12jam. Alhamdulillah lepas jugak fasa2 yg menyakitkan tu.
Hari kedua di wad aku pening sikit sebab asyik terganggu waktu tido aku. Belum dapat rentak rutin pemeriksaan di wad. Baru nak dapat feel tido, staff nurse tiba2 ketuk pintu masuk nak check bp n buat Doppler. Kejap2 pulak cleaner masuk nak buang sampah, pastu masuk lagi nak cuci tandas, pastu masuk lagi nak mop lantai. Dah tu masuk sampai 3 kali sehari. Bukannya kotor sangat pun bilik tu. Musykil betul.
Baru nak lelap, Doc pulak masuk dengan angkatan Doc pelatih nak check up keadaan aku. Adui pening.
Hope baby mama cpt matang ye. Kalau mama tibe2 bleeding baby insyaAllah boleh survive kalau mama terpaksa bedah awal. Mama tau baby kuat. Mama n ayah loves u syg.
June 16, 2014
Mommy to Be: Miracles Do Happen and I Hope So
Assalamualaikum..
Sekarang baby dalam belly dah genap 28 minggu. Dah masuk last trimester.
Yeeaaayyy for that! Pat my own shoulder. Ihik. Alhamdulillah.
Dapat rasa nikmat mengandung sampai tahap ni. Mudah-mudahan selamat sampai tiba
masanya baby dilahirkan InsyaAllah.
Last time jumpa Doc pakar 9hb Jun 2014. As what I already informed
before, and as what I expect, Doc bagitau uri aku rendah dan perlu pemeriksaan
lanjut. Doc bagi masa lagi kot2 uri akan naik sendiri dalam masa dua minggu tu.
Dalam keadaan sekarang ni, aku tak pasti dan tak mengharap
uri akan naik. Cuma berdoa dan urut perut sambil bercakap dengan baby supaya
bantu naikkan uri. Miracles do happen, dengan IzinNya. So aku tanamkan prinsip
tu rapat-rapat. Hee..
Lain cerita, perkara yang aku risau selama ini, iaitu
kedudukan baby songsang, sekarang baby dah turun kepala. Baby dalam position
cephalic. Alhamdulillah for that. Mungkin sebab aku banyak berjalan, berdiri
dan duduk. So graviti akan menarik kepala baby ke bawah. Berat pun dah 1.019kg.
Syukur.
Cuma kerisauan uri rendah dan cyst aku masih di tahap yg
sama. Doc scan cyst. Saiz cyst macam besar 1 cm pulak. Dulu elok2 4x3cm approx.,
sekarang 4x5cm.
Walaupun Doc cakap saiz kecik dan tak perlu risau, aku tetap
risau jugak. Takut kalau terbelit mesti sakit amat. Kadang2 aku rasa macam ada
pedih2 sikit bahagian kanan ni. Terus terfikir mungkin terbelit dah ovary aku
ni. Tapi tak taula sebab cyst ke sebab lain. So everytime kalau rasa pedih2 tu,
aku selawat n usap2 kat bahagian kanan tu. Kurang sikit pedih tapi still risau.
-.-“
Berkenaan uri pulak, Doc remind kalau ada bleeding, terus
refer emergency kat hosp. So far Alhamdulillah tak de bleeding. Tapi berjaga2
jugak sebab kalau tegang bahagian bawah perut tu terkedek-kedek jalan macam
itik. Yela kita tak tau tu tegang sebab normal contraction ke, sebab kepala
baby di bawah atau sebab uri di bawah. Kerisauan ni buat aku fobia. Setiap kali
rasa macam ada cecair keluar dri miss v, aku terbayang bleeding. Balik rumah
terus check, rupanya keputihan biasa. Fuhh..
Appointment akan datang ni 23hb Jun 2014, hope everything
will be ok. Doc nak check detail so aku kena refer specialist (Based on buku
klinik, Doc tulis Placenta Low Lying with possible Type III). !!!
Nanti jumpa Specialist, dia akan check dari bawah. Kalau uri
betul2 confirm tutp laluan (Type III atau IV), kemungkinan aku akan ditahan wad
sampai bersalin. Tu pun kalau ada bleeding. Kalau tak da bleeding, mungkin
duduk wad jugak untuk diberi injection matangkan paru-paru baby. And kalau
sampai masanya dan perlu untuk bersalin awal, aku akan bersalin awal.
Bagi aku, mana2 cara bersalin aku dah tak peduli. Yang penting
baby selamat dan sihat. Cara bersalin czer atau normal, masing2 ada pros and
cons. Kalau ikutkan MIL, pantang betul kalau aku bgtau akan bersalin czer, MIL
tak nak. Tak tau kenapa. Aku pun tak tanya lanjut sebab masa tu tengah gusar
hati. Tapi kalau dah cara tu yang
terbaik untuk selamatkan dua nyawa, tak boleh elak dan kena ikut juga kan.
Apa-apa pun aku berserah bulat2 kepada Allah. Allah dah
rancang yang terbaik untuk aku dan baby.
***
Ok setakat ni dulu cerita perihal masalah mengandung. Nak
cerita pasal baby pulak. Hehe.
Baby makin lama makin aktif dan kuat sepak terajang. Sekarang
dia selalu main dalam pukul 7-10 malam.
Ada satu ketika tu, baby sepak mama
kuat sangat. Aku cepat-cepat suruh hubby letak tangan atas perut. Adela dalam 4
5 kali die sepak. So sempat hubby rasa dua sepakan terakhir tu. Kuat sangat
sampai aku cakap “Baby ni mencangkul ke dalam perut mama?” Hubby gelak je.
Ihiks.
Tak mo pikir masalah dan kalu boleh nak fikir benda2 best je.
Setakat ni dulu post kali ni, doakan semua selamat ye.
Assalamualaikum. :)
June 3, 2014
Mommy to Be: Low Lying Placenta
Assalamualaikum..
Alhamdulillah baru2 ni buat monthly checkup, condition baik. Takde mual, mabuk, lelah or yg sekutu dengannya. Bp ok, sugar level ok, belum tahap diabetic lg (risau sebab most preggy moms akan mudah kena bila usia kehamilan 24 minggu ke atas. macam makcik sebelah aku tadi).
Entri kali ni nak share pasal low lying placenta. Aku pun tergolong dalam ketegori tu sebenaqnya. Masa kandungan 18 minggu Doc detect memang post low. Doc tak bagi buat kerja-kerja berat. Aku memang tak buat la.
Kerja-kerja membasuh baju banyak hubby tolong. Tolong humban baju dalam mesin je pun. Ihik. Kerja membasuh mesin yang buat. Angkat baju dan proses menjemur pun hubby banyak tolong, sampaila ke proses angkat baju dari ampaian dan angkut ke bilik. Sampai bilik barulah peranan melipat baju aku yang ambil alih. Heehee.
Selain tu, Doc suruh aku banyak rehat tapi kerja macam aku ni (PA boss) mane ade rehat, semua stand by je. Kalau boss panggil meeting, aktiviti program n perjumpaan minum2 santai malam2, on the spot bergegas ke sana. Tak kira siang atau malam, driving sensorang. Eh, driving bertemankan baby yg menendang protes nak tido dalam perut. Terganggu oleh pergerakan otot2 sekitar perut gamaknya. Sorry ye baby, mama kerja kejap melaksanakan tanggungjawab. Nanti siap mama layan baby ye.
Sepanjang mengandung kali ni, aku buat 2 jenis scan, iaitu scan "Sesaje/kalau ade bajet" di Klinik Syifa, dan scan "Wajib" dengan pakar Gynae di hospital.
Baru2 ni sebelum ke KL lawat mak abah n wak di kampung, aku berjalan lagi ke Tawau n Semporna by road. Sebelum bercuti aku jumpa Doc pakar yg merawat cyst aku untuk scan wajib tiap dua bulan sekali. Sambil examine cyst, aku tanya Doc pasal trip yg akan aku lalui ni. Doc tak recommmend. Doc siap warn, kalau apa2 terjadi Doc tak mahu dipersalahkan. Kecut perut jugak waktu tu n dilemma jugak sama ada nk berjalan atau tidak. Last2 aku ambil keputusan untuk ikut berjalan, tapi bersyarat. Minta hubby drive kereta slow2. Kalau jalan rata its okay kalau nak drive macam rabbit tapi kalau jalan menggerutu drivelah macam kura2. Alhamdulillah sepanjang percutian tak de masalah.
Minggu depan aku ade appointment lagi dengan pakar Gynae tu. Kalau Doc tau aku banyak berjalan mesti dia marah. Tapi takpe, aku pandai simpan rahsia. Ihik.
Masa scan 18 minggu di Klinik Syifa, Doc bagitau uri aku rendah tapi Doc tak inform sejauh mana kerendahan uri aku. Tak pasti Type berapa. Tapi aku andaikan aku Type I je sebab tengok face impression Doc pun takde gemuruh mane. Doc banyak nasihat je, n Doc suruh rehat. Uri akan naik sendiri as the womb gets bigger seiring dengan pertumbuhan baby.
Di bawah ni aku selitkan foto pasal uri rendah. Jika Doc detect uri rendah masa kehamilan di bawah 28 minggu, Doc akan beri masa uri naik dan biasanya Doc akan sebut "Low Lying". Lain pula kalau lebih dari 28 minggu, Doc akan classify sebagai Placenta Previa (PP).
So the next scan masa 23 weeks, Doc bagitau uri aku menutup laluan rahim sikit but still, there is chance the uri akan naik sendiri. Doc pesan if ada bleeding then cepat2 refer emergency.
To be honest, kandungan kali ni agak berisiko. Mustahil aku tak risau. Malah kerisauan aku berganda-ganda membawa sampai ke mimpi. Takut sangat kalau terjadi lagi peristiwa dulu.
Once bila consult dengan hubby pasal masalah ni, hubby percaya, semua orang pun ada masalah pregnancy tersendiri. Setakat ni aku bebas daripada masalah bp, sugar level, mabuk2, sembelit n lain2 yang preggy moms hadapi, tapi aku diberi dugaan kecil iaitu cyst, dan uri rendah. So hubby sarankan banyakkan berdoa dan buat latihan naikkan uri. Amalkan doa2, ikhtiar dan tawakal untuk setiap apa yang kita hadapi.
Hubby sangat marah kalau aku murung mengenangkan nasib. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan layan sangat perasaan sedih, instead of sugul n monyok, lagi bagus live the life, sambil berdoa. Pemikiran positif insyaAllah boleh merubah keadaan nampak mustahil pada awalnya.
Aku ada seorang kawan, nurse. Hani namanya. Aku banyak tanya pada dia berkenaan uri rendah. Selagi aku tak puas hati selagi tu aku tanya. Nasib baik dia sabar melayan kerenah aku. Nurse2 memang dididik untuk sabar melayan soalan cepu cemas.
So berdasarkan pengalam Hani, tak semestinya uri rendah ni mesti ceaser (aku memang takmo ceaser. nak rasa pengalaman mak lahirkan aku). Ada kes PP Type III tapi still boleh lahirkan normal. Biasanya Doc bgtau kalau preggy 30 minggu ke atas PP, memang tipis bagi preggy mom tu nak lahirkan normal, tapi berkat latihan sujud lama2 masa solat n doa, insyaAllah ada chance lagi bersalin normal. Kuasa Allah tu luas. Allah maha kaya. Kalau Allah tu nak sesuatu tu berlaku, maka berlakulah.
Aku tekad untuk berdoa dan ikhtiar. Selebihnya aku serah bulat2 kepada Allah. Mudah2an perjalanan mengandungkan baby sulung kami selamat dan sejahtera. Amin..
Tolong doakan sekali yer :)
Alhamdulillah baru2 ni buat monthly checkup, condition baik. Takde mual, mabuk, lelah or yg sekutu dengannya. Bp ok, sugar level ok, belum tahap diabetic lg (risau sebab most preggy moms akan mudah kena bila usia kehamilan 24 minggu ke atas. macam makcik sebelah aku tadi).
Entri kali ni nak share pasal low lying placenta. Aku pun tergolong dalam ketegori tu sebenaqnya. Masa kandungan 18 minggu Doc detect memang post low. Doc tak bagi buat kerja-kerja berat. Aku memang tak buat la.
Kerja-kerja membasuh baju banyak hubby tolong. Tolong humban baju dalam mesin je pun. Ihik. Kerja membasuh mesin yang buat. Angkat baju dan proses menjemur pun hubby banyak tolong, sampaila ke proses angkat baju dari ampaian dan angkut ke bilik. Sampai bilik barulah peranan melipat baju aku yang ambil alih. Heehee.
Selain tu, Doc suruh aku banyak rehat tapi kerja macam aku ni (PA boss) mane ade rehat, semua stand by je. Kalau boss panggil meeting, aktiviti program n perjumpaan minum2 santai malam2, on the spot bergegas ke sana. Tak kira siang atau malam, driving sensorang. Eh, driving bertemankan baby yg menendang protes nak tido dalam perut. Terganggu oleh pergerakan otot2 sekitar perut gamaknya. Sorry ye baby, mama kerja kejap melaksanakan tanggungjawab. Nanti siap mama layan baby ye.
Sepanjang mengandung kali ni, aku buat 2 jenis scan, iaitu scan "Sesaje/kalau ade bajet" di Klinik Syifa, dan scan "Wajib" dengan pakar Gynae di hospital.
Baru2 ni sebelum ke KL lawat mak abah n wak di kampung, aku berjalan lagi ke Tawau n Semporna by road. Sebelum bercuti aku jumpa Doc pakar yg merawat cyst aku untuk scan wajib tiap dua bulan sekali. Sambil examine cyst, aku tanya Doc pasal trip yg akan aku lalui ni. Doc tak recommmend. Doc siap warn, kalau apa2 terjadi Doc tak mahu dipersalahkan. Kecut perut jugak waktu tu n dilemma jugak sama ada nk berjalan atau tidak. Last2 aku ambil keputusan untuk ikut berjalan, tapi bersyarat. Minta hubby drive kereta slow2. Kalau jalan rata its okay kalau nak drive macam rabbit tapi kalau jalan menggerutu drivelah macam kura2. Alhamdulillah sepanjang percutian tak de masalah.
Minggu depan aku ade appointment lagi dengan pakar Gynae tu. Kalau Doc tau aku banyak berjalan mesti dia marah. Tapi takpe, aku pandai simpan rahsia. Ihik.
Masa scan 18 minggu di Klinik Syifa, Doc bagitau uri aku rendah tapi Doc tak inform sejauh mana kerendahan uri aku. Tak pasti Type berapa. Tapi aku andaikan aku Type I je sebab tengok face impression Doc pun takde gemuruh mane. Doc banyak nasihat je, n Doc suruh rehat. Uri akan naik sendiri as the womb gets bigger seiring dengan pertumbuhan baby.
Di bawah ni aku selitkan foto pasal uri rendah. Jika Doc detect uri rendah masa kehamilan di bawah 28 minggu, Doc akan beri masa uri naik dan biasanya Doc akan sebut "Low Lying". Lain pula kalau lebih dari 28 minggu, Doc akan classify sebagai Placenta Previa (PP).
Kedudukan uri normal dan PP
So the next scan masa 23 weeks, Doc bagitau uri aku menutup laluan rahim sikit but still, there is chance the uri akan naik sendiri. Doc pesan if ada bleeding then cepat2 refer emergency.
To be honest, kandungan kali ni agak berisiko. Mustahil aku tak risau. Malah kerisauan aku berganda-ganda membawa sampai ke mimpi. Takut sangat kalau terjadi lagi peristiwa dulu.
Once bila consult dengan hubby pasal masalah ni, hubby percaya, semua orang pun ada masalah pregnancy tersendiri. Setakat ni aku bebas daripada masalah bp, sugar level, mabuk2, sembelit n lain2 yang preggy moms hadapi, tapi aku diberi dugaan kecil iaitu cyst, dan uri rendah. So hubby sarankan banyakkan berdoa dan buat latihan naikkan uri. Amalkan doa2, ikhtiar dan tawakal untuk setiap apa yang kita hadapi.
Hubby sangat marah kalau aku murung mengenangkan nasib. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan layan sangat perasaan sedih, instead of sugul n monyok, lagi bagus live the life, sambil berdoa. Pemikiran positif insyaAllah boleh merubah keadaan nampak mustahil pada awalnya.
Aku ada seorang kawan, nurse. Hani namanya. Aku banyak tanya pada dia berkenaan uri rendah. Selagi aku tak puas hati selagi tu aku tanya. Nasib baik dia sabar melayan kerenah aku. Nurse2 memang dididik untuk sabar melayan soalan cepu cemas.
So berdasarkan pengalam Hani, tak semestinya uri rendah ni mesti ceaser (aku memang takmo ceaser. nak rasa pengalaman mak lahirkan aku). Ada kes PP Type III tapi still boleh lahirkan normal. Biasanya Doc bgtau kalau preggy 30 minggu ke atas PP, memang tipis bagi preggy mom tu nak lahirkan normal, tapi berkat latihan sujud lama2 masa solat n doa, insyaAllah ada chance lagi bersalin normal. Kuasa Allah tu luas. Allah maha kaya. Kalau Allah tu nak sesuatu tu berlaku, maka berlakulah.
Aku tekad untuk berdoa dan ikhtiar. Selebihnya aku serah bulat2 kepada Allah. Mudah2an perjalanan mengandungkan baby sulung kami selamat dan sejahtera. Amin..
Tolong doakan sekali yer :)
Mommy to Be: Posisi Tidur Mengiring atau Menelentang
Assalamualaikum..
Makin meningkat usia kehamilan makin susah nak tidur.
Mommy2 yang sedang mengandung sekarang atau yang dah alami
pengalaman mengandung mesti dah lali dengan keadaan ni kan. Aku baru jugak
hadapi kesukaran tidur malam. Especially kalau mengiring. Haa pelik kan?
Patutnye tidur mengiring lagi selesa. Tapi lain pula dengan aku.
Dulu masa belum pregnant, posisi mengiring adalah paling
selesa dan nyenyak. Kali ni time preggy, aku lebih suka menelentang. Aku tidung
terlentang start usia 2 bulan hingga 5 bulan. Ya Allah, bila baca info2 pasal
posisi tidur ni, aku takut sebab tidur menelentang tak baik untuk blood
circulation.
In fact boleh meningkatkan risiko baby meninggal dalam perut sebab
tak dapat cukup oksigen.
Aku pernah bincang n tanya nurse di KK, macam mana kalau dah
terbiasa tidur menelentang, konon nak mintak excuse tah pape. Badan aku kan
besar. Mungkin kalau tido terlentang takde effect kat baby. Badan besar so
salur darah pun besar. Gile tak teori aku..? Boleh pulak pakai mungkin-mungkin.
Merepek betul.. Hahaha so nak tak nak aku kena practise tidur mengiring and
nurse pun desak jugak utk kebaikan baby. Tak berani aku nak memandai2.
Alhamdulillah sekarang aku dah biasa tidur mengiring dengan
syarat aku alaskan bantal nipis bawah rahim. Baru selesa and boleh tidur.
Kadang-kadang kantoi jugak tengah malam terjaga dalam keadaaan terlentang. Terus
gemuruh! Tengah mamai2 tu sempat lagi raba2 perut nak rasa pergerakan baby. Dah
dapat rasa kicking sikit2 tu barulah aku mengiring balik. Fuhh risau..
Dalam bab-bab tidur mengiring ni aku cerewet sikit. Aku
harap ada yang beri komen dan penjelasan lanjut mengenai posisi tidur mengiring
ni.
Kebanyakan doctor n nurse sarankan tidur mengiring ke kiri.
Padahal dari segi sainsnya, jantung (yang mana kedudukan di bahagian kiri dada)
dihimpit oleh peparu kanan. Ini akan memberi kesan kepada tugas jantung dan
mengurangkan kecergasan jantung mengepam darah. Some more, peparu kiri lebih
kecik daripada peparu kanan so agak semput jugak kalau tidur mengiring ke kiri.
In terms of kedudukan perut (di sebelah kiri abdomen), kalau
tidur mengiring ke kiri, proses pencernaan akan mengambil masa lebih lama (5-8
jam) berbanding 2.5-4.5 jam jika tidur mengiring ke kanan.
Kalau ikut sunnah nabi kita, kedudukan mengiring
ke kanan adalah better, sebab jantung tidak menanggung beban peparu yang
menghimpit berbanding tidur mengiring ke kiri. Lagipun sunnah nabi kan.
Aku pun lebih selesa tidur ke kanan sebenarnye, tapi kenapa
ek doctor lebih sarankan tidur ke kiri? Somebody? Mungkin ada sebab lain? Do
share with me please.
Terima kasih kerana sudi blogwalking.
May 30, 2014
Mommy to Be: Rahim Mengeras atau Kejang
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kandungan sihat2 jer. And baby kuat menendang dan respon lagi-lagi
kalau dengar suara ayahnya bercerita. Syukur.
Semenjak dua ni selalu sangat rasa rahim mengeras/kejang.
First time kena seawal bulan keempat. Masa tu pelik jugak kenapa tiba2 keras
macam contraction, tapi tak sakit. Dalam 1-2 minit lepas tu hilang sendiri.
Seminggu tu kadang 2 3 kali jer.
Tapi kali ni usia kandungan dah menginjak ke 27 minggu
(kandungan sebenar 25 minggu), rasa kerap jugak, lagi-lagi kalau baring
mengiring perut tak dialas dengan bantal nipis, ataupun duduk sandar tapi
terlampau bongkok (badan tak tegak). Memang akan mengeras rahim tu.
Ada satu ketika tu aku sengaja baring/duduk dalam kedudukan
yang sama, konon nak eksperimen betul ke tak posisi ni membuatkan rahim aku
mengeras. Ternyata memang betul posisi aku tak betul yang menyebabkan rahim
mengeras.
Bila aku surf internet cari info apa sebab mengeras/kejang,
seriau pulak baca sebab kebetulan info2 yang aku baca tu adalah tanda2 nak
bersalin. Tapi rupanya tidak. Tak semestinya tanda bersalin.
Rahim yang
mengeras/kejang adalah simptom2 nak bersalin KALAU disertai dengan rasa sakit.
Lepas tu sakit tu continuous.
Apa yang aku alami ni rupanya adalah Braxton Hicks. Braxton Hicks ni kerap berlaku apabila kandungan
meningkat terutama di trimester ketiga. Antara lain punca Braxton Hicks adalah:
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senam atau bawa barang
4. Perut penuh
5. Mengurut
6. Semasa atau selepas hubungan suami isteri
7. Dehidrasi
Setiap orang akan alami pengalaman Braxton Hicks
berbeza-beza. Ada certain pregnant mommy rasa di bahagian tengah perut hingga
ke ari-ari dan ada juga sakit sampa kejang kaki dan sakit bahagian
pinggang.
Syukur setakat ni pengalaman aku kena Brixtion Hicks taklah
sakit mana, cuma perut tu rasa tegang sesangat dan tak selesa. So cara aku
kurangkan rasa tegang tu, aku tukar posisi badan. Kalau masa mengeras tu aku
tengah baring, aku angkat kaki (lipat bahagian lutut) dan usap2 perut.
Alhamdulillah kurang sikit tegang tu.
Masa rahim mengeras ni tak boleh gerak terlalu pantas, risau
kalau tersalah movement terkoyak otot ke menyesal pulak nanti. Haha..
Di bawah ni ada tips sikit macam mana nak kurangkan rasa
ketidakselesaan peurt kalau terjadi Braxton Hicks. Aku refer dalam blog dan
web2 pregnant mommies lain. Harap info ni membantu:
2. Rehat lebih lama
3. Minum air kosong dengan banyak, air yang banyak dapat kurangkan pengecutan otot yang mengundang kepada Braxton Hicks
4. Baring mengiring
5. Buang air kecil dengan kerap
6. Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Tempoh tarik nafas mestilah lebih pendek daripada menghembus.
Setakat ni entri kali ni. Hope dapat membantu mommy2 to be yg alami keadaan yang sama.
InsyaAllah aku akan update entri berkenaan posisi tidur pulak.
Assalamualaikum.. :)
May 29, 2014
Mommy to Be: Keputihan Masa Mengandung
Assalamualaikum..
Masalah keputihan ni memang tak dapat elak sejak start
baligh sampai ke fasa nak jadi mak-mak ni.
Masa mengandung pun ade jugak keputihan. Lain orang lain
peringkat keseriusan keputihan tu.
Masalah keputihan aku pada kandungan kedua ni sama je macam
masa mengandung first dulu. Kadang2 fobia sebab takut tu salah satu punca aku
gugur dulu.
Biasalah kalau pernah gugur, macam2 andaian dalam kepala otak ni
asyik terfikir je apa punca terjadinya gugur. Takut sangat berulang lagi.
Aku pun banyak kali tanya nurse di KK nak leraikan
kerunsingan aku berkenaan keputihan yang aku alami ni sebab setiap kali aku
penat kerja memang banyak keputihan lagi-lagi kalau naik turun tangga.
Kadang2 tu awal pagi belum pergi kerja pun ada. So nurse
tanya kaler n bau. Setakat ni tak de lah berbau n kaler putih biasa.
Nurse bagitau jangan risau sebab tu normal masa mengandung. Lainlah
kalau kaler coklat, kuning atau hijau, likat dan berbau busuk sampai kemerahan
n gatal, barulah refer pakar. Kalau dah sampai tahap tu means kena jangkitan
yeast and sebenarnya jangkitan keputihan yang teruk boleh menyebabkan
terjadinya kelahiran pra-matang, kecacatan dan keguguran. Nauzubillah.
Alhamdulillah so far tak de lagi simptom2 tu. And nurse nasihat
pastikan diri kita sentiasa bersih n make sure area sulit bersih n kering. Kalau
cebok tu, korek sikit dengan jari.
Keputihan tak boleh dihilangkan tapi boleh dirawat dan dikurangkan.
Kalau ikut petua MIL aku, die suruh makan bawang putih je bebanyak. Aku amalkan
jugak, Alhamdulillah membantu la jugak. Kurang sikit keputihan tapi mengundang
bau badan le pule. Ade mom to be yg amalkan makan yogurt, ade jugak pakai pembersih
wanita.
Aku pernah dengar pembersih wanita tak elok pakai masa mengandung,
sebab kandungan pH dalam tu pun boleh mengubah pH normal kita. Some more, takut
ketat pula miss V, karang susah nak bersalin camno? Hahaha sampai ke situ pulak
pikir.
Selain tu, tips lain nak kurangkan keputihan yang aku dapat
di tenet adalah:
1. Jangan guna tampon sebab bakteria baru akan datang berkampung
2. Jangan basuh kemaluan dengan air sabun sebab boleh
mengganggu keseimbangan pH normal n bakteria baik yang sedia ada dalam faraj
Kepada readers yang ada pengalaman keputihan masa mengandung,
sila lah share sikit apa pencegahan dan cara korang deal dengan keputihan ni dalam
komen yer..
Terima kasih.
May 25, 2014
Mommy To Be: Balik Hometown, Shah Alam! Yayy!
Alhamdulillah kandungan dah menginjak ke 26 minggu (usia
sebenar 24 minggu).
Baru2 ni balik ke Shah Alam lawat abah n mak.
Al kisahnye
last month abah kena tahan wad seminggu sbb doctor detect abah lemah jantung.
Risau keadaan abah masa tu n aku xberkesempatan nk balik tengok abah.
Abah ckp
jgn risau sbb abah kat hospital rilex je xde sakit pape.
Duduk wad enjoy je
siap bole lawat pesakit2 katil lain.
Tapi aku tau abah saja ckp cmtu sbb xnk
aku risau.
Aku pulak siap nangis2 kat sini risaukan abah.
Nasib ade mak
n adik beradik lain yg urus n teman abah kat hospital.
Hari2 aku mesej diorang
nk tau keadaan abah. Selang sebulan lepas tu baru la kami dapat setting nk
balik. Bukan apa, sebelum tu memang aku nak balik jumpa mak abah at least
sekali sebelum deliver.
Tapi hubby kena setting betul2 masa cutinya. Lagipun
masa tu ada program ceramah perdana ustaz Kazim Elias.
Hubby pulak terpilih
sebagai Ajk yg mengiring Ust. Last2 minit kalau nk tukar org memang sukar.
Alhamdulillah selama seminggu abah happy je kat wad makan ubat on time.
Keadaan abah pun stabil n xde komplikasi lain, so Doktor bagi discharge. Cuma Doktor bagi surat susulan utk buat appointment rawatan lanjut di IJN.
Di rumah, mak abah rajin tanya keadaan aku n baby kat sini. Setiap
kali aku call n mesej, diorg akan tanya keadaan aku n baby.
Atuk n Nenek tak
sabar kot nk menimang cucu kedua. Hehe maksud tersirat di situ adalah diorang
teringin nk tengok baby bump aku live depan mata hehe.
So aku n hubby decide
nak balik n family di sini pun encourage suruh balik. Dah lama tak balik. Last time balik Nov 2013 sbb adik aku, Dila kawen.
Furthermore, kepulangan aku n hubby ni adalah untuk ambil peluang minta maaf pada mak abah n minta diorang doakan yg baik2
sepanjang aku pregnant n masa deliver nanti.
So balik lah aku n hubby ke Shah Alam secara senyap konon nk
buat surprise.
Aku minta adik aku Dila n Ain komplot minta mak buatkan nasi
impit kuah kacang n ayam masak betawi. Tekak ni tringin sangat sampai dah terasa-rasa kelazatan masakan mak tu semenjak dua ni.
Aku minta adik2
aku berlakon kononnya ada kawan dari jauh nak datang melawat abah.
Haha petang
khamis aku n hubby smpai KLIA. As always hubby minta bestie dia jemput.
Xnak susahkan Dila or Ain. Lagipun diorang kan sibuk menjayakan lakonan di rumah.
Sampai depan pintu rumah kami
bagi salam. Nak tau ape reaksi mak yg tak ready pakai tudung?
Kelam kabut mak
bangun cari tudung sarung.
Instead of jawab salam, mak cakap "Kurang
asammmmm........." sejurus nampak kami berdiri depan pintu.
Hubby ketawa
ja tengok mak tekejut smpai cmtu haha.. Aku happy sbb mak n abah seronok tengok
kami dtg x dijangka.
Syabas Dila n Ain kerana berjaya sebagai pelakon merangkap
pengarah lakonan hehe.
Malam tu aku n hubby berhabis makan makanan mak masak.
Yess!
Merasa jugak makanan tradisi hari raya. Aku saja request sbb aku n hubby akan
beraya di Sandakan lagi tahun ni mcm thn lepas.
Tahun lepas x dapat beraya d Shah
Alam sbb teringin nk beraya 1st as wife d kampung halaman hubby.
Nampaknye
tahun ni pun beraya lagi di sini sbb sarat dah masa tu 35 minggu.
Sepanjang di Shah Alam aku n hubby betul2 menghargai masa2
yg ada untuk bersantai borak2 ngn mak abah.
Kalau kat Sandakan xde masa nak lepak
santai. Pukul 8 kerja pukul 5 balik, malam penat n tido.
Kadang nak lipat baju
sendiri pun makan masa 2 3 hari berkepuk baru terlipat baju tu. Hujung minggu
pun sibuk dengan program2 n aktiviti kerja. Di Sandakan ni pukul 9.00 mlm dah
mengantuk.
Automatik landing atas katil n terlelap. So kat sini xde masa nk berjimba
sgt mcm kat semenanjung. Semenanjung pukul 1 pagi pun fresh lagi. So kat Shah
Alam la masa nak leisure.
Antara tujuan lain kami balik Shah Alam pun sbb nak lawat
adik ipar baru operate di bahagian perut sbb masalah usus terlipat sampai bernanah. Alhamdulillah operation selamat n adik ipar kuat n skrg dlm proses penyembuhan luka.
Kebetulan adik ipar berehat di kampung yg mana satu
kampung jugak dengan nenek belah mak, so kami ambil peluang jugak balik kampung
lawat embah (nenek) n wak (pakcik n makcik) di sana.
Best sangat dapat tengok sawah bendang
menghijau. Syukur dapat berjalan bawak hubby n jalan2 area kampung.
Sebenarnya, ada cerita lain disebalik kandungan aku yg kedua
ni.
Doctor tak bagi berjalan sangat sebab kandungan aku berisiko.
Nanti aku
akan update entri pasal kandungan aku. Haha aku n hubby siap berjalan lagi
pergi Setia City Mall. Excited sbb first time ke sana.
Apa2 pun, aku banyakkan
berdoa semoga Allah melindungi kami dan baby dalam belly ni.
Mama tau baby kuat
macam mama n ayah. Mama n ayah sayang baby tau.
Baby sentiasalah berkomunikasi
dengan mama ayah ya.
Kalau nk tendang freekick n guling2 100 meter pun mama
sanggup, at least mama n ayah tau baby sihat n happy.
Subscribe to:
Posts (Atom)


