January 20, 2015

Review Diapers Aryan



Assalamualaikum..

Masa Aryan newborn dulu memang diaper yang aku selalu fikir. Nak pakaikan diaper brand apa, sesuai ke tak dengan kulit Aryan, kalau Aryan tak ngam dengan diaper tu rugi pulak kalau dah beli banyak. Haha excited sangat dulu, ikutkan hati nak beli semua brand kat supermarket tu. Lagi2 diaper yang comel2 n bercorak2. Geram tau. 

Tapi fikiran waras mengatasi nafsu, syukur for that. Aku pun google dulu brand apa yg bagus dan sesuai untuk anak kita. Sebab tak semestinya brand yang kita beli tu ngam dengan kulit baby, kena try and error dulu, sebab kandungan bahan material dalam diaper tu boleh menyebabkan kulit baby jadi merah dan ruam. Kalau baby jenis kulit sensitif memang tak tahan sehari pakai diaper. Rugi la kalau dah beli sekali banyak kan. Kita pun bukan tau sangat jenis kulit baby kita macam mana. Even mak bapak jenis kulit kebal, tak semestinya baby pun ikut kebal. Lagi2 newborn baby, memang kena jaga betul kulitnya.

Alhamdulillah baby Aryan kulit tak sensitif pakai apa pun brand diaper, tapi rupanya Aryan ni sensitif dengan seafood. Pernah aku makan sotong (jemputan di rumah makcik) and udang (restoran seafood). Balik rumah, bf Aryan, terus naik ruam satu kepala. Penuh kepala botak dia dengan ruam merah. Tergaru2 anak aku. Kesian sangat. Dahla tangan pendek comel, nak capai atas kepala pun tak sampai. Haha. Aku tolong la garukan pakai napkin. Sapu lembut2 kulit kepala dia sampai dia tertidur. Nasib baik ruam tu tak membawak ke bahagian lain badan. Kalau sampai ke tempat sulit, tak ke naya. Fuh.. 

Berbalik pada cerita diaper, aku dah try pakaikan Aryan brand Pureen, Hey Baby!, Diapers Wee Wee Dry, Diapex, Petpet, Drypers Drypantz dan Huggies Dry. Haa ni la nak share sikit ape pro and cons diapers ni. Haha kelasss kau, buat review pasal diaper. Anak baru 5 bulan. Tak kisahla berapa bulan, berapa tahun. Yang penting, niat aku ikhlas nak bantu mommies out there yang masih kebingungan nak pilih yang diaper mana untuk baby. 

 Semangat beli macam2 jenis diaper sebab nak try mana elok untuk Aryan
Pureen

Masa Aryan baru lahir, aku try Pureen Newborn. Sebab masa tu nak cepat check in hotel (read: ward) tak sempat nak pilih2 yang mana bagus, rembat terus and masukkan dlm beg. Kulit Aryan ok, tak de ruam. Tapi pakaikan dua tiga kali je sebab takut tersangkut tali pusat dia. Aku pakaikan lampin kain yang putih tu. Kencing n berak dia kan banyak. Boleh kata 10 kali tukar lampin untuk first 1 week. Sampai la tali pusat jatuh, baru la sambung pakai diaper Pureen. Alhamdulillah kulit Aryan tak de rashes even pakai lampin jenis kain tu. 

Aku suka corak diaper Pureen ni, comel. Permukaan dalam sederhana lembut. Penyerapan pun ok. Biasanya aku pakaikan Aryan untuk tempoh 3-4 jam. Bila kencing banyak, diaper jadi berat n sedikit berkuwap. Pureen ni pakai tape jenis lekat, kadang2 bila tarik tape tu, terkoyak sikit diaper tu. Tapi tape Pureen ni tak sekuat Hey Baby!. Harga sangat affordable. Since aku dok sabah, harga pun ikut harga sabah la. Saiz M35, Rm17.90. So harga 1 diaper adalah Rm0.51. 

Hey Baby!

Hey Baby! best jugak sebab selama Aryan pakai tak de masalah ruam. Dua bulan Aryan pakai saiz S Hey Baby!. Penyerapan standard macam Pureen jugak. Permukaan dalam sederhana lembut. Tape dia maha melekat oi. Kalau dah terkoyak tu memang tak boleh pakai dah. Harga Hey Baby! Saiz S58, Rm 18.90. 1 diaper, Rm0.32. Murah giler noks. 


Recently aku belikan Aryan saiz M, annddd guess what? Aryan xde rash pun. Aku tengok diaper ni breathable, bila dah bulky dgn air kencing, ade ruang sikit kat bahagian tepi celah kangkang tu. Allow air flow la kiranya. And tak bau hancing pun bila penuh. So far puas hati. That means aku akan stick dgn Hey Baby!. Cuma isu pelekat je masalah. Kalau diorg upgrade velcro kan best. 



Drypers Wee Wee Dry

Suka design Drypers sebenonye, sebab tu try. Excited sangat sampai terbeli banyak saiz S. Aryan patutnye dah kena pakai saiz M tapi terpaksa habiskan jugak saiz S. Cara nak habiskan, pakai 2-3 jam je pastu tukar. Hehe. Pelekat Drypers ni design Velcro. Bukan tape yang melekat tu tapi perekat. Banyak diaper sekarang pakai perekat sebab senang, kalau terbukak banyak kali pun bole lekat balik. Permukaan dalam agak kasar, dan diaper ni agak tebal berbanding diaper lain. 

Aryan kalau pakai lama memang berkuwap and merengek mintak tukar cepat. Yang bagusnya, bahagian dalam sisi diaper yang bergetah tu mencengkam kemas pada peha baby. So kurang masalah bocor. Tapi disebabkan cengkaman tu padu, kurang pulak air flownye. Aryan jadi rimas. Sebab tu baby Aryan tak tahan pakai lama, lepas kencing and berak mesti mintak tukar. Tak kisahla baru pakai setengah jam atau sejam, kalau dah berak memang kena tukar. Dah tukar baru Aryan diam. Ada sekali tu bebird Aryan kena ruam sikit. Mungkin dah tiba masanya untuk Aryan try brand lain. Ececeh..ayat tu sebenarnye mama Aryan yang excited nak try lain. 

Corak Drypers yang fascinating membuatkan aku malas nak pakaikan Aryan seluar sebab corak Drypers tu sendiri cantik dah boleh jadi cover seluar. Hahaha boleh pulak gitu J and some more, Drypers boleh kumpul points, sampai cukup point boleh redeem gift best2 dan cute2. Macam sample diapers, sample baby bath, baby talcum, toys dan macam2 lagi. Kena setia dan istiqomah dengan Drypers la kalau nak gift2 tu. Setakat ni aku tak sampai lagi point untuk redeem gift. Hihi. Harga Drypers saiz M28, Rm18.89. Satu Rm0.61.


Diapex

Yang ni aku sangat berkenan sebab comel corak diapernya. Ada gambar haiwan cute2. Diapex ni pun pakai perekat Velcro. Permukaan dalam sederhana lembut, tapi nipis. Kadar penyerapan ok2 jugak. Agak berkuwap sebab bila Aryan pakai masa tido malam, and diaper penuh, Aryan akan resah. Tidur tak lena. So kena tukar. Malam2 adela 2 atau 3 kali tukar. Agak berbau hancing jugakla kalau dah penuh. Tapi saiz M Diapex ni agak kecik berbanding brand lain. Hmmm. Aku dah terbeli 78 keping, so cecepat habiskan. Getah sisinya bagus jugak macam Drypers. Kurang bocor. Harga M78 Rm 31.99. Satu Rm 0.41. Di Sabah, harga Diapex adalah yang paling murah. Tapi di semenanjung mahal kot. 

Sorry tak sempat ambik gambo :p
Petpet

Aku try Petpet ni sebab ramai mommies cakap bagus n puas hati, selepas Mamypoko dan Huggies. Permukaan diaper Petpet adalah paling lembut antara brand lain. Saiz diaper agak besar untuk saiz M. Perekat Velcro, which is good, tapi corak kartun tak semeriah Drypers dan Diapex. Hahaha boleh pulak aku bandingkan corak kan. Tengok, mamanya sangat mudah terpengaruh dengan kartun. Kartun pada diaper sangat memberi impak kepada kelarisan produk tau. Haha. Petpet bila dah penuh, bau hancing agak kuat. Harga Petpet di sabah boleh kata murah, M80, Rm38.99. Satu Rm0.49. 


Drypers Drypantz

Diaper ni sangat senang n mudah masa nak pakaikan. Sarung je. Tapi leceh masa nak cebokkan baby sebab bila dah bukak bahagian tepi diaper ni (koyakkan je), tak boleh nak bungkus diaper tu balik. Kalau diaper perekat kan boleh balut n bungkus elok2 supaya tak berbau. So seperti yang aku cakap, ada pro and cons. Aku pakaikan Aryan diaper ni time siang je. Malam aku tak pakaikan langsung, sebabnya, bila Aryan rimas bangun tengah malam, aku akan tukar diaper dia dalam keadaan lampu bilik yang suram. Suram2 tu mane nak nampak sangat kat mana najis, kat mana wet tissue. Dengan tak boleh lekat balik, silap2 tangan tercalit najis tak perasan bawak ke tidur sampai esok pulak. Huhu. 

So that’s why aku prefer drypantz ni siang, pengendaliannya memerlukan fokus yang tinggi dan kerja yang cermat! Haha. Getah yang memegang pinggang baby tu lembut. Tak ketat pun. Tapi bergantung jugak saiz baby la. Kalau baby bambam nampak ketat sikit. Tapi still boleh kata comfort sebab getahnya jenis getah lembut yang melekap just nice dengan pinggang baby. Corak diaper ni pun cute, ade gambar kucing depan belakang. Harga untuk saiz M28, Rm 20.90. So satu diaper Rm0.75. 


Huggies Dry

Ramai mommies review Huggies pun bagus, so aku try untuk Aryan. Permukaan dalam agak lembut. Tapi agak nipis sikit. Perekat Velcro. Bila Aryan pakai, aku setuju bahawa Huggies Dry ni memang bagus sebab even Aryan kencing banyak, sampai penuh and bulky diaper tu, Aryan tak rimas. Bebird dia pun takde masalah ruam. Tengok Aryan pun selesa. Malam2 masa tido pun aku akan pakaikan Huggies Dry. Sebab boleh tahan 4-5 jam sampai siang. Bila penuh, tak berbau hancing sangat. 

One thing about Huggies ni, getah bahagian sisi yang memegang peha tu tak berapa ketat macam Drypers. Thus, memberikan air flow yang baik. Aryan tahan pakai lama sebab tak berkuwap. Tapi dari sudut lain pulak, najis Aryan mudah leak lagi2 bila Aryan poopoo dalam posisi mengiring. Berapa kali dah leak sampai tembus kena baju T_T. Namun aku tak kisah, tengok Aryan selesa, takde masalah, dan disebabkan aku suka dengan prestasi Huggies, maka buat masa ni aku akan stick dengan Huggies Dry jugak. 

Dah nama pun dry, mesti teknologinya lebih kepada dryness kan. Bila Aryan poopoo and lambat tukar, memang Aryan merengek sebab najisnya kering kat dalam tu. Penyerapan sangat pantaas dan bagus sampai jadi kerepeng najis tu. Haha. Ops sorry ye aku direct je storytelling. Sapa yang tengah makan sambil baca blog aku, mintak maaf awai2 no :)

 



Kesimpulan daripada try and error diaper Aryan semua, aku dapat concludekan bahawa, setiap brand pun ada kelebihan dan kekurangan. 

Contohnya, kalau nak elak leaking, tak boleh kata brand sekian2 bagus dan anti-leak, sebab bergantung kepada cara kita pakaikan pada baby. Kalau kita pakaikan longgar, baby bergerak aktif, posisi tak ngam, brand bagus macam mana pun still boleh leak. Kalau nak elak bau hancing, apa2 brand pun akan bau hancing jugak bergantung kepada banyak atau sikitnya kencing anak tu. 

Bagi aku, yang penting baby tak de masalah rashes cukuplah. Mahal ke murah ke belakang cerita. Every mommy nak yang terbaik untuk anak2 kan. Sama juga dengan aku. Ikut nafsu curiosity aku ni, nak jugak try Mamypoko yang orang dok kata sangat best tu. tapi untuk apa belanja mahal2 kalau kita boleh dapat yang murah dan sesuai untuk baby kita kan. Kalau anak tu sesuai pakai brand paling murah pun apa da hal, selagi kulitnya sesuai dengan brand tu, teruskan. 

Peringatan untuk diri sendiri, ibu hebat adalah ibu yang pandai berjimat! Hehehehe. Kalau nak cerita jimat, baik pakai Cloth Diaper je kan? Haaa tapi aku jenis express mommy. Acane? Alahai. ^^, 
Hehe. Terima kasih sudi baca. Meh la share info pasal diaper. :) 

 

January 1, 2015

Situasi Awkward Tapi Sweet


Sambil lepak di bilik tengok channel National Geography.

Me: Syg, tukar channel lain lah. (berehat sambil bersandar di tepi katil)

Hubby: Aaa? (tanya tapi mata menghadap handphone membalas Whatsapp)

Me: Tukar channel lain...

Hubby: Picit kepala?

Me: Tukar channel lain...

Hubby bingkas bangun dan merapat ke arah ku sambil picit kepalaku.

Dan bertanya, "Picit sini kena?" Sambil tanya point-point kepalaku yang dipicit.

Me: ..........

Happy New Year!


November 20, 2014

Jangkitan Telinga Baby Aryan

Assalamualaikum.. 

Teringat saat2 Aryan kena selsema. Masa tu aku n hubby kena selsema dulu. And Aryan masa tu baru 2 minggu. Aku risau jugak kalau Aryan terkena selsema tapi tak jugak. Tapi bila Aryan tidur aku dengar nafas dia macam tersekat n ade bunyi srottt srottt bila dia tarik nafas. Tapi bunyi tu sekejap je. Dalam 3 – 5 kali bunyi pastu takde.

Lepas sebulan umur Aryan, aku balik umah mak abah kat Shah Alam utk sambung berpantang kat sana. Happy bukan alang-alang berpantang kat rumah sendiri disisi mak abah memang selesa. Sepanjang tempoh nak habiskan pantang mak masakkan makanan. Heaven. Sedapnye masakan mak. Hilang rindu.

Di Shah Alam aku stay umah sewa adik aku which is sebelah umah je dgn umah mak abah. Siang aku akan bawak Aryan ke umah mak abah, mandikan Aryan, tidokan Aryan semua kat umah mak abah. Pukul 7 pagi lepak umah mak abah. Pukul 10 mlm baru balik umah sewa adik. Macam tula rutin hari2 sepanjang sebulan setengah kat sana.

Satu malam Aryan tiba2 merengek, pukul 9pm aku dah balik umah sewa ready nak tidokan Aryan. By 12 mlm Aryan still merengek, lama-lama rengekan dia kuat, macam sakit. Aku risau, aku panggil mak minta datang rumah sewa n tido sama2. Mak baca2 surah n ayat kursi. Pukul 2 am Aryan tido tapi tak lama. Kejap2 je. Pastu menangis lagi. Sedih. Tak tau nak buat apa dah. Tapi bila siang Aryan ok. Tak nangis, tak merengek. Masuk malam je start nangis balik. Hari kedua pun sama. Dalam pukul 4 pagi aku call mak. Cian mak mamai2 datang tengokkan Aryan. 3 hari 3 malam Aryan macam tu. Aku bagitau mak abah kalau lepas hari ketiga still rengek aku nak bawak jumpa Ustaz takut Aryan kena ‘kacau’ or kena gangguan. 

Ada satu malam tu Aryan nangis kuat sangat, aku perasan telinga Aryan berair. Aku bagitau mak, mak cakap tu la sebabnye kot dia nangis. Actually aku dah perasan lama dah telinga dia berair sejak dari Sabah lagi masa Aryan selsema tu. Tapi aku tak kisah telinga dia berair sebab aku bajet akan ok sebab kat Sabah pun ok lepas beberapa hari. Rupanya aku silap. Sedih n rasa bersalah sangat sebab take for granted sakit2 baby ni.

Aku bawak Aryan jumpa Doc, Doc cakap Aryan kena jangkitan telinga disebabkan selsemanya. Patutla. Baru aku faham. Aku baca info pasal isu ni, hidung baby baru lahir ada kaitan dengan telinga.  Disebabkan jarak antara hidung n telinga tu dekat, bakteria dari hidung pergi ke telinga. Sebab aku perasan cecair kat telinga Aryan tu kaler hijau kekuningan n likat. Kesian sangat. Banyak cairan tu meleleh n berbau. Aku pun tak tahan bau dia. Patutla bila kami cium pipi Aryan sebelah kiri macam ada bau. Rupanya daripada telinganya. Ya Allah, berdosanya aku terhadap anak aku. T_T

Disebabkan Aryan masih baby, Doc xbagi ubat selsema or ubat titik telinga kanak2. Doc hanya bagi antibiotic untuk Aryan. Cian baby aku kecik2 kena makan ubat. Sampai poopoo dia pun bau antibiotic. Di samping tu, aku sentiasa alert dengan telinga dia. Lepas mandi mesti aku bersihkan pakai cotton bud. Bersihkan bahagian cuping telinga, belakang telinga n dalam telinga. Alhamdulillah dalam 5 hari cecair likat tu hilang. Berkat, ubat, susu mama n dengan izin Allah. Syukur. 

Itu cerita masa Aryan berusia dua bulan..


13 November Aryan genap 3 bulan.
 Alhamdulillah Aryan dah pandai niarap. Aryan ni jenis lasak n usaha kuat. Terkejut jugak 1st time tengok dia niarap. Setahu aku Aryan usaha ngiring2 je. Tapi minggu lepas adik ipar cakap Aryan dah pandai niarap. Aku ingat adik ipar tolong tiarapkan Aryan. Bila dah berlaku depan mata, excited pulak aku tengok :)  

Aryan dah pandai pegang barang bila diletak kat atas dada. Tak kisahla, kain ke, toys ke, tangan mama ke. Apa saja. Cepat pulak barang tu sampai ke mulut :) 
Ishh baru perasan toys hijau tu bentuk puppy. Kena exclude dari stok mainan Aryan ni. 

Di bawah ni aku share sikit info berkenaan jangkitan telinga. Copy paste je J

Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesemaalergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah. 

Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan. 

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut.

http://www.babycenter.com.my/a1045601/jangkitan-telinga#ixzz3KGvEbQ8E


Terima kasih sudi baca. rerajinla tinggalkan komen ya :). 


November 13, 2014

Parut Lepas Bersalin

Assalamualaikum..

Masa mengandung dulu aku jaga betul perut. Tak nak ade stretch mark aku sapu minyak Bio Oil. Setiap kali lepas mandi tak miss. Yeayy.. nampaknya perut memang tak ada kesan merekah.

Tapi yang aku nak mengamuk, belek2 body depan cermin, rupanya stretch mark timbul kat tepi! Area pinggang dekat pinggul n peha lagi2 kat belakang peha n betis. Area yg memang aku tak terduga akan ada rekahan. Uurrrghhh! Tension.

Tu masa gendut2 dulu. Sekarang on the way nak slim ni kulit yg ade rekahan tu gatal2 pulak. Memang normal eh?? Gatal betul. Sedap je garu. Takut sedap2 garu karang berparut pulak kesan luka.

Lain cerita, memang betulla kalau bf cepat turun berat badan. Mudah mudahan aku dapat capai target berat macam sebelum preggy. InsyaAllah.

1st Night with Baby Aryan

Assalamualaikum..

Entri ni aku sambung sikit daripada entri Pengalaman Bersalin Czer n what its like being a mom for the first time.


Lepas operation aku ditempatkan di wad close to nurses counter so that dorang boleh monitor progress patient. Aku tak dibenarkan bangun atau angkat kepala within 6 hours. Sebab ubat bius masih ada n takut kalau terbangun akan effect muntah or headache yg teruk.

Pukul 4.30ptg masa melawat tapi hubby dapat masuk awal sbb wife baru keluar OT. Sementara hubby layan baby, aku gerak2 kaki n main2 jari tapi tak rasa langsung kaki tu. Dalam pukul 5-6 ubat bius dah start menghilang n lama2 aku dpt rasa kaki. And tak syok sbb tiub kencing masih melekat. -_-'
Luckily tak ngilu mcm sebelum operate. Tapi still tak selesa.

By 7.30 ptg aku dah dpt move kaki. Aku try duduk n pegang baby. Perut masih rasa kebas. Bius dekat perut memang kuat sebab kulit perut langsung tak dpt rasa sentuhan bila aku pegang n garu2 kawasan tu. In fact, lepas dua bulan still kulit perut masih kebas. Betapa kuat Doc bagi bius tu.

Alhamdulillah lepas 6 jam aku dapat berjalan ke tandas. Aku paksa diri berjalan sbb nak tunjuk kat nurse yg aku ok n stabil. Dengan harapan bile nurse tengok aku boleh jaga diri nurse akan cepat2 bukak tiub salur kencing tapi tidak. Nurse ckp tggu Doc check progress aku n that means esoknye la baru dpt bukak. Arrghh..

Aku bagitau nurse nak balik ke katil aku di 2nd class. Aku berjalan dari wad reramai ke wad aku. Perut rasa sakit2 mcm senggugut. Aku tunggu2 jugak kot2 sakit menusuk mcm certain mommies yg lain. Tapi alhamdulillah tak.

Baby Aryan tido je sepanjang 3 hari kat wad, tak bangun minum ke baby ni? Aku risau dia lapar n meraung. Tapi tak jugak. Setakat rengek2 pastu tido. Mungkin lapar tapi tak dapat susu pastu tertido balik.

Aku pulak dirudum stress sbb susu tak keluar. Adela satu dua titik pastu aku calit kat mulut baby.
Sedih bila tengok baby rengek lapar tapi takde apa nak bagi. Hubby dah bekalkan susu fm tapi aku tak buat sebab takut kantoi dgn nurse. Mil pun paksa suruh bagi je fm. Ntah. Aku confuse n blurr. Takut, sedih, stress.

Sampai la satu ketika ni bilamana baby Aryan tiba2 meraung menangis mcm kena pukul. Aku angkat n dodoi tapi tak nak. Bagi air masak nangis jugak. Usap2 badannya nangis jugak. Aku takut. Bingung. Tertekan. Nak nangis. Masa ni aku teringat mak. Hubby. Sedih. Aku dukung baby Aryan sambil mundar mandir wad. Kakak katil sebelah (Kak Sabrina)  bangun n tolong aku check baby. Kak Sabrina dah ade 2 baby n this coming baby will be the 3rd la. Kak Sabrina bukak baju baby, rupanya sebab barut. Barut baby tu jenia strip zip n bahagian strip yg keras tu kena kulit baby Aryan. Bila aku lipat n bahagian tu n pakaikan baju baby Aryan baru dia diam. Kesiannya anak mama. Aku nangis sambil pujuk baby. Say sorry to baby. Serius aku bersalah sangat. Bersalah sebab naif n tak tau apa2 pasal baby. Cara handle n urus baby.

Itulah saat2 genting yg pada aku paling menggelabah dlm hidup aku. Bila fikir2 balik, nak jaga baby bukan sehari dua. Aku xpatut rasa stress, down, putus asa n gabra. Kena buang perasaan tu. Nak tak nak aku kena juga hadapi situasi2 sukar urus baby. Dari situlah kita faham baby kita. Later on kita akan biasa n tahu jenis rengekan baby n apa yg baby nak hanya dengan mendengar rengekan tu.

Sekarang baby Aryan dah genap 3 bulan. Happy 3 month sayang. Baby Aryan tengah struggle nak meniarap. Suara pun makin kuat. Pagi2 pukul 5 rajin kejut mama ayahnya solat subuh.


Alhamdulillah. Next entri InsyaAllah berkenaan selsema Aryan membawak ke telinga. Kesian anak mama.


November 9, 2014

Pengalaman Bersalin Czer

Assalamualaikum.. :)

Dah 2 bulan setengah beranak :) baru nak hapdet :)

Child's Name: Airyl Aryan bin Mohammad Khairol Joharie
Gender: Boy
Time of birth: 12.16 pm
Date of birth: 13th August 2014

Ogos 2014
Dah sebulan rupanya aku dok wad. Lepas cuti raya, nak balik ke hospital rasa malas sgt. Setiap kali admit wad, kena cucuk tangan pasang drip, amik darah, buat ctg. Itulah rutin yg mesti dibuat utk mommies yg hadapi PP Type 4 mcm aku.

Dan setiap kali kena drip, aku tension, bukan ape, sakit kena cucuk berulang kali lagi2 kalau Doc yg xpandai cari urat aku yg buat drip tu. Sakit hati. Jiwa ni meronta tak nak pasang drip. Tapi Doc kata wajib sebab takut tetibe kena operate. Maklumlah PP Type 4 ni kan bole bleeding anytime.

Aku membebel dalam hati, bukannya aku bleeding pun skrg. Nantila kalau dah bleeding barula pasang drip. Boleh tak? Haha. Tapi soalan aku tak berjawab. Sebab dalam hati khennn..

By the time aku type post ni, Aryan tengah menceceh kat sebelah. Hehe. So sweet. Pastu rengek mintak perhatian. Aku selang selikan menaip sambil gomol2 Aryan.

13 Ogos 2014
Pagi tu macam biasa hubby datang melawat sebelum pergi kerja. Masa melawat dari 6pagi hingga 7pagi. Biasanya Doc akan datang pantau tanya khabar setiap patient pukul 9 pagi. Tapi ada Doc muda semangat round pukul 7 pagi. Melihat Doc tu buat aku letih. Letih dok wad tiap minggu. Tak sabar rasanya nak keluar wad. Tak sabar nak pangku peluk cium baby sendiri.

Tetiba aku cakap kat hubby, "Bole tak mintak Doc cepatkan tarikh deliver?" Haha. Hubby pun tertanya2 jgk benda yg sama. "Tryla tanya Doc kot2 bole".
Actually Doc dah set tarikh aku operate 18 Ogos 2014. Dan sebenarnya aku tau, memang tak bole request nak cepatkan or lambatkan tarikh. Nak menunggu 18hb tu mcm lama je walaupun jarak hanya beberapa hari.

Lepas hubby balik, aku terlantar malas atas katil. Doc muda tu menghampiri katil aku n tulis laporan harian tentangku. Soalan biasa ditanya, "Ade pening tak? Ade rase nak muntah tak? Ade bleeding tak?" Jawapan aku pun mcm biasa, "Tak, tak, tak".

Lepas Doc tu keluar wad, aku turun katil nak ke tandas. Masa turun katil aku rasa mcm ade aliran keluar dari miss v, terus aku ke tandas check. Tengok tengok, brownish spotting. Aku tak terkejut pun, sebab last few days dah ade spotting tu. Mase first aku tengok spotting sebelum ni, aku report kat nurse tapi nurse cakap its ok, sebab spotting aku mase tu hanya setitik dua. Nurse suruh aku rehat and if still occurs, report to nurse balik.

Tapi kali ni spotting aku banyak, sebanyak satu tapak tangan. Aku terus report kat nurse, nurse suruh inform Doc pakar masa round check lagi.

Tak lama lepas tu Doc2 pakar round, n aku tunjuk tisu yg ada spotting. Doc tengok n terus aku dipanggil masuk bilik pantauan utk check ctg (jantung baby). Dalam bilik tu, Doc pakar decide aku kena operate hari ni jugak. Aku terkedu. Aku ingat tak de pape n aku bajet Doc suruh bedrest je tapi tak. Doc buat last scan, rupanya uri dah naik sikit tapi still xbole bersalin normal sbb daripada Type 4 jadi Type 3.

Kes aku di-refer as emergency czer. Aku didahulukan. Mommies lain yg sepatutnya scheduled operate hari ni ditangguhkan selepas aku selesai operate. Mcm tu la prioriti yg deberikan kpd mommies yg ada pp and bleeding.
Dalam hati aku bersyukur, yet aku gementar, gemuruh dan tak percaya.

Aku call hubby bagitau kejap lagi aku akan masuk OT. Hubby terkejut n blurr. Baru pagi tadi acah2 bestnye kalau dapat deliver cepat. Haa.. tuhan makbulkan terus hahaha.. Aku bgtau hubby operation ambil masa dalam 2 jam. Pukul 11pagi aku masuk OT, dalam pukul 2ptg insyaAllah keluar OT dan aku suruh hubby cari aku di wad kelas 3, sebab lepas operate, patient akan diletakkan di wad yg berhampiran dengan kaunter nurse so that kalau apa2 poblem or complication nurse bole tolong.


Di bilik pantauan, aku disuruh buka inner wear and pakai baju sarung kaler putih. Sebelum pakai baju tu, nurse insert tiub saluran air kencing. MasyaAllah, mase tiub dimasukkan, rasa ngilu sgt. Tak selesa sebab mcm rase nak terkencing, teran2 tapi xkeluar. Tak suke sangat perasaan tu. 

Aku disuruh baring atas katil utk disorong ke bilik bedah. Ya Allah serius seksa n xselesa tiub air kencing tu. Terasa macam menarik2 pundi kenaku keluar. Nasib baik masa operate nanti ade bius. Hilang la rasa ngilu tu nanti. 

Setelah aku report kat hubby, handphone aku serah pada nurse. Aku disorong ke bilik bedah. Sepanjang perjalanan ke bilik bedah, aku tak putus2 berdoa. Gemuruh dan risau kot2 ada complication masa bedah. Ishhh mana taknya, macam2 benda negatif aku fikir. Sebelum ni aku byk baca info pasal pp. Ada kes kena buang rahim gara-gara uri melekat, ada yg bleeding serius sampai koma, sedar2 effect otak, baby kesian tak dapat susu ibu, tak dapat belaian ibu. Nanges.
Tapi aku tawakal byk2, berserah sepenuhnya, apa yg akan berlaku telah ditakdirkan. Aku kena redha.

Sampai pintu masuk OT, ada beberapa org staff OT menunggu, dan ada katil khas kosong disisi aku, nurse transfer aku ke katil khas. Staff OT lain pulak bawa beberapa helai kertas yg aku rasakan tu lampiran perjanjian pembedahan. Dia tunjuk di helaian tu, “Ini nama siapa?” dan aku jawab “Nama saya”. Aku kena tandatangan di dua tempat. Dalam keadaan mcm ni manelah sempat aku nk baca semua tu, tawakal n tanda tgn je. Tapi ade nurse tu bagitau, kalau apa2 jadi if bleeding teruk, Doc akan top up darah yg berkemungkinan darah tu ada jangkitan. Aduh... aku tawakal.

Selepas 10 minit menunggu, barulah aku disorong ke dalam OT. Di kiri kanan aku diiringi Doc2 yg akan join dlm OT. Ada sorang Doc sebelah kiri aku, sambil jalan, dia introduce nama, n then dia brief sikit prosedur n apa yg akan berlaku masa operation nanti. Aku dengar je.

Dalam bilik OT, aku ditukar lagi ke katil operation. Katil tu ngam2 saiz badan. Saiznya macam kerusi duduk klinik gigi. Ada senarai melekat didinding, rupanya satu hari ni ada byk operation akan dijalankan. Aku tengok nama aku diatas sekali, di bawah ada lagi 4 5 orang. Doc2 bedah ni sempoi, tgh urus aku, setting drip, kain rentang, wire2 berselirat, diorang boleh layan radio, borak2 isu semasa. Mungkin diorang nak alih perhatian patient supaya tak nervous. Aku tak amik port pun. Pada masa tu pukul 11.45 pagi.

Fuhh..panjang betul mukaddimahnye, ok. Ni part operation pulak.

Aku disuruh mengiring ke kanan. Ohh aku agak ni lah proses nak membius. Belakang aku rasa sejuk2 Doc sapu antiseptic. Nervous tetiba. 

Biasanya Doc bius akan inject 2 kali di bahagian tulang belakang. Aku ready utk injection pertama, lama aku tunggu. Aku rasa mcm sejuk mcm jarum nak masuk kulit. Tapi tak sakit. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, injection kedua aku rasa menusuk. Aku terkejut n badan aku tersentak kedepan. Nasib Doc pegang aku. Tak sakit sangat. Boleh tahan. Sakit kena Dexa lagi pedih. Lepas tu aku dilentangkan semula. 

Lepas injection, dgn pantas Doc letak 3 kain rentang tebal di atas badan aku. Kain tu panjang, cover dari kaki sampai melepasi kepala, tapi yg lebihan kain tu Doc angkat dan buat penghadang di paras leher. Lebih kurang setengah meter tinggi. Ada hos angin panas mcm salur vacuum diletakkan atas dada aku. Utk overcome gigil sejuk. Kesan bius biasanya akan buat patient menggigil. 

Lepas 5 minit, aku dapat rasa kaki kanan aku panas, dan kebas. Aku main2 jari kaki. Lepas tu baru kaki kiri pulak kebas. Lama2 aku tak rasa aku gerakkan jari ke tidak. Bius dah berkesan. Ada dua Doc yg conduct operation aku. Sorang pmpuan, sorang laki. Doc pmpuan tanya ada rasa tak? Aku tak pasti. Haha sebab aku rasa macam dia sentuh kaki aku tapi tak tahu kat mana point yg disentuh tu.

Aku tengok jam masa tu pukul 12.00 noon. Mungkin Doc2 dah start hiris perut aku. Aku rasa mamai2 mcm nak muntah. Doc tengok aku mcm mabuk, terus Doc sediakan plastik disebelah kepala. Doc dah target aku akan muntah sebab aku sarapan pagi tadi. Actually kalau nak operate tak boleh makan dlm masa 12 jam. Kena puasa. Dah kes aku emergency, aku dah selamat sarapan baru Doc bagitau kena emergency operation. Tapi Alhamdulillah aku tak jadi muntah. Aku tahan. Aku dah start ketaq. Gigi aku terkatup2 menggigil. Padahal aku rasa tak lah sejuk mana. Mungkin tu kesan bius. 

Masa berlalu. badan aku terasa digoyang2. Disentak2. Aku risau. Aku tengok jam lagi. Pukul 12.16, tiba2 bunyi “sreeetttt, sroooottttt, sroooootttt!” bunyi air disedut keluar. Tak lama lepas tu aku dengar suara baby menangis. “Eh, baby akukah tu?? Ya Allah!”  

Tak tahu mcm mana perasaan masa tu. Aku hanya berharap baby aku selamat, tak lemas, sihat dan comel. Air mata bergenang. Tak sangka aku dapat mendengar tangisan babyku sendiri. Aku nampak di kanan nurse2 bersihkan baby, dilap2 dan dibersihkan bahagian tali pusat. Aku nampak bebird baby. Aku mmg dah agak baby boy. Lepas siap bersihkan baby, nurse bawa baby kesisi kepala aku. Buat pertama kali aku tengok zuriatku sendiri. Putih, halus, bersih, wangi. Aku cium kepala baby. Hmmm bau air itu, bau yg tak pernah aku bau. Bau syurga. Aku tak putus2 ucap syukur. Nurse tanya apa jantina baby dan aku jawab “Baby boy”. Nurse saja tanya utk make sure aku tak pitam n betul2 sedar. N then nurse bawa baby ke tempat lain utk diuruskan. 

Proses menjahit pulak ambil masa 45 minit. Ya Allah, masa jahit tu aku dapat rasakan perut mcm dihentak2. Daripada cara Doc2 tu jahit, aku dapat bayangkan Doc jahit kulit perut n tarik benang jahitan tu kuat2. Ngeri. Walaupun tak nampak. 

Lepas selesai jahit, aku diletakkan di ruang pantauan pesakit. Tujuannya utk monitor patient kot2 pengsan atau ada masalah lepas operation. Masa tu aku rasa gatal2 muka n badan aku. Merenyam je. Mungkin sebab kesan bius tu kot. Nasib baik gatal tu tak lama. Dalam 15 minit mcm tu. Lepas sejam, aku disorong ke wad dimana aku diambil tadi. Dalam perjalanan balik ke wad, nurse yg sorong aku bagitau, baby aku ringan, 2.08 kg. 

Sampai wad, nurse dtg ke katilku n serahkan baby. Baby dok dlm katil baby di sebelah kanan. Tak lama lepas tu hubby dtg. Air mata mengalir terharu dan syukur sebaik melihat hubby meluru ke arahku. Hubby tengok baby n cium dahi aku tanda terima kasih kerana selamat melahirkan zuriatnya. Hubby angkat baby dan azankan baby di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat. 


Aku berpantang dirumah MIL sebulan. Sebulan lagi aku berpantang dirumah mak abah di Shah Alam. 

Next post aku nk share pengalaman pertama dengan baby di wad. Bole kata thiller jugakla. Memang takkan aku lupakan saat2 bermalam dgn baby. Maklumlah 1st time mom. InsyaAllah.

July 10, 2014

Mommy to be: PP Type IV


Assalamualaikum..

Entri last berkenaan aku  tak pasti Doc classify aku dlm PP type berapa. Lepas check up Gynae pada 23 Jun 2014, Doc bagitau aku PP Type IV. Yes, PP Type IV. Worst one. Memang tak ada cara lain bersalin melainkan czer.

Masa check tu aku nampak di screen pc scanner tu, memang uri menutup laluan serviks. Aku berdebar2 n ready je kalau2 Doc suruh stay wad. Doc yg attend aku Doc perempuan drpd semenanjung, Dr. Sheeda. Tapi Alhamdulillah Doc bagi lagi masa 2 minggu utk datang balik.

The next  2 weeks, on 7th July 2014, aku datang balik. Hopefully uri menaik sikit, tapi tidak. Doc still cakap uri menutup laluan, Doc yg attend aku kali ni Doc lelaki junior drpd semenanjung, Dr. Fauzi. Masih baru berkhidmat kot, Doc Fauzi refer balik dgn Doc Sheeda and Doc Sheeda reconfirm balik dgn Doc pakar, Doc Yew.

And this time Doc Yew sahkan result yg sama. Nak dijadikan cerita, ade la sorang dua Doc pelatih ikut sama berkerumun tengok result kat screen scanner tu. Dah la kain aku meleret sampai ke bikini line. Malu deh, terpampang jadi tatapan.

Appointment kali ni merupakan tamparan hebat sebab Doc suruh stay wad sampai lah masa tempoh bersalin. Dengan tak semena-mena aku nangis kat situ jugak. Aku refuse utk dok wad. Tak nak. Lagipun aku tak ada bleeding. Aku bagitau nak bedrest je kat rumah.

Doc2 kat situ semua risau keadaan aku, aku faham, tapi aku xnak jugak. Cukuplah pengalaman masa aku D&C tahun lepas. Bosan dok wad, walaupun hanya 1 malam.

Tapi bila Doc2 tu consult and explain risiko PP Type IV ni, aku tukar fikiran. Doc mention, lepas minggu ke 30, anytime boleh bleeding, sebab baby dah berat, segmen rahim mula terbentuk dan rahim di bahagian serviks akan menipis. Means dah nak sampai waktu lahir. That's why anytime boleh bleeding. Bleeding terjadi tanpa warning, tak ada tanda sakit. Means, kita takkan sedar kita sebenarnya tengah tumpah darah, even takde rasa sakit. Darah boleh jadi sikit, dan boleh jadi banyak macam paip bocor.

Seriau pulak kalau benda tu terjadi pada aku. Bila fikir balik, tak apalah, biarlah aku hidup bosan kat wad, yang penting baby dapat perhatian dan pantauan penuh Doc. Yang penting baby selamat.

Hubby pun banyak muhasabah aku, hubby tak mengeluh, malah hubby encourage suruh dok wad. Walaupun aku janji nak fully bedrest kat rumah, risiko jugak sebab kalau apa2 jadi pada aku, tetibe bleeding, acane?

Satu hal pulak sebab memang tak dan la nak drive kalau tengah bleeding. Hubby pulak kerja jaraknye 7 batu dari rumah and of course ambil masa utk balik. By the time bleeding occurs, kalau tak sempat sampai hospital on time, nyawa aku n baby boleh melayang.
Nauzubillah.

So at the end of checkup hari tu, aku minta belas ihsan Doc utk register wad esok (8th July 2014). Doc tak bagi sebenarnya, tapi aku insist jugak sebab nak prepare mental fizikal, prepare barang2 personal utk dibawa n nak inform family in law.

8th July 2014
Starting today, aku stay wad. Barang2 boleh tahan banyak, 3 beg. Yela kate dok sebulan kan. Aku datang pukul 3pm, terus ke bangunan Maternity, Tingkat 1, Hospital Duchess of Kent. Hubby tunggu di luar sementara aku di dalam buat urine test, blood test, tukar baju pink, and buat ctg utk pantau heartbeat baby.

Bukan main lama ctg ni rupanya. Hampir sejam, sebab mesin ctg tu print pattern heartbeat atas kertas. Kesian hubby dok tunggu lama di luar. Lepas ctg, aku diberi suntikan Dexamethasone, untuk matangkan paru2 baby. 1st shot tu baby mengeliuk2 dalam belly ya Allah aktifnya dia. First time rasa baby respon sekuat tu, rasa macam kena toreh dari dalam.

Memang betulla apa yang aku baca drpd blog2 mommy yang kena Dexa ni. Memang suntikan ni sangat sakit. Mase dicucuk tu biasala macam kena gigit semut, tapi masa dia suntik cecair tu ke dalam montot, bukan main sakitnye macam kena siat kulit montot. Dalam 5 saat macam tu baru Doc tarik jarum. Sakitnya last for 10 mins. Fuhhh..

Lepas prosedur suntikan dan ctg, hubby tolong register wad. Aku request wad kelas dua je sbb 1st class quit mahal. Hubby tak ada GL sebab kerja kontrak, so expenses are from our own pocket money. Hubby cakap since aku kena stay sebulan lebih, apa yg penting adalah keselesaan aku. Alhamdulillah family in law sangat supportive and banyak membantu that they let me stay in 1st class ward which means bilik utk sorang. Lagipun, hubby boleh teman tido malam n waktu melawat tak ada had masa. Anytime boleh datang melawat.

Pukul 10 mlm hubby datang balik teman tido. Terharu sangat sebab hubby sanggup bersama aku dikala ini. Actually aku tak sampai hati minta hubby teman tido malam ni sebab aku tengok hubby sangat letih 1 hari kerja, petang pulak urus kemasukan aku ke wad. Thank you syg.

9 July 2014
Pagi ni sahur dgn hubby dlm wad je. Hubby mkn kurma n air. Aku makan nasi n lauk ayam yang MIL bawak malam tadi masa melawat. Tq mama.

Lepas solat subuh hubby pulang bersiap nk g kerja. Jam 5.30 pagi doc dtg bagi suntikan Dexa kali ke 2 selepas 12jam. Alhamdulillah lepas jugak fasa2 yg menyakitkan tu.

Hari kedua di wad aku pening sikit sebab asyik terganggu waktu tido aku. Belum dapat rentak rutin pemeriksaan di wad. Baru nak dapat feel tido, staff nurse tiba2 ketuk pintu masuk nak check bp n buat Doppler. Kejap2 pulak cleaner masuk nak buang sampah, pastu masuk lagi nak cuci tandas, pastu masuk lagi nak mop lantai. Dah tu masuk sampai 3 kali sehari. Bukannya kotor sangat pun bilik tu. Musykil betul.

Baru nak lelap, Doc pulak masuk dengan angkatan Doc pelatih nak check up keadaan aku. Adui pening.

Hope baby mama cpt matang ye. Kalau mama tibe2 bleeding baby insyaAllah boleh survive kalau mama terpaksa bedah awal. Mama tau baby kuat. Mama n ayah loves u syg.

Blogroll

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Path of Our Life...

Yeahu..

Daisypath Happy Birthday tickers